Anak Perempuan Anda Baru Haid? Ini 5 Cara Hilangkan Rasa Sakit Menstruasi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sakit menstruasi merupakan satu kesakitan yang paling tidak disukai kebanyakan wanita. Namun, bagi remaja yang pertama kali mengalami haid, sudah tentu akan bimbang menghadapi rasa sakit senggugut.

Bukan sekadar drama

Kesakitan semasa kedatangan haid bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Anda mungkin tidak berasa sakit berbanding individu lain yang mengalaminya. Namun itu tidak bermakna anda boleh membuat andaian bahawa mereka seolah-olah berdrama.

Begitu jugalah keadaannya dengan seorang remaja yang mungkin pertama kali mengalami period. Jangan pernah menganggap apa yang mereka lalui terlalu dramatik. Ini kerana rasa sakit menstruasi yang dialami anak anda mungkin benar-benar menyakitkan. 

Didatangi haid bukan sekadar bermakna keluar darah, tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh mengakibatkan sakit kepala, PMS dan kekejangan pada sekitar bahagian bawah perut. Ia bukanlah satu perkara mudah bagi remaja perempuan yang pertama kali melaluinya.

Sebagai ibu pastinya anda akan cuba untuk mencari jalan membantu mengurangkan rasa sakit yang dialaminya, bukan? Tetapi adakah terdapat cara yang boleh dilakukan?

Rasa sakit menstruasi normal atau tidak?

Kekejangan akibat haid dan PMS (sindrom premenstruasi) adalah perkara yang tidak sama. Simptom PMS melibatkan perubahan mood, rasa ketidakselesaan, perut kembung dan rasa kelesuan yang muncul seminggu sebelum kitaran haid bermula. 

Malahan, apabila simptom PMS mula menyusut ketika kitaran haid bermula, kesakitan lain pula yang akan muncul, iaitu kekejangan haid. 

Umumnya, kekejangan haid berlaku disebabkan oleh kontraksi yang berlaku pada bahagian rahim. Pada tempoh lapisan uterus ‘melepaskan’ prostaglandin, ia akan membuatkan kekejangan yang dirasai menjadi lebih menyakitkan. 

Kesakitan yang dirasai adalah lebih dirasai khususnya semasa beberapa hari pertama kitaran haid bermula. Kesakitan akibat haid adalah amat menyakitkan berbanding kesakitan lain. Tetapi adakah ia sesuatu yang normal?

tip hilangkan sakit menstruasi disebabkan haid

Dua jenis kesakitan haid

Umumnya terdapat dua jenis kesakitan akibat haid, iaitu:

  1. Dismenorea primer

Ini merujuk kepada rasa sakit yang muncul pada remaja perempuan yang pertama kali mengalami period. Kebiasaannya rasa sakit yang dihadapi tidak disebabkan oleh penyakit atau masalah kesihatan lain. 

Ia biasanya akan berulang pada setiap kitaran haid dan akan berlaku untuk tempoh 1 atau 2 sebelum munculnya haid, atau ketika pendarahan haid bermula. Kesakitan ini akan dirasai di bahagian bawah abdomen, bahagian belakang badan atau paha.

Secara umumnya, dismenorea primer merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh hampir 50 hingga 90% wanita di seluruh dunia dan ia digambarkan sebagai satu pengalaman haid yang menyakitkan. 

Majoriti individu yang menghidapi masalah ini adalah individu yang masih muda dan masalah ini akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.

  1. Dismenorea sekunder

Adalah satu kesakitan yang berkembang selepas hari pertama haid dan ia boleh dialami oleh individu yang mempunyai kitaran haid normal. Biasanya rasa sakit ini cenderung menunjukkan masalah pada rahim dan organ pelvis, termasuklah:

Kesakitan dismenorea sekunder ini biasanya bermula lebih awal dalam kitaran haid, lebih menyakitkan dan berlangsung lebih lama dari kesakitan senggugut haid yang biasa, iaitu dismenorea primer. 

Tanpa pemeriksaan perubatan sewajarnya, sukar untuk menentukan sama ada sakit atau kesakitan yang berlaku disebabkan oleh dismenorea primer atau sekunder.

Sekiranya rasa sakit menstruasi yang dialami anak anda tidak berkurangan dengan pengambilan ubat antikeradangan, lebih teruk lagi ia menghalangnya daripada melakukan tugasan harian seperti hadir ke sekolah, pastikan anda membawanya untuk mendapatkan rawatan doktor. 

Tip hilangkan rasa sakit menstruasi

Rasa sakit menstruasi ringan boleh dihilangkan. Sekiranya anak anda mengalami kekejangan dan kesakitan disebabkan haid, anda boleh memberikan beberapa cadangan berikut, antaranya:

  1. Senaman

Melakukan senaman ringan pastinya dapat membantu mengurangkan kesakitan. Ia tidak perlu menjadi satu senaman yang berat atau sukar dibuat. Lakukan sebarang aktiviti fizikal ringan dan mudah. 

Anda mungkin boleh mencadangkan kepada anak anda untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan atau mengambil angin di taman permainan berdekatan rumah anda. Yoga dan latihan regangan juga boleh membantu.

  1. Mandi air panas

Mandi dengan air panas sudah tentu dapat membantu mengurangkan dan melegakan kekejangan akibat haid. Mungkin ketika anak anda mengalami kesakitan, anda boleh membenarkannya untuk mandi lebih lama. 

  1. Pad pemanasan

Kebanyakan remaja perempuan juga menggunakan pad pemanasan pada bahagian bawah perut atau pelvik. Kini pad pemanasan boleh didapati secara meluas di pasaran. Bagaimanapun, ketika menggunakannya pastikan tahap kepanasan pad ditetapkan pada suhu sederhana atau rendah.

tip hilangkan sakit menstruasi disebabkan haid

  1. Ubat-ubatan

Terdapat pelbagai ubat-ubatan yang dalam membantu menghilangkan kesakitan akibat period. Antara pilihan ubat yang sering digunakan untuk melegakan kekejangan dan kesakitan adalah seperti:

  • Ibuprofen (Advil and Motrin) 
  • Naproxen natrium (Aleve) 

Penggunaan ubat Aspirin kepada individu di bawah usia 20 tahun amatlah tidak digalakkan. Ini kerana ia berisiko meningkatkan risiko sindrom Reye – sejenis penyakit jarang berlaku dan boleh mengancam nyawa.

Dalam apa jua pengambilan ubat, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.

  1. Keselesaan

Apabila berada dalam kesakitan, sudah tentu perkara yang paling diingini adalah untuk berasa selesa. Jadi jika anak anda mengalami kesakitan, anda mungkin boleh menyarankan dia untuk berehat sambil menonton rancangan kegemarannya di televisyen. Berehat di dalam bilik juga boleh dianggap sebagai satu idea yang baik.

Akhir kata

Rasa sakit yang dialami kerana haid adalah satu proses biasa. Namun ia tidak bermakna anda boleh menganggap ia satu keadaan yang remeh, apatah lagi jika ia merupakan haid pertama anak anda.

Mereka mungkin benar-benar berada dalam kesakitan dan memerlukan kehadiran anda untuk mengurangkan rasa sakit itu. Kalau rasa sakit itu menjadi semakin teruk, pastikan anda membawa mereka untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

    Pernah tak anda terfikir, mengapa jadual kitaran haid ketika mula-mula 'datang bulan' berbeza dengan kitaran yang sekarang? Ini jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Menopaus boleh sebabkan perubahan pada kondisi kulit anda, badan anda juga akan berhenti menghasilkan kolagen dan ini bukanlah saat yang ditunggu wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Ketika Senggama Akibat Endometriosis? Ini 4 Cara Elak Pedih & Perit Semasa Berjimak

    Endometriosis bukan lagi asing kerana ramai wanita mengalaminya. Ia bukan sahaja memberikan kesan ketika haid, rasa sakit ketika seks juga boleh terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    haid dua kali sebulan

    “Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesakitan pada tulang pelvis

    Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom ovari polisistik

    Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan