Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 23/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berbagai-bagai mitos haid berlegar dalam kalangan masyarakat yang membuatkan sesetengah wanita khuatir. Namun, benarkah apa yang dinyatakan? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

Mitos 1: Perempuan selalu period?

Pertama sekali, penting untuk kalian memahami bahawa kitaran haid wanita adalah tidak sama dengan haidnya.

Masa sebenar wanita berdarah dikenali sebagai haid, tetapi kitaran haidnya adalah sepanjang masa, dari hari pertama keluar darah haid sehingga haid yang berikutnya.

Apa yang harus anda tahu, walaupun kitaran haid wanita sering dihebahkan berlangsung selama 28 hari, namun itu hanya jumlah purata.

Sebilangan kitaran wanita adalah lebih lama, boleh mengambil masa antara 29 sehingga 35 hari, manakala segelintir pula boleh menjadi lebih pendek.

Tambah lagi, beberapa situasi tertentu seperti mengembara, turun naik berat badan, perubahan emosi, dan ubat-ubatan turut mempengaruhi kitaran haid seseorang wanita.

Mitos 2: Rasa sakit senggugut adalah sama seperti kesakitan lain

Kesakitan senggugut yang dirasai para wanita bukanlah satu perkara yang boleh dibanding-bandingkan.

Ini kerana segelintir perempuan mungkin hanya mengalami tahap kesakitan ringan, manakala ada juga yang sampai mahu ‘mengeluarkan’ rahim dek rasa sakit melampau.

Bukan itu sahaja, terdapat juga golongan yang terpaksa mengambil cuti setiap bulan kerana masalah senggugut yang tidak tertanggung!

Sebenarnya, hampir sekitar 20% daripada golongan wanita mengalami senggugut yang cukup parah sehingga mengganggu aktiviti harian mereka.

Justeru, jangan sesekali kita membanding-bandingkan kesakitan wanita ini dengan yang lain kerana ia adalah berbeza-beza bagi setiap individu.

Mitos 3: Emosi ketika haid boleh diendahkan

Ketika menstruasi, bukan sahaja perubahan dalaman malah fizikal wanita turut boleh terjadi.

Pada hari-hari menjelang haid, tahap estrogen seseorang wanita menurun, sementara tahap progesteronnya meningkat dengan mendadak, dan tempoh masa ini sering dikaitkan dengan prahaid (PMS).

Estrogen pula dikaitkan dengan serotonin, lebih dikenali sebagai hormon bahagia, dan progesteron pula berhubung dengan bahagian otak yang menyebabkan ketakutan, kegelisahan, dan kemurungan.

Kesan hormon pada mood adalah rumit, sementara progesteron mampu ‘menekan’ beberapa emosi, ia juga mempunyai kesan keseimbangan mood.

Oleh itu, walaupun mood wanita boleh terjejas disebabkan hormon, itu tidak menjadi alasan untuk orang di sekeliling mengendahkan perasaan mereka.

Mitos 4: Hormon menentukan wanita

Bercakap mengenai hormon, golongan wanita telah lama dilabel sebagai golongan yang beremosi.

Bahkan sesetengah lelaki berani menyamakan perasaan ini sebagai penyakit, untuk menjelaskan tingkah laku wanita.

Apa yang mungkin mereka terlepas pandang, setiap orang mempunyai hormon, dan sesiapa sahaja termasuk kaum Adam juga boleh terkesan secara emosi.

Lihat sahaja kajian yang pernah dijalankan berkaitan kontraseptif lelaki- kajian ini dihentikan kerana peserta tidak dapat menangani kesan sampingan seperti masalah jerawat, kesakitan suntikan, dan gangguan emosi.

Manakala, para wanita telah lama menerima kesan sampingan yang sama dengan penggunaan kawalan kelahiran mereka.

Mitos 5: Darah haid adalah darah kotor!

Bagi mereka yang selama ini memandang haid sebagai satu kekotoran, harus difahami bahawa darah haid bukanlah bahan buangan seperti air kencing dan najis.

Ia adalah rembesan faraj yang mengandungi sedikit darah, tisu rahim, lapisan lendir, dan bakteria.

Di samping itu, darah haid sangat berbeza jika dibandingkan dengan darah yang mengalir di dalam badan.

Kepekatan darah haid dan sel darah juga berbeza kerana ia kurang pekat serta lebih sedikit berbanding darah biasa.

Mitos 6: Menstruasi adalah memalukan

haid-tidak-teratur-punca-pendek-usia

Sekiranya kita berhenti berfikir bahawa haid adalah satu perkara memalukan dan kotor, maka ia mungkin dapat dibahas dengan lebih meluas.

Tetapi secara realitinya, bukan hanya di Malaysia malah beberapa negara lain juga menganggapnya sebagai hal yang tidak harus dibincangkan secara terang-terangan.

Sebenarnya, kita tidak perlu berasa begitu, terutamanya apabila hendak membeli tuala wanita, tampon dan sebagainya.

Namun kita mampu mengubahnya, mari hapuskan stigma yang sudah lama tertanam dalam masyarakat ini.

Tambahan lagi, haid dan keseimbangan hormon adalah perkara yang membantu kita kekal muda!

Ya, kerana haid adalah sebahagian daripada cara badan kita melambatkan penuaan dan bahkan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Mitos 7: Mandi ketika haid boleh sebabkan kemandulan

Di Afghanistan, perkataan ‘gazag’ bermaksud menjadi tidak subur.

Dalam tradisi lama Afghanistan, selama seorang wanita mempunyai haidnya, dia tidak boleh mencuci badan atau mandi!

Anda mungkin merasakan perkara ini merepek dan tidak masuk akal. Namun lebih daripada itu, ia mampu menjadi risiko utama jangkitan!

Di banyak tempat, termasuk Afghanistan, para wanita sering menggunakan pembalut kain bagi menampung darah haid.

Manfaat yang dilihat ialah kaedah menguruskan menstruasi adalah lebih murah dan boleh diguna pakai semula.

Kelemahannya, mereka sering malu hendak menggantung kain yang diguna di luar dengan cucian lain.

Oleh itu, mereka sering menyembunyikan dan memakai pembalut dengan terlalu lama hingga menyebabkan jangkitan berbahaya kepada faraj.

Konklusi

Intinya, beberapa mitos dan pantang larang haid di atas bukan sahaja mengelirukan dan tidak masuk akal tetapi ia merupakan antara halangan besar dialami para wanita dalam banyak cara.

Walaupun segelintir mitos yang berlegar mungkin kedengaran aneh, namun ia masih berlaku di beberapa tempat, dan pemikiran sebegini harus dihapuskan!

Kesedaran dan pendidikan, terutama bagi golongan di luar bandar dan negara-negara membangun diperlukan untuk memperkasakan kaum Hawa.

Moga artikel ini sedikit sebanyak telah membantu meluruskan mitos-mitos palsu yang sering kedengaran dalam kalangan masyarakat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Selain Lemah Orgasme, Lelaki Kurang Hormon Seks Juga Selalu Murung! Check Tanda Ini Cepat

Kekurangan androgen adalah ketika tubuh mempunyai tahap hormon seks lelaki yang lebih rendah berbanding yang diperlukan, terutamanya testosteron.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 05/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

SEMBELIT Masalah Lazim Selepas Menopaus! Jadi, Wanita Sila Siap Sedia Dengan 3 Solusi Ini

Para wanita, terutamanya pada yang sudah berusia, pernahkah anda mengalami masalah sembelit selepas fasa menopaus? Apakah cara untuk merawatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
lelaki macho

Nak Jadi Lelaki Macho? Fikir Elok-Elok! Ini 5 Sebab Kenapa Sikap Macho Boleh Undang Padah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
IUD terkeluar seks kasar

Betul Ke Alat Pencegah Kehamilan IUD Boleh Terkeluar Kalau Lakukan SEKS KASAR?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan