Makanan dan Minuman yang Menjejaskan Prestasi Ereksi Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pengamalan diet yang tidak sesuai merupakan faktor utama yang menjejaskan prestasi ereksi lelaki. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang memberi kesan kepada tahap hormon testosteron lelaki. Ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis makanan dan minuman tersebut.

Prestasi ereksi lelaki akan terjejas dengan makanan dan minuman berikut:

#1. Daging

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak daging akan menjejaskan ereksi lelaki dan juga kesihatan jantung mereka yang mana merupakan faktor yang paling penting untuk mengekalkan kebolehan ereksi. Daging seperti lembu atau kambing pula sangat kaya dengan lemak dan kolesterol yang akan menjejaskan kesihatan seksual dan jantung lelaki. Oleh itu, hadkan pengambilan daging yang terlalu banyak dan lebihkan pengambilan protein daripada ikan berlemak atau kekacang, avokado dan minyak zaitun.

#2. Makanan bergoreng

Makanan bergoreng juga akan memberi kesan buruk kepada jantung dan juga fungsi seksual lelaki. Ia mengandungi kandungan minyak panas yang sudah tentu tinggi kandungan kolesterol. Selain itu, pertambahan berat badan atau obesiti yang disebabkan oleh pengambilan makanan bergoreng terlalu banyak, mampu menjejaskan kandungan hormon dalam badan. Jika anda mahukan prestasi seksual yang lebih baik, kurangkan mengambil makanan bergoreng yang juga berpotensi mendatangkan penyakit kanser prostat dan benign prostatic hyperplasia.

#3. Soya

Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard, kiraan sperma akan berkurangan sebanyak 40 peratus dengan pengambilan soya pada setiap hari. Para pengkaji juga mendapati bahawa lebih banyak soya yang anda ambil, lebih sedikit kandungan hormon testosteron dalam badan. Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketidakstabilan pada hormon estrogen dan testosteron lalu menjejaskan kesihatan seksual lelaki. Oleh itu, elakkan produk yang berasaskan soya yang diproses.

#4. Makanan dan minuman yang ditinkan atau dipaketkan.

Bisphenol A, yang biasa dirujuk sebagai BPA, adalah kandungan bahan kimia yang terdapat dalam makanan dan minuman yang disimpan dalam bekas plastik. Ia secara saintifiknya akan memberi kesan kepada prestasi ereksi lalu mengurangkan keinginan seksual lelaki dan menyebabkan ketidaksuburan. Oleh itu, kurangkan segala pengambilan makanan dan minuman yang ditinkan atau dipaketkan untuk mengelakkan agen BPA yang sangat mudah tersebar.

#5. Alkohol

Ya, alkohol sememangnya akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada kesihatan seksual malahan juga buat kesihatan secara umumnya. Menurut kajian, pengambilan terlalu banyak alkohol akan mengurangkan serta tahap testosteron dengan mendadak lalu menghapuskannya daripada saluran darah anda. Oleh itu, buat pilihan yang bijak dengan menjauhkan diri daripada minuman yang tidak mendatangkan apa-apa faedah ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alami Sakit Perut Keterlaluan? Kenali 11 Simptom Kanser Perut Yang Mungkin Terlepas Pandang

    Kanser perut mempunyai pelbagai tanda dan simptom yang anda perlu ketahui. Salah satu simptomnya ialah sakit perut yang berpanjangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 5 minit bacaan

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Rawatan penyakit perut yang berkaitan kanser bergantung kepada jenis dan tahap barah tersebut sewaktu didiagnosis. Ambil tahu tentangnya dari sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Perut, Kanser 21/10/2020 . 6 minit bacaan

    Fibroid Rahim Bukan Semuanya Bahaya, Tapi Masih Perlu Dirawat, Saiz Besar Lebih 10cm Perlu Dibuang!

    Masalah ketumbuhan fibroid rahim bukan lagi perkara yang asing bagi para wanita, saiz ketumbuhan ini pula berbeza-beza, tidak sama untuk setiap individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Mainan Gantung Bayi Tak Dapat Bantu Si Manja Cepat Tidur, Tapi Ada Manfaat Lain!

    Ah hampanya! Dah cuba pelbagai cara menidurkan bayi, tetapi semua tak berkesan! Ingin cuba mainan gantung, tapi ragu-ragu? Baca artikel ini dahulu ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tumbuh jambang

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan
    Cara menghilangkan sakit perut

    Rawatan Dan Pencegahan Untuk Kanser Perut, Jangan Terleka Dengan Pemakanan Yang Tak Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    Penyebab sakit perut

    Ada 19 Faktor Risiko Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Ubah Gaya Pemakanan Anda Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    pemeriksaan perut

    Usah Risau Jika Anda Didiagnosis Dengan Kanser Perut, Ini Semua Pemeriksaan Yang Boleh Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan