Kesilapan Seks Yang Biasa Dilakukan Oleh Pasangan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 8 minit bacaan
Share now

Hubungan seks adalah satu perkara yang menjadi tiang atau asas kepada perhubungan pasangan suami dan isteri. Jika ia dipandang sepi dan ringan sahaja, hidup anda dan pasangan mungkin akan hambar dan perkahwinan anda berisiko untuk retak.

Hubungan seks sudah menjadi sebahagian yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan perbuatan yang mampu meningkatkan kualiti mental dan fizikal individu tanpa mengira lelaki atau perempuan. Di sebalik fakta hubungan intim mampu mengurangkan stres dan meningkatkan mood seseorang, masih terdapat implikasinya jika dilakukan secara berlebihan atau tidak betul. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Risiko Seks Terlalu Kerap

Mengundang risiko serangan jantung

Walaupun ia bukanlah satu perkara yang pasti akan terjadi, namun ia masih berisiko buat beberapa individu. Bagi kebanyakan individu, hubungan intim sebenarnya mampu meningkatkan fungsi kardiovaskular. Namun, bagi individu yang pernah mempunyai sejarah sakit jantung perlu berhati-hati.

Keletihan yang melampau

Seks terlalu kerap juga akan memberi kesan terhadap kesihatan dan kerjaya anda walaupun ia tidaklah begitu serius. Keletihan yang melampau akibat kekerapan melakukan jimak akan menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan anda secara umumnya. Semasa melakukan hubungan intim, norepinephrine, epinephrine dan kortisol yang dihasilkan akan membuat jantung berdegup lebih kencang lalu melepaskan glukosa ke dalam saluran darah. Ia merupakan punca utama keletihan berlaku pada anda.

Mengakibatkan kesakitan dan kebengkakan

Wanita sangat sensitif terhadap kesakitan dan ia akan hadir setiap kali selepas sesi hubungan intim bersama pasangan. Ia disebabkan oleh tusukan zakar ke dalam faraj semasa penetrasi. Disebabkan itu, perlakuan jimak terutamanya yang melibatkan kemasukan zakar boleh mendatangkan kesakitan. Dalam situasi ini, anda boleh menggunakan alternatif seks yang lain tanpa melibatkan penetrasi.

Menyebabkan kekejangan otot

Aktiviti seksual juga merupakan aktiviti fizikal kerana ia akan menyebabkan tekanan pada otot jika anda salah atau silap melakukan apa-apa posisi seks. Anda mungkin perlu untuk berhenti melakukannya buat seketika untuk sembuh kembali sepenuhnya. Selain itu, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk melakukan posisi seks yang lain agar otot anda tidak dapat terlalu banyak tekanan pada tempat yang sama sahaja.

Risiko patah zakar

Ia merupakan perkara yang paling ditakuti oleh lelaki. Walaupun tidak kehilangan fungsi, zakar anda mungkin boleh patah jika terlalu kerap atau tersalah teknik ketika melakukan jimak. Ia akan mengakibatkan zakar anda tidak lagi boleh mengalami ereksi selain menyebabkan batang zakar atau skrotum membengkak.

Disebabkan itu, anda dan pasangan perlu merancang dan menjalani kehidupan seks yang lebih baik agar kebahagiaan rumah tangga anda kekal bahagia dan harmoni.

Kesilapan seks yang biasa lelaki lakukan

Lelaki adalah ketua dalam keluarga atau perhubungan suami isteri. Disebabkan itu, kesemua perkara yang berlaku dalam rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk mengepalainya. Ini termasuklah hubungan seks. Pun begitu, lelaki juga adalah manusia biasa dan tidak boleh lari dalam melakukan kesilapan terutamanya ketika melakukan hubungan intim.

Berikut adalah kesilapan yang paling biasa dilakukan dan cara mengatasinya:

#1. Menyentuh pasangan dengan kasar

Pertama sekali, lelaki cenderung untuk menyentuh pasangan mereka dengan kasar semasa melakukan jimak. Ya, mungkin sudah sifat lelaki yang kononnya adalah seorang gagah dan perkasa. Pun begitu, kebanyakan wanita tidak suka disentuh dengan cara sebegitu kerana mereka menganggap ia adalah penuh dengan sifat keganasan dan kebencian.

Sebaiknya, lelaki perlu menggunakan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang untuk merangsang keghairahan pasangan ketika melakukan hubungan seks.

#2. Menolak ciuman selepas seks

Menolak ciuman daripada pasangan selepas melakukan hubungan intim mungkin merupakan kesilapan yang terbesar bagi lelaki. Ini kerana ia adalah tanda kasih sayang dan kepercayaan di antara anda dan pasangan. Sekiranya anda menolak, pasangan akan menganggap lelaki hanya mahukan kepuasan seks semata-mata tanpa sebarang perasaan cinta. Ini sudah pasti akan membuat hati wanita terluka.

Oleh itu, jangan sesekali anda menolak ciuman dari pasangan selepas melakukan jimak walau sepenat atau seletih mana pun anda.

#3. Lupa bermesra sebelum berasmara

Kebanyakan lelaki ingin terus melakukan hubungan intim tanpa mempedulikan pasangannya. Hakikatnya, lelaki sangat mudah terangsang namun tidak bagi wanita. Wanita tidak mempunyai suis “on” atau “off” dan memerlukan masa yang lebih lama daripada lelaki untuk terangsang secara fizikal dan mental.

Apa yang lelaki boleh lakukan adalah bermesra terlebih dahulu sebelum berasmara bersama pasangan dengan melakukan “foreplay”. Selain itu, cuba goda pasangan anda dengan perbualan yang romantis dan erotis untuk memanaskan enjin pasangan lalu membuat mereka “turn on”.

#4. Tertekan dengan keupayaan diri sendiri

Ini adalah perkara yang agak normal terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin. Ramai lelaki cenderung untuk berasa takut, cemas dan rendah diri untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan kerana tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri. Selain itu, lelaki juga mungkin risau jika pasangan mereka menilai setiap inci tubuh badan mereka terutamanya alat kemaluan mereka yang dirasakan tidak menonjol atau menarik.

Anda perlu tahu bahawa bersikap sedemikian hanya akan mengganggu konsentrasi anda. Sebaiknya, jangan terlalu ambil berat mengenai perkara ini dan biarkan sahaja ia berlaku dengan sendiri.

#5. Sentiasa dengan rutin seks yang sama

Pasangan anda mungkin tidak berani meluahkannya tetapi anda sendiri yang seharusnya peka terhadap perkara ini. Rutin seks seperti posisi, lokasi mahupun waktu melakukan hubungan intim yang sama sahaja setiap hari akan membuat mereka berasa seperti robot lalu hilang keghairahan. Ini seterusnya akan membunuh kehidupan seks anda dan pasangan.

Jadi, apa kata anda cuba ubah rutin seks anda sekali-sekala. Anda boleh cuba pelbagai posisi jimak yang baharu dan ajak pasangan anda melakukannya beraksi di dapur, tandas, kereta ataupun bilik hotel. Seks pada waktu pagi sebelum ke pejabat juga kadangkala agak menarik, bukan?

#6. Tidak mahu menggunakan kondom

Lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi. Disebabkan itu, mereka cenderung untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan tanpa sebarang perlindungan yakni kondom. Penggunaan kondom sebenarnya adalah sangat penting terutamanya buat pasangan yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata.

Jika anda dan pasangan masih belum bersedia untuk memiliki anak, tidak salah rasanya jika anda menggunakan kondom. Dengan menggunakannya, ia bukan menunjukkan anda lemah sebaliknya ia menunjukkan anda adalah lelaki yang bijak dan bertanggungjawab.

Pun begitu, masih ramai lelaki yang tidak tahu cara yang betul untuk menggunakan kondom. Mungkin bagi mereka, sekadar menyarungkan kondom ke kemaluan sudah mencukupi untuk mengelakkan berlakunya kehamilan tidak terancang. Ini adalah 100% salah!

Kesilapan memakai kondom

Kondom sememangnya berfungsi untuk mencegah kehamilan bagi tujuan perancangan keluarga. Disebabkan itu, tidak menggunakan kondom atau salah cara penggunaannya adalah kesilapan biasa yang dilakukan pasangan suami isteri. Menurut pakar kesihatan seksual lelaki Dr. Paul Turek, kesilapan yang sering terjadi ini perlu diteliti dengan lebih berhati-hati agar ia tidak lagi berulang.

  • Menggunakan kondom secara terbalik

Menurut Dr. Turek, kondom agak sukar untuk dipasang dan dicabut jika ia dipasang secara terbalik. Namun begitu, masih ramai lelaki yang tersilap cara memakainya. Oleh itu, lelaki perlu lebih bijak menilai dan mengetahui cara dan bahagian yang betul untuk memasang kondom. Pengunaan kondom yang terbalik akan mengurangkan keberkesanan spermicide iaitu lapisan yang digunakan untuk menghentikan sperma daripada terus bergerak.

  • Menggunakan 2 kondom sekali gus

Ada lelaki yang beranggapan bahawa memakai 2 kondom sekali gus pada waktu yang sama akan memberi lebih perlindungan buat mereka. Sebenarnya, ia adalah tidak benar kerana pemakaian 2 kondom akan menjadikannya lebih ketat dan memberi tekanan kepada zakar. Ini seterusnya akan mengakibatkan kondom lebih mudah terkoyak lalu membenarkan sperma untuk melaluinya.

  • Menggunakan kondom terlalu lambat

Kebanyakan lelaki gemar melakukan “foreplay” sebelum memakai kondom. Ia mungkin selamat selagi anda belum melakukan penetrasi. Menurut Dr. Turek lagi, lelehan air mani yang keluar ketika “foreplay” adalah mengandungi lebih banyak sperma. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan kondom sebelum mula melakukan hubungan seks.

  • Menggunakan kondom terlalu awal

Anda juga perlu tahu bahawa anda tidak boleh memakai kondom terlalu awal iaitu semasa zakar masih belum mengalami ereksi. Ia akan menghalang anda daripada merasai sensasi hubungan seks yang sebenarnya lalu merencatkan libido anda dan pasangan.

  • Menggunakan kondom dengan saiz yang salah

Kecil, sederhana atau besar – lelaki selalu mengalami kesukaran untuk menentukan saiz kondom mereka. Menurut Dr. Turek, lelaki gemar menganggap saiz zakar mereka lebih besar daripada sepatutnya. Ia mungkin akan mengakibatkan kondom tercabut atau mempunyai ruang-ruang di sekelilingnya lalu membenarkan sperma lebih mudah melaluinya.

Namun begitu, tidak adil jika kita hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja jika berlakunya kesilapan dalam kehidupan hubungan intim individu. Wanita juga sebenarnya memainkan peranan yang sama penting dengan lelaki dalam usaha untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan kehidupan seks pasangan suami dan isteri.

Kesilapan seks yang biasa wanita lakukan

Lelaki cenderung untuk dipersalahkan apabila berlaku sebarang kesilapan berkaitan dengan hubungan intim. Walau bagaimanapun, wanita juga sebenarnya mempunyai bahagian dalam kesilapan yang berlaku di kamar tidur.

Berikut adalah kesilapan yang paling biasa dilakukan dan cara mengatasinya:

#1. Tidak mengambil inisiatif

Wanita sering takut dilihat sebagai agresif dalam hubungan intim. Disebabkan itu, kebanyakan wanita akan mengelak daripada memulakan langkah pertama. Idea tentang peranan seks kini sudah ketinggalan zaman. Menyimpan perasaan hanya akan menghalang anda daripada mencapai kepuasan nafsu seksual anda secara maksimum.

Wanita dahulunya dikatakan kurang berminat dengan seks. Hakikatnya, mereka menyukainya sama seperti lelaki. Pasangan anda akan berterima kasih jika anda mengambil langkah pertama sekali-sekala.

#2. Bimbang tentang penampilan diri

Menyembunyikan lemak badan dan menggunakan alat solek yang berminyak sebenarnya hanya akan mengganggu prestasi seks anda. Apa kata anda cuba untuk hadirkan diri anda dan nikmati apa yang anda sedang rasa secara semula jadi. Pakar menunjukkan bahawa lelaki tidak terlalu mengambil berat tentang kelemahan fizikal sedangkan wanita sangat obses mengenainya.

Apabila anda benar-benar mencintai suami anda, perkara-perkara lain akan mula hilang secara sendiri. Sebagai mekanisma evolusi, lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita yang mempunyai tanda-tanda yang sihat, muda, subur dan tampak semula jadi.

#3. Beranggapan bahawa lelaki tidak menghargai seks

Bertentangan dengan kepercayaan popular, seks bukan hanya sekadar perbuatan memuaskan nafsu untuk seorang lelaki. Malah, ramai lelaki menganggap seks sebagai perkara yang sangat penting buat mereka. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua lelaki dan wanita sebenarnya akan mengalami lebih keseronokan dan kepuasan jika hubungan intim mereka lebih komited.

Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk membuang tanggapan lama bahawa hubungan intim adalah kurang penting bagi seorang lelaki.

#4. Percaya bahawa lelaki sentiasa mahu seks

Kebanyakan kanak-kanak dan remaja lelaki sebenarnya bersedia untuk melakukan hubungan intim pada bila-bila masa sahaja. Tetapi itu tidak terpakai bagi lelaki matang. Kesusahan dan kesukaran hidup boleh mengurangkan nafsu seks lelaki. Oleh itu, jika suami anda kurang berminat untuk anda, jangan kecil hati. Tekanan kerja dan masalah kewangan mungkin menjadi puncanya.

Fikirkan tentang masa-masa anda menolak suami anda daripada melakukan jimak. Anda mungkin tidak mahu hubungan intim, tetapi anda masih sukakan beliau. Begitu jugalah suami anda.

#5. Tidak bercakap langsung mengenai seks

Sebenarnya, sangat penting untuk mempunyai perbualan yang jujur dan terus terang tentang seks, walaupun kamu berdua telah bersama selama beberapa dekad. Satu-satunya cara untuk mencapai kepuasan seksual adalah dengan berkomunikasi mengenai apa yang membuat anda rasa seronok dan sebaliknya. Lelaki tidak dilahirkan dengan ilmu mengenai cara untuk menggembirakan wanita.

Oleh itu, wanita hanya perlu berikan bimbingan dan dorongan kepadanya. Lakukannya dengan berhati-hati agar tidak membunuh keyakinan suami. Sebutkan beberapa perkara yang anda suka tentangnya, kemudian satu perkara yang anda tidak suka. Lelaki boleh menjadi pendengar yang baik asalkan anda boleh katakan dan luahkan perkara tersebut dengan jelas.

Jenis seks yang perlu suami dan isteri cuba

Menerusi kesilapan-kesilapan yang telah dinyatakan, anda mungkin sudah tahu di mana silap anda ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan anda, bukan?

Oleh itu, apa kata anda cuba menyelesaikannya secepat dan setepat yang mungkin. Selain itu, anda juga boleh cuba untuk melakukan jenis-jenis seks berikut untuk memperbaiki dan menghangatkan lagi hubungan intim anda sebagai suami dan isteri:

Seks yang telah dirancang

Mungkin bagi kebanyakan individu, hubungan intim yang telah dirancang adalah membosankan, bukan? Sebenarnya, tidak juga. Ini kerana ia amat sesuai dilakukan buat pasangan suami isteri yang bekerjaya dan sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bersama. Dengan merancangnya, keinginan dan kemahuan seksual anda berdua pasti dapat dipenuhi dengan sebaiknya.

Seks secara spontan

Elemen kejutan adalah sangat penting dalam perhubungan suami isteri terutamanya buat pasangan yang sudah lama melayari bahtera rumah tangga. Secara logiknya, hubungan intim yang sudah dirancang terlebih dahulu mungkin akan memuaskan namun kurang menyeronokkan. Oleh itu, apa kata anda ajak pasangan anda untuk melakukannya dengan rutin seks yang belum pernah anda cuba untuk menimbulkan elemen kejutan.

Seks selepas bergaduh

Sebahagia manapun sepasang pasangan itu, mereka tidak mungkin dapat lari daripada pergaduhan. Setiap kali selepas bergaduh dengan pasangan, anda boleh cuba ajak pasangan anda untuk melakukan “make up sex”. Pakar mengatakan ia adalah lebih puas dan seronok kerana emosi yang anda dan pasangan simpan sepanjang pergaduhan itu akan dilepaskan semasa “make up sex”.

Seks ketika melancong

Sekali-sekala, anda mungkin boleh bawa pasangan anda pergi melancong. Anda tidak perlu tunggu sehingga hari ulang tahun perkahwinan atau kelahirannya. Sebaliknya, ajak pasangan anda secara tiba-tiba sahaja. Ketika melancong, goda pasangan anda untuk melakukan seks seperti mana anda dan pasangan anda melakukannya buat pertama kali. Ia pasti akan mengimbau kenangan semasa “honeymoon”, bukan?

Konklusi

Konklusinya, hubungan seks adalah sangat penting buat kehidupan pasangan suami dan isteri. Ia bukan sahaja penting untuk mendapatkan kepuasan serta memenuhi keinginan nafsu seksual individu, ia juga sangat penting untuk kebahagian pasangan suami isteri secara menyeluruh.

Sebarang kesilapan yang biasa berlaku kadangkala tidak dapat dielakkan. Oleh itu, apa kata kita hargai pasangan masing-masing dan bersama berubah untuk menjadi yang lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

    Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nafsu Seksual Wanita Terjejas Angkara Prosedur Ikat Rahim? Usah Risau, Ini 9 Perkara Kena Tahu

    Sesetengah wanita memilih ikat peranakan kerana tidak mahu hamil lagi. Tapi ada yang mengatakan ia boleh menjejaskan keinginan seksual, adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Seorang Yang Aktif Berhubungan Seksual? Jangan Sorokkan Ia Daripada Doktor Ya!

    Ramai individu yang menyorokkan hubungan kelamin suami isteri daripada doktor mereka. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    hubungan seks mengecewakan

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu herpes

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan