home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Ujian kehamilan untuk menguji hasil mengandung ataupun tidak boleh dilakukan sendiri di rumah. Ia mudah didapati di mana-mana farmasi dan senang digunakan.

Namun begitu, masih ramai wanita yang menggunakan kit ujian yang sama berulang kali. Persoalannya, bolehkah kita mendapatkan keputusan yang tepat jika ia sudah digunakan?

Teruskan membaca artikel ini.

Apa itu ujian kehamilan?

Ujian kehamilan atau dikenali sebagai urine pregnancy test (UPT) ialah satu ujian mudah untuk mengetahui sama ada anda hamil ataupun tidak.

UPT mengesan kehadiran hormon human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing anda.

Hormon tersebut dihasilkan oleh plasenta setelah proses implantasi berlaku. HCG berada dalam darah atau air kencing anda seawal 8 hari setelah haid lewat.

UPT boleh dijalankan di klinik kesihatan atau boleh dibeli sendiri di farmasi.

Kajian mendedahkan jika digunakan dengan betul, ujian kehamilan yang dijual di farmasi mempunyai ketepatan sebanyak 97-99%.

ujian kehamilan

Bagaimanakah ujian kehamilan bertindak?

Seperti ujian makmal yang lain, ujian kehamilan bertindak apabila terdapat tindak balas kimia antara air kencing anda dan komposisi kimia yang berada di dalam jalur kertas ujian tersebut.

Jalur kertas ujian kehamilan mempunyai antibodi HCG, dan bertindak balas ketika ia mengesan HCG dalam air kencing anda.

Untuk ujian kehamilan yang biasa, jika positif anda akan nampak 2 jalur merah pada ujian tersebut. Untuk yang digital pula, ia akan tertulis sama ada anda hamil atau tidak.

Jadi, boleh ke menggunakan UPT berulang kali?

Maaf jika ini akan mengecewakan anda, tetapi jawapannya TIDAK SAMA SEKALI!

Seperti reaksi bahan kimia yang lain, tindak balas hanya boleh berlaku untuk kali pertama sahaja. Bayangkan jika anda membuat bertih jagung. Jika bertih jagung anda sudah jadi, anda tidak boleh mengulanginya lagi!

Semasa anda menggunakan ujian kehamilan, sama ada anda kencing secara langsung atau mencelup jalur kertas ke dalam air kencing anda, tindak balas kimia di antara air kencing dan antibodi HCG sudah pun berlaku.

Anda tidak akan dapat mengulangi ujian dengan UPT yang sama lagi. Selain itu, ujian kehamilan seharusnya dibaca dalam lingkungan 5 minit sahaja. Jika anda membaca ia selepas sejam, keputusan yang diberikan salah sama sekali.

Kalau terkena air, bagaimana pula?

Walaupun air nampak kosong, tetapi air pun mempunyai komposisi kimia yang tersendiri.

Oleh itu, jika UPT anda terkena air, anda tidak boleh menggunakannya lagi (walaupun negatif ya!) kerana sudah ada tindak balas kimia di antara air dan ujian tersebut.

Hal ini kerana ujian kehamilan yang sudah terkena air akan mewujudkan garisan penyejatan dan memberikan keputusan false positive. Ia bermaksud, UPT akan menunjukkan anda hamil tetapi sebaliknya tidak.

Dengan itu, UPT yang sudah digunakan atau terkena air seharusnya dibuang dan tidak digunakan lagi kerana berpotensi memberikan keputusan yang salah.

Cara menggunakan UPT dengan betul

Sebelum anda menggunakan ia, bacalah arahan yang disertakan dengan ujian tersebut. Namun, ini adalah langkah-langkah menggunakan ujian kehamilan secara am:

  1. Cuci dan keringkan tangan anda terlebih dahulu.
  2. Bukalah bungkusan ujian anda dan letakkan di permukaan yang rata, bersih dan kering.
  3. Pilihlah kaedah ujian yang selesa bagi anda. Terdapat 2 kaedah iaitu :
    • Kencing dalam cawan: sterilkan cawan anda dengan air panas dan sabun terlebih dahulu. Keringkan ia. Anda hanya perlu menangkap aliran pertengahan air kencing anda (mid-stream urine) secukupnya. Kemudian, celup ujian anda selama 5 saat.
    • Kaedah mid-stream: Kencing terlebih dahulu, tahan air kencing anda buat seketika dan letakkan ujian di posisi yang betul. Kemudian, teruskan kencing seperti biasa dan biarkan ujian selama 5 saat.
  4. Biarkan ujian kehamilan di tempat kering selama 5 minit, tetapi jangan lebih daripada 10 minit, ya!
  5. Bersihkan tempat ujian untuk mengelakkan jangkitan kuman.

ujian kehamilan

Konklusi

Ingatlah bahawa UPT hanya boleh digunakan sekali sahaja, biarpun jika hanya terkena air kosong. Walaupun keputusan menunjukkan negatif, jangan sesekali cuba untuk menggunakan ia lagi!

Jika anda mempunyai tanda dan simptom kehamilan tetapi ujian tetap negatif, buanglah ujian tersebut dan cuba lagi selepas 2-3 hari.

Ia mengambil lebih masa untuk hormon HCG anda muncul dalam air kencing berbanding dengan darah.

Kalau anda masih ragu-ragu, silalah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan ujian yang lebih tepat.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://medlineplus.gov/lab-tests/pregnancy-test/
  2. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/home-pregnancy-tests/art-20047940
  3. https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/pregnancy-tests
  4. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/7282640/
  5. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/15321819.2019.1671861
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nana Muhammad Disemak pada 11/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x