Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai ‘perubahan hidup,’ ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

Walaupun sakit di payudara mungkin sering terjadi apabila seseorang bakal didatangi haid, namun perkara sama boleh berlaku pada mereka yang menopaus mungkin oleh sebab yang berbeza.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan menopaus dan sakit pada payudara.

Sakit pada payudara selepas menopaus

Sakit payudara, juga disebut sebagai mastalgia, adalah sama ada cyclical (jenis yang paling biasa) atau non-cyclical.

  • Sakit payudara cyclical

kanser payudara, glikogen

Ia adalah jenis sakit yang berkaitan dengan haid dan disebabkan oleh turun naik hormon estrogen dan progesteron.

Walaupun kajian tidak menemui kelainan hormon yang menjelaskan sakit payudara cyclical, estrogen dan progesteron diketahui mempunyai kesan merangsang, membesarkan saiz, kelenjar susu (lobula) dan menyebabkan payudara ‘menyimpan air.’

Beberapa hari sebelum haid, kedua-dua belah payudara anda mungkin membengkak dan berasa sakit.

Selain itu, kesakitan boleh meluas ke bahagian lain seperti pada atas dan luar payudara, ketiak, dan lengan.

Kesakitan cyclical mungkin boleh bertambah teruk semasa perimenopause, apabila hormon melonjak naik dan turun secara tidak menentu.

  • Sakit payudara non-cyclical

Jenis kesakitan ini pula bukan berkaitan dengan haid dan tidak mengikut corak yang mampu diramalkan.

Ia juga mungkin terjadi berterusan atau sekali-sekala, boleh mempengaruhi satu payudara atau kedua-duanya.

Selain itu, kesakitan non-cyclical biasanya menunjukkan simptom-simptom masalah kesihatan tertentu, seperti sista, trauma, atau tumor.

Beberapa penyelidikan menunjukkan ketidakseimbangan asid lemak dalam sel berperanan dalam mencetus rasa sakit payudara.

Perubahan fibrokistik pada tisu payudara juga mampu menyebabkan sakit cyclical atau non-cyclical terhadap buah dada.

Harus juga anda ketahui, wanita dengan kondisi ini biasanya mempunyai tisu yang menebal atau peningkatan jumlah sista pada payudara yang normal.

  • Berlaku jangkitan

Jangkitan pada payudara (mastitis) atau abses boleh menyebabkan kesakitan yang teruk.

Mastitis paling sering terjadi pada wanita yang menyusui anak, namun ia juga boleh berlaku pada usia tua mahupun muda.

Tambahan itu, susukan bayi boleh merengsakan kulit puting payudara, menyebabkan bakteria masuk dan menjangkitinya.

Selain itu, mastitis menyebabkan demam dan pembengkakan payudara, kemerahan, dan rasa sakit.

  • Kecederaan

Sebarang trauma (kecederaan) yang berlaku pada payudara termasuk biopsi atau pembedahan boleh menyebabkan kesakitan yang mungkin berlangsung selama beberapa minggu.

Kadang-kadang, trauma sebabkan keradangan dan pembekuan urat di bawah kulit payudara (trombophlebitis superfisial) yang boleh mengakibatkan kesakitan dan pembengkakan.

  • Kanser

Sakit pada payudara jarang menjadi gejala kanser serta hanya 2% sehingga 7% wanita dengan kesakitan non-cyclical pada satu tempat di payudara akan menerima diagnosis barah payudara.

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah

Kesakitan dan ketidakselesaan payudara akan hilang sebaik sahaja menopaus bermula dan tahap hormon estrogen mulai menurun.

Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara semasa perimenopause.

Justeru, individu boleh mengambil ubat penahan sakit over-the-counter (OTC) seperti ibuprofen untuk merawat rasa sakit pada payudara.

Membuat perubahan gaya hidup juga membantu hilangkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh kesakitan dialami.

Selain itu, mengurangkan pengambilan garam dan minum lebih banyak air dapat membantu, kerana dehidrasi menyebabkan pengumpulan cecair yang memburukkan lagi sakit payudara.

Di samping itu, elak minuman berkafein juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

Perubahan gaya hidup lain yang dapat membantu masalah sakit pada payudara termasuk:

  • Memakai coli dengan sokongan yang betul
  • Bersenam secara teratur
  • Menggunakan pad hangat
  • Hentikan tabiat merokok
  • Mandi air panas

Bila anda perlu bertemu doktor?

Simptom Kanser Payudara Patut Anda Sedari

Payudara yang sakit akan mengganggu rutin harian anda, namun bilakah momen tepat yang harus disedari untuk bertemu dengan doktor?

Jika seseorang individu mempunyai gejala-gejala berikut selain sakit pada payudara, mereka harus segera berjumpa doktor apabila:

  • Menyedari perubahan tekstur kulit
  • Pengeluaran cecair yang tidak dapat dijelaskan dari puting
  • Bengkak atau benjolan di ketiak atau di sekitar tulang selangka
  • Sakit payudara yang berterusan
  • Perubahan ketara pada ukuran dan bentuk payudara, terutamanya jika ia berlaku hanya pada satu sisi

Lakukan pemeriksaan rutin

American College of Physicians mengesyorkan agar orang ramai melakukan pemeriksaan kanser payudara daripada usia 40 tahun.

Mereka mencadangkan pemeriksaan rutin bagi individu yang berisiko mendapat kanser payudara seperti berikut:

  • Berumur 40 sehingga 49 tahun
  • Setiap 2 tahun bagi usia 50 sehingga 74 tahun

Seseorang yang mempunyai risiko lebih tinggi daripada purata mungkin memerlukan pemeriksaan yang lebih kerap.

Risiko meningkat sekiranya individu tersebut mempunyai:

  • Sejarah kanser payudara
  • Sejarah pendedahan radiasi dada semasa kecil
  • Faktor genetik, seperti perubahan gen BRCA 1 atau BRCA 2

Rumusan

Rasa sakit pada payudara selepas menopaus mungkin bukanlah satu perkara yang harus dirisaukan, namun itu tidak bermakna anda harus kekal sengsara dengan kesakitan yang dialami.

Sekiranya sakit itu berterusan, segera lakukan temu janji dengan doktor anda!

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat bersama diet pemakanan yang baik demi kesejahteraan kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bukan Alat Sulit Sahaja, Mulut Pun Boleh Dijangkiti HPV? Tolong Waspada 9 Tanda Ini!

Tahukah anda bahawa HPV adalah punca kanser mulut? Jadi jom kita perhatikan tanda-tanda ia berlaku untuk mencegah lebih awal. Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

9 Perkara Ini PERLU Anda ELAK Ucapkan Pada Pesakit Kanser! Bertimbang Rasa, Please

Sama seperti insan lain, individu dengan penyakit barah juga mempunyai hati dan perasaan. Jangan lafazkan 9 perkara ini jika anda menziarahi mereka, okay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kanser Payudara, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Tahap & Dua Jenis Kanser Payudara Yang Ditakuti Kaum Hawa, Anda WAJIB Tahu Ini

Kanser payudara boleh bermula pada mana-mana bahagian di buah dada wanita mengikut tahap dan jenis. Pesakit mungkin rasa sakit pada payudara sebelah kiri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kanser Payudara, Kanser 17/09/2020 . 5 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kanser testis adalah

Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
radiasi matahari

AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
apa itu kayap

Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tiroid dan menopaus

Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan