Rahim Sudah Dibuang, Ke Mana Sperma Akan Pergi? 4 Soalan Lazim Berkenaan Histerektomi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah tak anda terfikir, ke mana sperma akan berenang jika seseorang itu sudah menjalani prosedur buang rahim (histerektomi)?

Jika tiada rahim, apa yang akan berlaku pada sperma selepas pasangan melakukan hubungan seks?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Perihal buang rahim, kenapa ia dilakukan?

Walaupun buang rahim merupakan satu prosedur sukarela (elektif), keputusan untuk menjalani prosedur tersebut tidak dibuat tanpa sebab.

Di Amerika Syarikat (US), prosedur buang rahim merupakan prosedur pembedahan kedua tertinggi selepas pembedahan caesarean dalam kalangan wanita.

Dianggarkan 600,000 wanita menjalani prosedur tersebut dan 20 juta wanita di US yang hidup tanpa rahim.

Walaupun terdapat kebaikan jika anda ingin buang rahim, risiko yang akan dilalui oleh wanita tersebut hampir sama dengan risiko individu yang menjalani pembedahan lain.

Pendarahan, kecederaan pada organ berhampiran dengan rahim dan kegagalan sistem pernafasan akibat ubat bius hanyalah sebahagian daripada kesan sampingan pembedahan tersebut.

Oleh sebab itulah jika seseorang itu didiagnosis dengan masalah kesihatan yang melibatkan organ rahim, adalah lebih baik mereka mencari jalan bukan pembedahan terlebih dahulu.

Apakah yang berlaku pada hubungan seks selepas histerektomi?

buang rahim

Adakah anda boleh menikmati hubungan seks seperti sedia kala jika anda buang rahim?

Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berlainan. 

Kajian  yang dibuat pada tahun 2015 menunjukkan mereka yang menjalani prosedur tersebut mengalami peningkatan pada kualiti hubungan seksual atau tidak berubah.

Tiada kesan negatif yang dilaporkan oleh subjek kajian.

Walau bagaimanapun, mereka yang dibuang rahim akan mengalami perubahan fisiologi yang menyebabkan masalah kekeringan faraj dan penurunan pada nafsu seks.

Maka kajian yang menyatakan tahap kepuasan mereka meningkat boleh dipengaruhi oleh perubahan tersebut.

Kesan itu adalah lebih tinggi pada mereka yang turut membuang ovari mereka. 

Ini berikutan organ tersebut merupakan kilang yang menghasilkan hormon seks.

Walau bagaimanapun, mereka yang memilih untuk menjalani prosedur buang rahim masih boleh menikmati kehidupan seksual mereka secara optimum.

Terapi hormon dan penggunaan pelincir larut air boleh membantu mengurangkan simptom yang dialami.

Pun begitu, anda perlu faham prosedur tersebut boleh membuatkan dinding faraj anda lebih sempit.

Perkara ini boleh menyebabkan penetrasi penuh semasa hubungan seks sukar dilakukan dan anda boleh berasa sakit.

Ke mana telur saya akan pergi, bagaimana pula dengan sperma pasangan?

buang rahim

Oleh sebab rahim merupakan pusat laluan utama bagi sperma, ia tidak mempunyai hala tuju ke arah mana mereka seharusnya pergi.

Secara ringkasnya sperma yang datang melalui ejakulasi akan keluar melalui cecair faraj yang keluar kelak.

Bagaimana pula dengan telur (ovum)?

Bagi mereka yang mengalami kanser rahim, prosedur pembuangan rahim dan ovari secara total akan dilakukan (TAHBSO).

Ini bermakna, anda tidak akan merembeskan sebarang telur.

Namun, jika salah satu ovari anda berfungsi selepas prosedur buang rahim dan anda belum mencapai usia menopaus, telur anda masih dikeluarkan oleh ovari.

Anda mungkin berminat:

Oleh sebab tiada rahim, ia akan memasuki ruang abdomen dan mengalami proses degradasi.

Walau bagaimanapun, anda masih berisiko untuk mendapat kehamilan luar rahim.

Ia cuma boleh berlaku jika terdapat saluran yang menghubungkan ruang abdomen dengan faraj atau serviks.

Ini bermakna, sperma dan ovum masih boleh bersenyawa dan hasilnya, kehamilan ektopik berlaku.

Perkara ini pernah berlaku dan dilaporkan di laman Jurnal Perubatan pada tahun 2019 melibatkan seorang wanita Afrika berusia 32 tahun yang disahkan hamil 13 minggu walaupun sudah buang rahim.

Adakah wanita yang sudah buang rahim boleh alami orgasme?

histerektomi

Walaupun histerektomi boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks atau berlaku pendarahan, kebanyakan mereka mengalami orgasme yang lebih kuat atau lebih kerap.

Namun, kajian pada tahun 2012, dapatan menunjukkan terdapat segelintir wanita yang mengalami penurunan orgasme.

Bukti klinikal masih lagi tidak mencukupi untuk dianalisis dan ia merupakan satu misteri yang masih belum terungkai dalam dunia perubatan.

Pun begitu, ia bergantung kepada kaedah orgasme yang dialami oleh wanita tersebut.

Sebagai contoh, mereka yang mengalami orgasme yang disebabkan oleh kemutan rahim akan melaporkan penurunan pada tahap orgasme.

Manakala wanita yang mengalami orgasme disebabkan oleh rangsangan kelentit tidak akan sedar akan perubahan yang berlaku pada tahap orgasme.

Konklusi

Wanita yang menjalani prosedur buang rahim masih boleh mengeluarkan ovum sekiranya struktur ovari mereka dalam keadaan baik.

Walau bagaimanapun sperma yang keluar melalui proses ejakulasi tidak akan dapat disenyawakan dengan ovum tersebut.

Kesannya ia akan dikeluarkan melalui cecair faraj wanita. 

Jika anda mempunyai persoalan mengenai prosedur histerektomi, rujuk doktor perubatan untuk khidmat nasihat kesihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Kaedah Semulajadi Untuk Merawat Tiub Fallopio Tersumbat, Ubah Gaya Hidup Anda Sekarang!

Masalah sukar hamil mungkin ada kaitan dengan tiub fallopio tersumbat. Namun adakah rawatan semula jadi dapat bantu mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 11/06/2020 . 3 minit bacaan

‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Yang Anda Mesti Tahu

Bagaimana dengan seks anal atau seks melalui dubur, adakah wanita hamil jika melakukannya? Adakah terdapat sebarang kesan lain yang boleh berlaku?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 30/04/2020 . 3 minit bacaan

Ingatkan Senggugut, Rupanya Ini Tanda Kanser Rahim Yang Selalu Wanita Tersalah Pandang

Kanser rahim merupakan penyakit kanser yang lazim dialami oleh wanita di seluruh dunia. Berikut adalah 15 tanda anda menghidap kanser rahim.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/04/2020 . 3 minit bacaan

Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang, No.1 Kena Buat Selalu!

Anda ada masalah peranakan jatuh? Jangan bimbang, ini kami senaraikan beberapa petua kecutkan rahim yang kembang yang wajib dicuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

rahim jatuh

Nak Tahu Rahim Jatuh Atau Tidak, Caranya Hanya Guna Jari, Boleh Lakukan Sendiri?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
kontraksi

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
radang serviks

Wanita Usah Biar Jika Sering Sakit Semasa Bersetubuh, Boleh Akibatkan Keradangan Serviks!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
tiub fallopio

Hanya Ada SATU Tiub Fallopio? Jangan Putus Asa, Peluang Hamil Masih Ada! Ini Caranya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan