backup og meta

Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/01/2022

    Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

    Kenyataan pahit ini mungkin susah untuk diterima, namun para wanita senang untuk terdedah dengan masalah kesihatan faraj atas beberapa faktor, ini termasuklah radang serviks.

    Apa itu isu keradangan pada serviks? Teruskan membaca.

    Apa itu radang serviks?

    Cervicitis atau turut dikenali sebagai keradangan serviks terletak pada bahagian bawah rahim yang sempit dan pembukaan ruang ke arah saluran faraj.

    Masalah keradangan serviks ini boleh berpunca daripada keputihan yang tidak normal, hubungan seksual yang menyakitkan, kerengsaan pada vulva atau faraj.

    Walau bagaimanapun, pesakit yang menghadapi masalah keradangan ini mungkin tidak mengalami sebarang tanda atau simptom.

    Siapakah yang berpotensi menghidap radang serviks?

    radang serviks

    Tahukah anda, cervicitis sebenarnya sangat sering berlaku? Ini kerana lebih daripada separuh wanita dewasa boleh menderita masalah keradangan serviks pada suatu ketika.

    Tambahan pula, golongan wanita yang terlibat dengan tingkah laku seksual dan bertukar-tukar pasangan berisiko tinggi mendapat masalah ini.

    Selain itu, wanita yang mempunyai penyakit jangkitan seksual (STI), atau pasangan mereka mendapat STI, juga termasuk dalam golongan berisiko.

    Antara punca yang berpotensi mencetuskan cervicitis

    Penyebab keradangan yang paling biasa terjadi adalah jangkitan. Jangkitan pada bahagian serviks mungkin merebak semasa melakukan aktiviti seksual, namun perkara ini tidak selalu berlaku.

    Antara kemungkinan penyebab radang serviks termasuklah:

    • Pertumbuhan bakteria: Pertumbuhan berlebihan beberapa bakteria yang biasanya terdapat di dalam vagina (bacterial vaginosis) boleh menyebabkan keradangan pada serviks
    • Jangkitan kelamin: Selalunya, jangkitan bakteria dan virus yang menyebabkan radang serviks disebarkan melalui hubungan seksual. Cervicitis boleh berlaku akibat jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trichomoniasis dan herpes
    • Reaksi alergi: Alergi, sama ada pada spermisida kontraseptif atau lateks kondom turut mampu menyebabkan masalah ini. Selain itu, produk kebersihan wanita juga turut menjadi punca

    Jangkitan human papillomavirus (HPV) yang telah berkembang juga menyebabkan radang serviks, yang mampu menjadi tanda kanser serviks pada kemudian hari.

    Apakah gejala-gejala radang serviks?

    Simptom-simptom keradangan bahagian serviks boleh merangkumi:

    Walau bagaimanapun, masalah ini sering tidak mempunyai gejala. Ini adalah salah satu sebab mengapa para wanita harus melakukan temujanji bersama pakar sakit puan secara berkala.

    Bagaimanakah masalah ini didiagnosis?

    Sekiranya terbukti anda mempunyai simptom-simptom cervicitis, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

    Gejala-gejala masalah ini juga boleh memberi isyarat terhadap kondisi kesihatan faraj atau rahim yang lain.

    Terdapat beberapa cara doktor anda dapat mendiagnosis radang serviks, antaranya:

    • Pemeriksaan pelvis bimanual

    Bagi prosedur ujian ini, doktor anda akan memasukkan jari yang bersarung ke dalam faraj sambil memberi tekanan kepada perut dan pelvis anda dengan tangan yang lain.

    Ini membolehkan doktor mengesan kelainan pada organ pelvis, termasuk bahagian serviks dan rahim.

    • Ujian pap smear

    Untuk ujian yang dikenali sebagai pap smear ini, doktor anda akan mengambil sel darah daripada faraj dan serviks.

    Kemudian, sel-sel yang diambil ini akan diuji untuk mengetahui sebarang kelainan.

    • Biopsi serviks

    Jika ujian pap smear anda menunjukan sebarang kelainan, ujian ini yang juga disebut kolposkopi akan dilakukan.

    Bagi prosedurnya, doktor akan memasukkan spekulum ke dalam faraj, mereka kemudian menggunakan kapas dan membersihkan sisa lendir faraj serta serviks dengan lembut.

    Kemudian, doktor akan melihat serviks anda menggunakan kolposkop, yang merupakan sejenis mikroskop, dan memeriksa kawasan tersebut.

    Seterusnya, mereka bakal mengambil sampel tisu dari kawasan yang kelihatan tidak normal.

    Apakah pilihan rawatan bagi masalah ini?

    Tidak ada rawatan yang standard untuk merawat perihal ini, dan doktor akan menentukan kaedah terbaik berdasarkan faktor-faktor berikut:

    • Tahap keradangan
    • Keparahan gejala
    • Kesihatan secara keseluruhan
    • Sejarah perubatan

    Antara rawatan biasa diberi termasuk antibiotik untuk membunuh sebarang jangkitan, terutamanya setelah seseorang selesai melahirkan.

    Sekiranya radang serviks disebabkan oleh kerengsaan daripada benda asing seperti tampon atau penggunaan produk tertentu (cervical cap atau span kontraseptif), berhenti sekejap daripada menggunakannya untuk proses penyembuhan.

    Sekiranya anda mengalami keradangan serviks kerana kanser serviks atau prakanser, doktor mungkin akan melakukan cryosurgery, kaedah membekukan sel-sel abnormal di serviks yang akan memusnahkannya.

    Langkah-langkah pencegahan keradangan serviks

    radang serviks

    Terdapat cara untuk mengurangkan risiko menghidap keradangan serviks, iaitu dengan menggunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seks.

    Selain itu, hindari aktiviti seksual dengan pasangan yang mengalami STI bagi mengelakkan radang serviks.

    Seterusnya, anda harus beringat agar sentiasa mengelak menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia pada bahagian faraj, seperti tuala wanita atau tampon wangi, supaya risiko alergi mampu dikurangkan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan