Punca-Punca Utama Ketidaksuburan Dalam Lelaki

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ketidaksuburan dalam kalangan lelaki merupakan masalah kritikal keibubapaan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor keadaan kesihatan, faktor persekitaran dan faktor gaya hidup.

Faktor-Faktor Keadaan Kesihatan

Pertamanya, masalah-masalah testis yang membawa kepada ketidaksuburan terdiri daripada masalah seperti varikosele atau testis yang gagal untuk turun. Varikosele menyebabkan bilangan sperma yang berkualiti berkurangan manakala testis yang gagal untuk turun ke kantungnya meningkatkan kemungkinan kemandulan dalam lelaki. Seterusnya, kemandulan boleh disebabkan jangkitan termasuk jangkitan kelamin seperti gonorrheaHIV atau keradangan epididmis (epididymitis) atau testis (orchitis). Tambahan lagi, terdapat juga kemungkinan kesilapan di mana sperma diserang oleh antibodi badan atau berlakunya tumor pada sistem reproduktif. Selain itu, masalah pembentukan tiub sperma seperti kecederaan daripada pembedahan, jangkitan lama, trauma atau masalah perkembangan tiub boleh menggangu kelancaran aliran sperma. Akhir sekali, terdapat juga kejadian seperti masalah ejakulasi terbalik (air mani naik ke pundi kencing), gangguan hormon (paras testosteron yang rendah), masalah hubungan seks dan juga penyakit celiac (alah kepada gluten).

Faktor-Faktor Persekitaran

Persekitaran mempengaruhi kesuburan lelaki. Pendedahan yang melampau terhadap faktor-faktor persekitaran tertentu memberi kesan negatif kepada sistem reproduktif lelaki. Contohnya, pendedahan yang melampau terhadap bahan kimia industri seperti benzene, toluene, xylene, racun serangga, pelarut organik dan bahan cat mengurangkan kualiti sperma; pendedahan kepada sinar X menghalang daripada pembentukan sperma yang normal. Logam berat dan suhu yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Faktor-Faktor Gaya Hidup

Mengekalkan gaya hidup yang sihat mempunyai impak yang signifikan terhadap kebarangkalian kemandulan. Faktor seperti meminum arak, dadah, merokok, stress dan berat badan berlebihan atau terlalu kurang meningkatkan risiko ketidaksuburan. Penyalahgunaan dadah yang digunakan untuk membesarkan otot misalnya, mengecilkan saiz testis dan menurunkan penghasilan sperma; alkohol menyebabkan testosteron menurun sekaligus membawa kepada masalah seperti masalah ereksi; dan stres menyebabkan ketidakstabilan hormon.

Penting untuk kita tahu punca-punca utama ketidaksuburan dalam kalangan lelaki untuk memastikan pilihan gaya hidup kita adalah sihat dan terbaik untuk kesuburan.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    proses bersalin normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

    Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

    Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pembengkakan prostat

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    balanitis adalah

    Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
    apakah penyakit peyronie berbahaya

    Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema zakar

    Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan