Terangsang Dengan Wanita Hamil? AWAS, Anda Mungkin Tergolong Dalam Kategori Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Kehamilan merupakan satu situasi atau tempoh yang sangat bermakna bagi individu yang bergelar wanita. Disebabkan itu, wanita hamil kerap berkongsi gambar atau video mereka yang sedang sarat hamil di media sosial bertujuan berkongsi keterujaan mereka kepada rakan-rakan alam maya mereka.

Namun begitu, mereka mungkin tidak sedar akan ancaman yang bakal mereka hadapi daripada kelompok yang bergelar ‘preggophiles’.

Apakah itu ‘preggophiles’?

‘Preggophiles’ adalah kelompok individu terutamanya lelaki terangsang dengan wanita hamil. Mereka akan ‘turn on’ apabila melihat perut wanita mengandung yang sedang memboyot atau lebih tepat lagi, ‘baby bump’.

Menurut kajian analitik yang pernah dilakukan, carian mengenai kandungan video lucah berkaitan ibu hamil telah meningkat sebanyak 20% sejak tahun 2014. Angka yang sangat menakutkan terutamanya kepada ibu hamil, bukan?

Menurut laman sesawang lucah popular di Amerika, carian pornografi berkaitan kehamilan kini merupakan carian yang ke 107 paling popular di Amerika.

Tidak cukup dengan itu, laman sosial ‘Reddit’ kini juga mempunyai ribuan kiriman foto erotik wanita hamil dan kata-kata berbaur lucah yang membicarakan perihal nafsu aneh mereka ini.

Tanpa disedari wanita hamil itu sendiri, gambar atau video mereka mungkin merupakan salah satu daripada kiriman tersebut. Jadi, sila berjaga-jaga!

Apakah punca lelaki terangsang dengan wanita hamil?

ibu hamil

Menurut Michael Aaron yang merupakan pakar terapi seks di Amerika, nafsu aneh lelaki terhadap ibu hamil ini mungkin berpunca daripada proses yang berlaku secara turun-temurun.

Kata beliau lagi, ia mungkin disebabkan oleh sesuatu berkenaan wanita hamil yang menarik perhatian mereka pernah berlaku ketika mereka masih kecil lalu mencetuskan rasa ghairah dan berahi terhadap wanita mengandung.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan penulis buku Modern Sexuality menegaskan bahawa nafsu aneh terhadap wanita mengandung ini sebenarnya didalangi oleh hormon testosteron yang terdapat dalam badan.

Hormon ini akan mempengaruhi pemikiran kelompok ini untuk berasa wanita hamil itu adalah lebih cantik berbanding wanita yang tidak hamil.

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh Journal of Sexual Medicine pada 2011 yang mengatakan bahawa tarikan seksual terhadap ibu hamil adalah disebabkan oleh pendedahan seorang kanak-kanak terhadap kehamilan atau penyusuan badan sejak kecil lagi.

Bagi kebanyakan lelaki pula, wanita mengandung mungkin akan membuat mereka tertarik atau ‘turn on’!

Namun begitu, ia mungkin bukan disebabkan oleh perubahan fizikal seperti perut memboyot atau ‘baby bump’ tetapi lebih disebabkan oleh kewujudan pertalian yang baru di dalam hubungan mereka.

Apakah yang perlu dilakukan?

Anda mungkin berpendapat bahawa tidak akan berlaku apa-apa bahaya kepada anda sekiranya anda hamil dan masih meneruskan hidup seperti biasa.

Pun begitu, ia sebenarnya agak berbahaya kerana anda sendiri tidak mengetahui individu mana yang mempunyai niat jahat terhadap anda.

Paling penting, anda perlu berhati-hati ketika memuat naik apa-apa gambar atau video anda yang jelas menunjukkan perut memboyot atau ‘baby bump’ anda.

Ini kerana ia mungkin akan membangkitkan nafsu kelompok ‘preggophiles’ ini. Sebaiknya, jangan berkongsi sebarang gambar anda di dalam media sosial yang menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan.

Anda juga perlu tahu bahawa nafsu aneh ini bukan sahaja wujud dalam kalangan lelaki malahan ada juga wanita yang mempunyai keinginan pelik ini.

Oleh itu, berhati-hati dan cuba menolak dengan elok sekiranya ada individu yang ingin menyentuh perut anda atau berbicara apa-apa perkara berkaitan kehamilan dengan anda.

Pendidikan seks adalah penting

ibu hamil

Selain lebih berhati-hati untuk memuat naik gambar atau video, ada satu perkara lain yang lebih penting. Ini bukan sahaja melibatkan wanita hamil itu sendiri malahan keseluruhan masyarakat itu.

Bagaimana untuk membanteras individu daripada memiliki nafsu aneh seperti ‘preggophiles’ ini? Jawapannya adalah melalui pendidikan seks.

Persoalannya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk mengajar individu mengenai seks?

Seperti yang diketahui umum, ramai kanak-kanak lelaki dan perempuan mula melangkah ke adalam akil baligh pada usia sekitar 8 tahun. Oleh itu, waktu ini mungkin merupakan ketika yang paling sesuai untuk mengajar individu mengenai perihal seks.

Ibu bapa dan guru perlu main peranan

Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Jadi, cuba ajar anak anda melalui keburukan mempunyai nafsu aneh seperti ini sejak awal ini.

Anda mungkin boleh mengajarnya bahawa seks itu adalah perkara yang normal. Namun, tekankan kepada mereka ia boleh jadi bahaya jika pemikiran anak anda terserong sedikit dari landasannya.

Di sekolah, para guru pula yang perlu ambil peranan. Anda mungkin boleh ajarkan topik seperti anatomi tubuh badan manusia, penyakit kelamin dan kehamilan.

Dengan ilmu yang cukup ini, kemungkinan besar anak anda akan lebih memahami konsep sebenar seks lalu tidak terjerumus kepada budaya seks yang tidak sihat.

Muhasabah diri

Tidak dinafikan, setiap individu pasti mempunyai nafsu aneh atau fetish dalam diri masing-masing. Namun, ketahuilah bahawa keinginan seks anda terhadap individu yang tidak sepatutnya seperti ibu hamil atau kanak-kanak hanya akan memudaratkan kesihatan mental dan fizikal anda.

Jadi, cuba kawal diri anda jika terlalu mudah terangsang dengan wanita hamil dan bawa-bawalah bertaubat sebelum terlambat ya?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Tahukah anda bahawa kitaran tindak balas seksual terdapat 4 fasa yang utama? Jika belum, jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta meningkatkan peluang untuk hamil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sifilis adalah

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan