6 MITOS Popular Di Sebalik Minum Ais, Ini Penjelasan Pakar, Paling Lucu No. 2

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mungkin anda pernah mendengar pelbagai saranan dan petua orang tua berkaitan pemakanan terutama sekali berkenaan makanan berpantang. Contohnya, jangan minum ais ketika pantang, nanti rahim kembang.

Atau mungkin juga petua-petua lain seperti:

“Jangan minum banyak air kalau tak nak urat jadi kembang”

“Kalau tak nak kejang otot, jangan makan buah sejuk”

“Makan makanan berpantang, kalau tidak badan cepat sakit-sakit”

“Jangan makan telur nanti jadi bisa”

Antara petua yang paling terkenal dan mendapat perhatian ramai ialah minum ais boleh menyebabkan rahim kembang.

Adakah benar wanita tidak boleh minum ais ketika pantang?

Ini jawapan berkenaan kesan minum ais ketika pantang dan kesan ais kepada tubuh.

#1 Minum ais ketika pantang tidak sebabkan rahim kembang

minum ais ketika pantang

Mengikut petua orang lama-lama, wanita selepas bersalin tidak boleh minum ais ketika pantang.

Ini kerana dikatakan rahim wanita selepas bersalin akan menjadi kembang jika tidak mengikut petua makanan berpantang ini. 

Namun, menurut pengamal perubatan, Dr. Rusyainie Ramli, minuman berais sama sekali tidak boleh menyebabkan rahim wanita kembang. Jadi, mereka boleh minum ais jika mahu.

Katanya, rahim wanita hanya akan kembang apabila seseorang wanita itu hamil sahaja. Jika seseorang wanita itu tidak mengandung, maka rahimnya tidak akan kembang.

#2 Kemaluan becak sebab minum ais? Lucunya!

Selain itu, Dr. Rusyainie turut mendedahkan terdapatnya kepercayaan yang mengatakan ais boleh membuatkan kemaluan wanita menjadi berair atau becak

Ujarnya, minum ais sama sekali tidak akan menyebabkan kemaluan menjadi becak memandangkan air batu ini diambil melalui mulut dan bukannya saluran-saluran lain pada tubuh.

#3 Mitos perut buncit berpunca daripada minum ais

minum ais ketika pantang

Selain itu, terdapat juga kepercayaan yang menyatakan air batu boleh menyebabkan perut buncit.

Menurut Dr. Rusyainie, apabila air batu yang diminum itu memasuki saluran pencernaan, suhu air akan terus berubah mengikut suhu badan kita.

Kemudiannya, air yang diminum itu akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus. Lokasi tubuh yang buncit adalah di bahagian abdomen, yang sebenarnya merupakan lapisan lemak.

Punca lemak yang terbentuk di abdomen adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, bukannya disebabkan oleh air batu.

Sementara itu, Dr. Aimi Rahayu Abdul Rashid, seorang Pegawai Perubatan Kehamilan dan Sakit Puan berkata, tiada bukti kajian saintifik dalam bidang perubatan yang menunjukkan ais boleh menyebabkan perut menjadi buncit.

Hujah yang diberikan oleh Dr. Aimi juga adalah sama, suhu minuman yang ada air batu yang kita minum secara automatiknya akan berubah mengikut suhu normal badan manusia iaitu 37 darjah celcius.

Katanya lagi, minuman berkalori tinggi seperti minuman bergula atau berkarbonat menjadi punca seseorang itu memiliki perut yang buncit.

Ia bukanlah disebabkan oleh pengambilan minuman sejuk.

#4 Haid berketul-ketul disebabkan air batu?

Ada lagi mitos berkenaan ais yang sering digembar-gemburkan. Kali ini berkaitan dengan darah haid.

Ada yang mengatakan darah haid yang keluar menjadi berketul-ketul adalah disebabkan oleh pengambilan minuman berais.

Menurut Dr. Rusyainie, darah haid wanita yang keluar adalah disebabkan oleh sel dinding rahim yang luruh.

Dalam kandungan darah haid tersebut terdapatnya darah serta tisu yang keluar melalui faraj wanita. 

Punca darah haid menjadi berketul-ketul adalah disebabkan bahan atau komponen dalam darah itu sendiri yang bertanggungjawab membekukan darah.

Pembekuan darah bertujuan menghentikan pendarahan pada tubuh manusia daripada terus berlaku.

Oleh sebab itu darah haid boleh menjadi berketul-ketul.

#5 Ais sebabkan faraj menjadi longgar?

Ada juga yang mengatakan jika seseorang wanita itu kerap meminum ais, maka faraj mereka akan menjadi longgar. Adakah benar?

Ia jelas sekali merupakan satu lagi dakwaan yang salah.

Menurut Dr. Rusyainie, ia adalah salah satu penipuan yang kerap dijaja oleh penjual produk kecantikan, produk kesihatan wanita serta produk jamu. 

Tujuan mereka adalah untuk menimbulkan rasa resah dan bimbang pada wanita yang seterusnya mendorong mereka untuk membeli produk yang dijual oleh mereka.

Dr. Rusyainie menggalakkan wanita untuk kerap melakukan senaman Kegel.

#6 Ais buatkan anda jadi cepat tua?

makanan berpantang

Ais sama sekali tidak membuatkan diri anda menjadi cepat tua.

Kesihatan seseorang itu boleh terjejas bukanlah dengan sebab pengambilan minuman berais, tetapi disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  • Pengambilan makanan yang tidak seimbang
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes
  • Malas bersenam
  • Mempunyai emosi yang tidak stabil
  • Menghisap rokok

Jadi minum minuman berais ada manfaatnya juga?

Minuman berais ada pro dan kontranya yang tersendiri.

Antara manfaat minuman sejuk ialah dapat menyejukkan tubuh badan terutamanya ketika bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.

Ia membantu tubuh daripada menjadi terlampau panas dan menjadikan senaman anda lebih berkesan.

Selain itu, minum air kosong pula boleh membantu memberikan sumber tenaga kepada tubuh anda sepanjang hari.

Air kosong yang sejuk juga boleh berperanan sebagai minuman alternatif bagi minuman bergula.

Ia bagus untuk pencernaan tubuh selain mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal. 

Kesimpulannya, anda masih boleh mengambil minuman berais sama ada ketika pantang, haid atau bila-bila masa, cuma perlu bersederhana.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sebelum Beli Set Bersalin, Ketahui 10 Perkara PENTING Ini Terlebih Dahulu!

Kini terdapat banyak set bersalin di pasaran. Namun apakah yang terbaik? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Kelahiran Bayi 19/04/2019 . 3 minit bacaan

Kehidupan Seks Selepas Bersalin Berbeza? Apakah Cara Mengembalikan Kehangatan Dengan Pasangan?

Seks selepas bersalin adalah perkara terakhir difikirkan oleh pasangan yang baru menjadi ibu bapa, tetapi mempunyai kehidupan seks berkualiti masih penting.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz

Jangan Ingat Ibu Keguguran Tak Kena Berpantang! Ini 8 Caranya & Bila Anda Boleh Hamil Kembali

Adakah wanita yang mengalami keguguran perlu mengamalkan cara berpantang selepas keguguran? Bagaimanakah cara untuk melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/11/2018 . 3 minit bacaan

Berpantang Selepas Bersalin: Karut atau Patut?

Budaya berpantang selepas bersalin merupakan tradisi turun temurun yang kebiasaannya diamalkan wanita di Asia, Afrika, Timur Tengah dan sebahagian Eropah dan biasanya melibatkan waktu rehat untuk si ibu selama 30 ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Kelahiran Bayi 27/09/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Fizikal & Emosi Terjejas Lepas Keguguran, Suami Pula Ajak ‘Bersama’ – Apa Patut Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/04/2020 . 3 minit bacaan
menu berpantang czer

7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 minit bacaan

3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan
makanan-ketika-berpantang-selepas-bersalin

Makanan Ketika Berpantang Selepas Bersalin Yang Boleh Dicuba

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/12/2019 . 4 minit bacaan