Jika Hormon Ini Kurang, Kaum Adam Bakal Dapat 5 Masalah, Termasuk Tumbuh Payudara!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hormon testosteron penting buat kaum lelaki. 

Bukannya perempuan tiada hormon ini tetapi ia tidak mempengaruhi fungsi signifikan organ seksual seperti yang berlaku pada kaum Adam.

Jika seseorang lelaki itu mengalami kesan penurunan pada hormon tersebut, mereka akan menunjukkan simptom yang boleh mempengaruhi kualiti hidup secara menyeluruh.

Perkara ini boleh dilihat pada individu yang mengalami proses penuaan.

Terdapat beberapa gejala yang boleh timbul sekiranya paras hormon testosteron berada pada tahap yang rendah.

Artikel ini akan menghuraikan 5 simptom bagi mereka yang mengalaminya.

#1 Jatuhnya paras hormon testosteron boleh menyebabkan “jatuhnya” rambut

Masalah keguguran rambut boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah penurunan pada paras hormon testosteron.

Oleh sebab itulah jika anda sedar, semakin tua seseorang itu, semakin “jaranglah” rambut mereka.

Ada yang semakin botak pun!

Kajian pada tahun 2012 berkenaan dengan dua pemalar ini menunjukkan bukti yang agak kukuh.

Subjek wanita telah digunakan (bukan lelaki) dan mereka mempunyai simptom keguguran rambut.

Rawatan testosteron yang diberikan kepada mereka bukan sahaja menghentikan masalah keguguran rambut tidak normal.

Malahan, mereka juga mengalami peningkatan pada kadar pertumbuhan rambut baharu!

Namun, apa yang anda perlu tahu adalah majoriti (92% daripada 285 subjek) mengalami pertumbuhan misai, janggut dan sebagainya.

Kajian ini memberikan 2 implikasi:

  1. Testosteron tidak menyebabkan masalah keguguran rambut tidak normal, ia merupakan hormon penting untuk mengawal atur keseimbangan proses tumbuh/gugur rambut. Pengecualian diberikan kepada lelaki yang mengalami masalah kebotakan genetik akibat sisa hormon testosteron.
  2. Rawatan hormon testosteron untuk galakkan pertumbuhan rambut tidak sesuai digunakan terhadap wanita.

#2 Masalah ereksi, apabila adik kecil sukar untuk bangun tidur

hormon lelaki

Testosteron merupakan hormon penting yang boleh merangsang kaum Adam untuk mengalami ereksi.

Ia berupaya untuk menggalakkan tisu penis menghasilkan bahan kimia nitrik oksida bagi memulakan proses berantai yang menyebabkan zakar bangkit aktif bersedia untuk berkhidmat.

Perkara ini disokong oleh analisis kajian terdahulu yang dibuat oleh Jabatan Endokrinologi Pusat Perubatan UCLA.

Jika paras testosteron rendah, maka bahan kimia penting yang diperlukan untuk ereksi turut rendah.

Namun, anda perlu ingat bahawa masalah ereksi tidak semestinya berpunca daripada masalah testosteron.

Ia juga boleh disebabkan oleh stres, tabiat merokok, masalah kesihatan (seperti masalah tiroid), penyakit kronik dan sebagainya.

Oleh sebab itu, jangan diagnosis diri anda sendiri, sebaliknya jumpa doktor.

Anda mungkin berminat:

#3 Apabila testosteron merundum, mata terkebil-kebil sukar tidur malam

Jika anda sulit melelapkan mata waktu malam, ia boleh disebabkan oleh masalah kurang testosteron.

Apabila berbicara mengenai kesukaran untuk tidur, ia boleh berkait dengan masalah susah untuk terlelap atau untuk kekal tidur.

Ada individu yang kerap terbangun selepas tidur pada setiap 1-2 jam kerana mengalami masalah tertentu.

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai paras testosteron rendah mudah mendapat penyakit apnea tidur.

Ia merupakan satu keadaan kesihatan yang menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas ketika tidur mengakibatkan individu tersebut terbangun.

Apabila kualiti tidur terjejas, kualiti kesihatan turut sama menurun.

#4 Simptom menopaus tidak eksklusif pada wanita sahaja

kaum adam

Walaupun perkataan menopaus hanya digunakan pada wanita yang sudah tamat tempoh masa untuk hamil (telur sudah habis), lelaki boleh alami simptom yang seakan-akan sama.

Perpeluhan dan rasa panas pada waktu malam adalah 2 simptom yang sering menjadi topik perbincangan di antara doktor dan pesakit yang bertestosteron rendah.

Jika hormon tersebut memang puncanya, doktor mungkin akan mempreskripsikan terapi gantian hormon.

Namun, sama seperti simptom lain, pelbagai jenis masalah kesihatan boleh dikaitkan dengan perpeluhan pada waktu malam.

Malah ada yang lebih serius seperti sakit jantung!

Jadi, siasatan ujian makmal akan dijalankan bagi membolehkan doktor mengesan punca sebenar berlakunya simptom tersebut.

#5 Lelaki berpayudara, masalah kurang hormon testosteron?

Peningkatan pada jumlah lemak badan mempunyai kaitan yang kuat dengan kadar penurunan testosteron dalam badan.

Kajian oleh Jabatan Biokimia di University Boston menunjukkan lelaki yang sedang dirawat dengan terapi testosteron jangka masa panjang mengalami kadar penurunan berat badan yang konsisten.

Ini berikutan hormon tersebut penting bagi memperelok komposisi badan lelaki dengan penambahan sel otot.

Tanpanya, lemak badan akan meningkat, malahan ada yang mengalami simptom ginekomastia, atau pembentukan payudara pada lelaki.

Implikasi penurunan hormon testosteron sememangnya tidak boleh dipandang ringan memandangkan simptom ini boleh mempengaruhi tahap keyakinan diri individu.

Konklusi

Hormon testosteron penting bagi lelaki berikutan ia boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka secara menyeluruh.

Tanpanya, bukan sahaja kaum Adam akan mengalami kesukaran untuk bersenggama, malah ketidakseimbangan proses fisiologi badan dimanifestasikan melalui simptom.

Jika anda mengalami sebarang simptom yang disebutkan di atas, pergi ke pusat kesihatan untuk khidmat nasihat perubatan daripada doktor bertauliah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

Ada kajian terbaharu yang kata testis lelaki ada bakteria yang akan jejaskan kesuburan! Benarkah? Jom klik artikel ini untuk baca lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
lelaki homoseksual

Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
pembengkakan prostat

Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
balanitis adalah

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan