backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Guna Jari Untuk Lihat Rahim Jatuh Atau Tidak, Berani Buat Sendiri?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 22/11/2022

    Guna Jari Untuk Lihat Rahim Jatuh Atau Tidak, Berani Buat Sendiri?

    Istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh sering kedengaran, terutamanya dalam kalangan wanita bersalin. Namun, apakah punca ia terjadi?

    Kedudukan rahim biasanya dipegang di dalam pelvis dengan pelbagai otot, tisu, dan ligamen.

    Mengandung, melahirkan atau kesukaran bersalin, membuatkan sesetengah wanita akan mengalami kondisi otot-otot melemah.

    Selain itu, ketika seorang wanita bertambah tua dan kehilangan hormon estrogen secara semula jadi, rahim juga boleh jatuh ke saluran faraj.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita sila dapatkannya di sini.

    Kenali apa itu rahim jatuh?

    Peranakan jatuh atau turut dikenali sebagai pelvic organ prolapse (POP) berlaku apabila tisu dan otot-otot dasar pelvis tidak lagi menyokong organ pelvis mengakibatkan penurunan organ daripada kedudukan normal.

    Organ pelvis merangkumi faraj, serviks, rahim, pundi kencing, uretra, dan rektum. Pundi kencing pula adalah organ yang paling kerap terlibat dalam masalah rahim jatuh.

    Kelemahan atau kelonggaran otot boleh menyebabkan rahim mengendur atau keluar sepenuhnya daripada badan dalam pelbagai peringkat:

    • Tahap pertama: Serviks jatuh ke dalam faraj
    • Tahap kedua: Serviks turun ke paras tepat di dalam bukaan faraj
    • Tahap ketiga: Serviks berada di luar faraj
    • Tahap keempat: Seluruh rahim berada di luar faraj. Keadaan ini juga dipanggil procidentia. Ini disebabkan oleh kelemahan pada otot yang menyokongnya

    Cara mengesan rahim yang jatuh menggunakan jari

    Masukkan 1 atau 2 jari yang baru dicuci di dalam faraj, dan perhatikan berapa banyak jari yang menembusinya sebelum merasakan serviks di bahagian atas faraj.

    Sekiranya serviks anda jatuh, tekan ke atas untuk mengukur sejauh mana ia mengangkatnya.

    Kemudian, perhatikan sejauh mana ia jatuh dengan cara batuk. Selepas itu, turunkannya semula.

    Ketatkan dan angkat otot lantai pelvik untuk menentukan sama ada tindakan ini mengangkat atau mendorong serviks ke bawah.

    Sekiranya otot lantai pelvik terasa kuat dan semasa anda cuba mengangkatnya, rahim yang jatuh mungkin terjadi kerana kerosakan pada ligamen sokongan dan tisu penghubung (bukan kerana otot melemah).

    Punca peranakan jatuh

    Keadaan berikut boleh menyebabkan masalah rahim jatuh berlaku:

    • Kehamilan atau bersalin normal melalui faraj
    • Kelemahan pada otot pelvis kerana pertambahan usia
    • Kelemahan dan kehilangan tisu selepas menopaus dan kehilangan estrogen semula jadi
    • Kondisi yang membawa kepada peningkatan tekanan di perut seperti batuk kronik (bronkitis dan asma), regangan (sembelit), tumor pelvis, atau pengumpulan cecair perut
    • Berat badan berlebihan atau gemuk menyebabkan tekanan tambahan pada otot pelvis
    • Pembedahan besar di kawasan pelvis menyebabkan kehilangan sokongan luaran
    • Merokok

    Simptom rahim jatuh

    rahim jatuh

    Antara gejala rahim jatuh termasuk:

  • Berat dan tekanan pada faraj
  • Benjolan atau tonjolan yang berbeza di dalam faraj
  • Bonjolan yang menonjol keluar daripada faraj
  • Hubungan seksual yang menyakitkan
  • Diagnosis bagi masalah ini

    Antara gejala yang paling biasa terjadi berkaitan dengan pelvic organ prolapses (POP) adalah berkaitan dengan kencing.

    Anda mungkin akan mengalami perasaan mendesak untuk kencing, lebih kerap membuang air kecil daripada biasa, mengalami masalah  atau kesukaran kencing.

    Sebilangan wanita mengalami masalah seksual, seperti masalah untuk mencapai orgasme dan kurang keinginan seksual atau libido.

    Walaupun masalah ini tidak mengganggu seksualiti secara langsung, ia boleh mempengaruhi imej diri.

    Sebilangan wanita mengelak melakukan hubungan seks kerana malu dengan perubahan anatomi pelvis mereka, dan ada yang bimbang jika seks menyakitkan.

    Ujian bagi peranakan jatuh

    rahim jatuh

    Doktor mungkin akan menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis POP. Ini termasuk:

    • Pemeriksaan jangkitan saluran kencing: Anda akan diarahkan untuk kencing di dalam cawan dan air kencing dinilai untuk melihat kehadiran bakteria
    • Ujian urodinamik: Ujian ini menggunakan sensor tekanan khas yang diletakkan pada pundi kencing dan rektum atau faraj untuk mengukur tindak balas saraf dan otot
    • Pengimejan: Pengimejan resonans magnetik atau ultrasound kadang-kadang boleh digunakan untuk menunjukkan perincian POP

    Sekiranya anda mempunyai masalah dengan pergerakan usus, doktor mungkin akan merujuk anda kepada ahli gastroenterologi untuk penilaian menyeluruh.

    Jenis rawatan rahim jatuh

    Rawatan untuk masalah rahim yang jatuh merangkumi sama ada pilihan pembedahan dan bukan pembedahan, ia bergantung pada kesihatan secara umum, tahap kondisi dan rancangan kehamilan pada masa akan datang.

    Pilihan-pilihan rawatan termasuk:

    • Senaman lantai pelviks
    • Pesari faraj
    • Pembedahan faraj

    Langkah-langkah pencegahan

    Usaha untuk mencegah masalah peranakan jatuh bermula pada usia remaja.

    Biasakan diri melakukan senaman kegel seperti yang dilakukan dalam yoga beberapa kali sehari.

    Manakala semasa hamil, pastikan anda menyedari risiko dan faedah kaedah bersalin forceps sekiranya diperlukan.

    Penggunaan forceps akan menimbulkan risiko yang sangat tinggi untuk masalah inkontinensia dan rahim jatuh.

    Selain itu, pastikan anda bercakap dengan doktor mengenai pilihan bersalin vakum atau pembedahan czer.

    Kekalkan berat badan yang sihat dan berhenti merokok juga dapat membantu mencegah masalah ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan