Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda mengalami gangguan penglihatan secara tiba-tiba ‘hilang’ sehingga membuatkan anda tertanya-tanya penyebab kebutaan itu berlaku?

Walaupun perkara tersebut hanya berlaku buat sementara waktu, namun ia sudah cukup untuk membuatkan anda panik.

Sempena Hari Penglihatan Sedunia yang berlangsung pada 8 Oktober hari ini, kami bawakan pada anda artikel mengenai bagaimana boleh terjadinya masalah kebutaan secara tiba-tiba.

Pastikan anda ikuti artikel ini dengan lebih lanjut okay!

Kebutaan secara tiba-tiba

Kehilangan penglihatan secara tiba-tiba atau turut dikenali sebagai sudden blindness adalah kondisi apabila seseorang individu menghadapi kesukaran untuk melihat.

Anda mungkin beranggapan bahawa perkara ini akan menyebabkan kebutaan secara total, namun sebenarnya ia berbeza-beza bagi setiap individu.

Sebagai contoh, sesetengah individu mungkin mengalami penglihatan kabur, manakala segelintir orang pula mungkin kehilangan penglihatan periferal secara tiba-tiba.

Selain itu, sebahagian individu juga boleh mengalami kehilangan penglihatan pusat secara tiba-tiba. Ketiga-tiga masalah ini termasuk dalam kategori sudden blindness.

Tambahan itu, tempoh masa sudden blindness yang dialami oleh setiap orang adalah berbeza, ia mungkin berlangsung selama beberapa saat, jam atau hari.

Lebih teruk, perkara ini mampu menjadi masalah kekal sekiranya tidak menerima rawatan pada waktu yang tepat.

Potensi penyebab kebutaan secara tiba-tiba

1. Papilledema

Papilledema adalah masalah pembengkakan di kawasan saraf mata dan ia juga boleh berlaku akibat peningkatan tekanan di dalam kepala.

Disebabkan itu, kehilangan penglihatan atau kebutaan akan berlaku pada kedua-dua mata secara serentak.

Selalunya masalah kehilangan penglihatan ini turut disertai dengan sakit kepala.

Berita baiknya, ia lazim berlaku dalam tempoh masa beberapa saat. Setelah itu, penglihatan anda akan kembali seperti normal.

Untuk diagnosis, imbasan MRI adalah salah satu pemeriksaan sokongan yang dibuat untuk membantu menentukan punca berlakunya peningkatan tekanan di kepala.

2. Amaurosis fugax

Kehilangan penglihatan pada sebelah mata tanpa rasa sakit yang sering berlaku dalam beberapa saat hingga minit merupakan antara ciri masalah ini.

Amaurosis fugax lebih kerap terjadi pada golongan yang berusia lebih daripada 50 tahun dengan sejarah penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi (hipertensi), dan gangguan profil kolesterol (hiperlipidemia).

Punca yang paling sering mengakibatkan seseorang untuk mengalami masalah ini adalah penyumbatan saluran darah pada kawasan retina.

Dalam beberapa kes, mereka yang mengalami kehilangan penglihatan selama lebih dari 90 minit, penyumbatan mampu berlanjutan dan kebutaan boleh menjadi kekal.

Untuk diagnosis, pakar menggunakan imbasan CT  untuk menilai keadaan saluran darah otak yang lain.

3. Vertebrobasilar insufficiency

Penurunan penglihatan secara tiba-tiba pada kedua-dua belah mata yang berlaku secara berulang kali tanpa rasa sakit merupakan antara ciri kondisi ini.

Tidak jauh berbeza dengan amarousis fugax, kondisi ini juga lebih kerap berlaku pada individu yang mempunyai penyakit tertentu.

Untuk diagnosis, penyelidikan MRA (angiografi resonans magnetik) mungkin perlu dilakukan sebagai tambahan kepada imbasan CT.

Pemeriksaan ini berguna untuk melihat bekalan darah ke kawasan belakang otak (oksipital), batang otak, serta otak kecil.

Gangguan aliran darah yang berlaku di kawasan-kawasan ini boleh menjadi penyebab kebutaan secara tiba-tiba pada kedua-dua belah mata.

4. Migrain

rawatan migrain

Kehilangan penglihatan sementara (antara 10 sehingga 60 minit) akan segera disusuli dengan sakit kepala yang teruk, iaitu migrain.

Tambahan itu, kejadian ini akan berulang setiap kali serangan migrain berlaku.

Pun begitu, risiko kebutaan dalam kondisi ini tidak begitu membimbangkan kerana penglihatan akan kembali normal setelah serangan migrain dapat diatasi.

Baca juga:

1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

Adakah anda berisiko?

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kebutaan secara tiba-tiba, antaranya:

  • Individu yang menjalani pembedahan mata
  • Pekerjaan yang melibatkan peralatan tajam
  • Mereka yang mempunyai tahap kebersihan diri yang teruk
  • Pesakit diabetes
  • Menderita penyakit serebrovaskular atau penyakit kardiovaskular
  • Strok boleh menjadi salah satu penyebab utama yang menyebabkan kebutaan, sementara atau kekal
  • Mempunyai penyakit mata tertentu
  • Pengamalan makanan yang tidak sihat
  • Individu yang mempunyai sejarah keluarga buta
  • Bayi yang dilahirkan sebelum waktunya lebih berisiko tinggi untuk menjadi buta
  • Golongan berusia
  • Kekurangan rawatan pranatal boleh menyebabkan kebutaan
  • Perokok lebih tinggi peluang buta berbanding bukan perokok
  • Bekerja dalam persekitaran di mana bahan kimia toksik digunakan

Langkah-langkah pencegahan

pemeriksaan mata

Masalah kebutaan dapat dicegah jika mata anda diperiksa secara berkala agar rawatan awal dapat diberikan sekiranya anda menghadapi masalah mata dan sebagainya.

Justeru, jika anda mengalami momen kebutaan atau masalah penglihatan, usah berlengah dan segera lakukan janji temu untuk mendapatkan rawatan awal.

Sekiranya anda didiagnosis dengan jenis penyakit mata tertentu, ikutilah arahan pakar oftalmologi mengenai penjagaan mata yang betul.

Bagi para ibu bapa, pastikan anak-anak anda melakukan pemeriksaan mata ketika berumur 6 bulan dan 3 tahun.

Apabila mereka mencecah usia 6 tahun, pemeriksaan sekali setahun juga harus dilakukan untuk memastikan kesihatan mata yang optimum dan mengelak daripada berlakunya masalah penglihatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

1 Cawan Teh Panas Setiap Hari Mampu Kurangkan Risiko Penyakit Mata Glaukoma, Betul Ke?

Menghirup secawan teh panas pada hari yang dingin tidak hanya menghangatkan anda, ia juga dapat melindungi penglihatan dari penyakit mata glaukoma.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

Meluangkan masa yang lama di hadapan skrin telah menjadi isu besar bagi orang ramai hari ini kerana ia mampu menyebabkan masalah ketegangan mata.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/09/2020 . 3 minit bacaan

Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

Setiap pembedahan mempunyai pantang larang yang tersendiri, begitu juga pembedahan mata yang mempunyai perkara yang boleh atau perlu dielak selepas operasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 27/08/2020 . 3 minit bacaan

Masalah Rabun Silau Hanya Berlaku Pada Waktu Malam Saja Ke? Bagaimana Kalau Siang Hari?

Rabun silau menjadi faktor utama anda sukar untuk melihat objek yang bercahaya terang di sekeliling anda terutamanya pada waktu malam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ciri-ciri kebutaan pada bayi

Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
ujian mata

Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
punca ketumbit

Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
mata bengkak

Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan