Betulkah GANJA Boleh Tingkatkan Kesuburan Lelaki? Kajian Terbaru Buktikan Sesuatu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sehingga kini, terdapat pelbagai rawatan sama ada moden atau tradisional berkenaan kesuburan lelaki yang boleh dicuba oleh lelaki yang mengalami masalah kesuburan.

Antara yang popular adalah urutan batin serta pengambilan suplemen dan antioksida yang boleh meningkatkan kesuburan lelaki.

Namun, terdapat satu persoalan yang diutarakan di laman media iaitu adakah ganja dapat meningkatkan kesuburan lelaki? Adakah persoalan ini merupakan fakta atau mitos?

Persoalan ini amat sukar untuk dijawab dan ditentukan kesahihannya. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi!

Apakah itu ganja?

Ganja berasal daripada sejenis pohon yang bernama ‘cannabis sativa’ atau ‘hemp’. Ia merupakan sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan termasuklah di negara kita, Malaysia.

kesuburan lelaki

Meskipun fungsi utamanya adalah untuk tujuan perubatan, ia juga seringkali disalahgunakan untuk tujuan relaksasi dan memberi si pengguna perasaan yang seronok.

Antara contoh kegunaan sebenar ganja adalah mengurangkan sakit yang dihadapi oleh individu selain menjadi rawatan paliatif bagi mereka yang menghidap kanser di peringkat akhir hayat.

Ganja merupakan dadah yang paling popular dan pelbagai nama digunakan oleh penagihnya seperti ‘marijuana’, ‘pot’, ‘weed’, ‘dope’, ‘hashish’ atau ‘hash’ untuk mengaburi pihak berkuasa.

Adakah benar ganja mampu meningkatkan kesuburan lelaki?

Saintis di Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara ganja dengan kesuburan lelaki. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, ada kajian yang dapat menyokong perkaitan tersebut.

Kajian itu dilakukan terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya, lelaki yang mengambil ganja mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak pernah mengambilnya.

Kajian ini merupakan kajian yang terbaharu dan telah melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil dari sejumlah 662 lelaki dalam lingkungan tahun 2000 sehingga 2017.

Daripada jumlah berkenaan, 55 peratus mengaku pernah mengambil ganja dan 11 peratus lagi masih lagi mengambilnya. Baki 44 peratus lagi pula mengaku pernah menyalahgunakan dadah untuk tujuan yang lain.

Kajian ini mempunyai dapatan yang sangat berbeza dengan kajian sebelumnya yang menyimpulkan bahawa ganja akan menjejaskan kesihatan reproduktif lelaki yang mengambilnya.

Menurut analisis kajian itu melalui sampel air mani lelaki-lelaki tersebut, lelaki yang pernah mengambil ganja mempunyai kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter manakala lelaki yang tidak pernah mengambil ganja 45.5 juta sel per mililiter.

Hasil kajian ini menunjukkan lelaki yang pernah mengambil ganja mempunyai tahap kesuburan yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak pernah mengambil ganja.

Kesan sampingan ganja

Hakikatnya, ganja merupakan bahan yang diharamkan di negara kita Malaysia. Bahan ini juga sebenarnya mendatangkan kesan sampingannya yang tersendiri kepada penagihnya seperti:

  • Ketagihan
  • Masalah paru-paru
  • Daya ingatan merosot
  • Mulut menjadi kering
  • Kepala menjadi pening
  • Selera makan meningkat
  • Hilang motivasi diri
  • Kemurungan dan keresahan

Meskipun kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ganja sememangnya dapat meningkatkan kesuburan lelaki, kita perlu peka dengan kesan sampingannya terhadap tubuh badan serta akur pada undang-undang negara yang tidak membenarkan sebarang penyalahgunaan ganja.

Sebaiknya, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat rawatan atau nasihat yang sebetulnya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perlu Ke Lelaki Makan Asid Folik, Adakah Ia Dapat Membantu Tahap Kesuburan Suami?

    Betul ke asid folik dan zink boleh meningkatkan tahap kesuburan lelaki? Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 28/01/2020 . 4 minit bacaan

    Semua Perkara Tentang Air Mani Lelaki, Juga Langkah Menghasilkan Sperma Berkualiti

    Seorang lelaki normal boleh menghasilkan sekitar 2 hingga 6 ml air mani dan dianggarkan sekitar 600 juta sperma dikeluarkan bagi setiap kandungan ejakulasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan Seksual, Tips Kesihatan 17/06/2019 . 4 minit bacaan

    10 Fakta VS Mitos Kesuburan Lelaki Yang Perlu Dibongkar, Anda Mesti Tak Pernah Tahu!

    Kesuburan, berkaitan lelaki atau wanita, pasti wujud kepercayaan tertentu. Jom semak 10 fakta mitos kesuburan lelaki yang menjadi kepercayaan individu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki, Tips Kesihatan 26/02/2019 . 4 minit bacaan

    Pakar Kata Lelaki Juga Kena Makan Asid Folik Untuk Kesuburan, Ini BUKTINYA!

    Asid folik biasanya dikaitakan dengan wanita yang ingin atau sedang hamil sahaja. Namun pakar mengatakan ia juga baik untuk kesuburan lelaki, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 31/01/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sperma lelaki

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    daun saderi

    Orang Lelaki Elok Makan Daun Saderi? Katanya Bagus Untuk Naikkan Hormon Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
    waktu subur lelaki

    Waktu Subur Lelaki Dikatakan Bermula Seawal 4 Pagi, Patutlah Zakar Tegang Lain Macam!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/04/2020 . 3 minit bacaan
    boxer atau seluar dalam

    Boxer VS Seluar Dalam, Yang Mana Lebih Bagus Untuk Dapatkan Sperma Berkualiti?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan