backup og meta

10 Fakta VS Mitos Kesuburan Lelaki Yang Perlu Dibongkar, Anda Mesti Tak Pernah Tahu!

10 Fakta VS Mitos Kesuburan Lelaki Yang Perlu Dibongkar, Anda Mesti Tak Pernah Tahu!

Kesuburan, sama ada berkaitan lelaki atau wanita, pastinya wujud kepercayaan tertentu, bukan? Jom kita semak 10 fakta mitos kesuburan lelaki yang mungkin menjadi kepercayaan individu tetapi sebenarnya tidak tepat.

Kesuburan individu

Apabila bercakap tentang proses mendapatkan anak, terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan seperti faktor kesuburan lelaki dan wanita; kualiti telur yang bermasalah, alahan sperma atau mungkin sperma yang terjejas.

Seorang individu lelaki dapat menghasilkan berjuta-juta sperma sehari, berbanding bilangan telur yang dibebaskan individu wanita hanya sebanyak 300-400 telur sepanjang hidup. 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan tahap kesuburan sama ada untuk individu lelaki mahupun wanita. Artikel ini akan membincangkan fakta mitos kesuburan lelaki dan faktor luaran yang mungkin menjejaskan tahap kesihatan ‘perenang kecil’ ini.

Fakta Mitos Kesuburan Lelaki

Banyak maklumat yang boleh anda perolehi tentang sperma. Tetapi adakah semua maklumat yang anda perolehi itu fakta atau ia sekadar mitos dan kepercayaan individu semata-mata?

kepercayaan individu

  1. Seluar dalam ketat

Antara fakta mitos kesuburan lelaki yang sering menjadi tanda tanya. Ramai individu lelaki risau sama ada perlu untuk mereka menukar dari memakai seluar dalam kepada boxer kerana bimbang seluar dalam akan membuatkan testis berada lebih dekat dengan badan menyebabkan peningkatan suhu pada testis dan menyebabkan ketidaksuburan.

Kajian menunjukkan faktor ini tidak mendatangkan sebarang impak kepada testis. Namun, sebaiknya, individu lelaki dinasihatkan untuk memakai pakaian dalam yang dapat memberikan keselesaan.

  1. Komputer riba

Wujud kepercayaan pada sesetengah individu bahawa haba bahang daripada komputer iba boleh menjejaskan kesuburan. Adakah ia benar?

Komputer riba atau mudah alih direka untuk membolehkan ia diletakkan di atas riba untuk keperluan. Namun, ia sememangnya menjana haba, jadi, ia boleh meningkatkan kadar suhu pada testis dari masa ke masa.

Terdapat komputer riba yang direka untuk melindungi testis dari haba, tetapi ia hanyalah untuk tempoh yang singkat. Sebaiknya, gunakan komputer riba anda di meja.

3. Sauna dan tab mandian panas

Walaupun di dalam sauna panas, testis – disebabkan strukturnya – mungkin dapat mengekalkan suhu sejuknya.

Walau bagaimanapun, dalam tab mandian panas, ia mungkin boleh mewujudkan masalah kerana testis terendam sepenuhnya dalam air panas dan tidak mempunyai cara untuk menyejukkannya. Jadi ia berkemungkinan akan meningkatkan suhu testis dari suhu yang dianggap selamat untuk tahap kesuburan yang sihat.

Jika anda bimbang dengan tahap kesuburan testis anda atau sebarang risiko kemandulan, sebaiknya anda menghindari dari mandi dalam tab mandian panas.

  1. Telefon bimbit

Ini juga  merupakan antara fakta mitos kesuburan lelaki yang sering didengar. Sebaiknya menyimpan telefon bimbit anda jauh dari testis. Walaupun terdapat pelbagai faktor yang mungkin terlibat – seperti di mana anda menyimpan dan jenis telefon yang anda miliki – tetapi matlamat utama adalah untuk meminimumkan perkara yang boleh menjejaskan kesuburan.

Banyak kajian yang telah dilakukan terhadap telefon bimbit dan hasil kajian menunjukkan, sperma yang terdedah secara langsung kepada sinar radiasi telefon bimbit boleh merosakkan sperma.

  1. Ubatan

Wujud kepercayaan indivudu bahawa sesetengah ubatan – sama ada secara haram atau sah – boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesuburan lelaki. Ia mungkin betul.

Jika anda prihatin tentang kesuburan anda, berbincang dengan doktor sebelum anda memulakan sebarang pengambilan ubatan atau rawatan baru.

  1. Tembakau

Jika anda merokok, memberhentikan tabiat ini boleh meningkatkan kesuburan anda.

Analisis semen yang yang dilakukan ke atas perokok, menunjukkan wujud kesan tembakau di dalamnya. Bahan kimia ini menjejaskan jumlah dan keupayaan sperma untuk bergerak secara spontan dan aktif. Tembakau juga ‘memecahkan’ DNA sperma yang akan merosakkan genetik dalam sperma.

Sebaiknya untuk mendapatkan kesuburan, berhenti merokok pasti menjadi satu cara yang terbaik. Namun, jika anda sukar untuk berhenti, sekurang-kurangnya anda perlu berhenti merokok semasa pasangan anda mencuba untuk hamil.

fakta-mitos-kesuburan-lelaki

  1. Demam

Peningkatan suhu badan disebabkan demam juga boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Demam panas, boleh memberi impak yang sama seperti mandi dalam tab mandian panas. Terdapat kajian mengatakan kepekatan sperma juga menurun sebanyak 35% apabila seseorang individu lelaki itu demam.

  1. Obesiti

Obesiti mempunyai kaitan dengan peningkatan penghasilan hormon wanita (estrogen), penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

Berbanding individu lelaki biasa dan individu lelaki dengan berat badan berlebihan, kesuburan lelaki obes adalah terjejas dan sperma yang dihasilkan adalah jauh lebih rendah. Namun, masalah kesuburan ini hanya berlaku kepada individu lelaki yang berdepan dengan masalah obesiti melampau.

  1. Memasak

Sama ada memasak atau memanggang, ia boleh menjejaskan kesuburan lelaki. Ini kerana kebanyakan alatan memasak seperti dapur atau tempat panggangan biasanya berada pada ketinggian sekitar pinggang lelaki. Ini bermakna ia adalah ketinggian yang sempurna untuk memberikan haba secara langsung ke pangkal peha.

Seeloknya, jika anda gemar memasak, hadkan masa yang diluangkan untuk memasak atau pakailah apron.

  1. Berbasikal

Berbasikal mungkin cara bersenam yang terbaik. Tetapi memakai pakaian yang ketat untuk berbasikal boleh menjejaskan kesuburan testis anda kerana ia boleh meningkatkan suhu di sekitar testis anda. Sebaiknya elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan berehat dengan kerap untuk membolehkan suhu sekitar testis anda dapat disejukkan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Are You Unknowingly Lowering Your Sperm Count? When to Worry

https://health.clevelandclinic.org/lowering-your-sperm-count-male-infertility/ / Accessed on Feb 26, 2019.

 

Trying to Get Pregnant? 10 Proven Sperm Killers

https://www.health.com/health/gallery/0,,20344474,00.html?slide=77100#77100 / Accessed on Feb 26, 2019.

 

Things That Can Harm a Man’s Fertility

https://www.onemedical.com/blog/live-well/male-fertility / Accessed on Feb 26, 2019.

 

Heat and Male Fertility

https://dontcookyourballs.com/causes-infertility-heat-and-male-fertility/ / Accessed on Feb 26, 2019.

 

How does using a hot tub affect male fertility?

https://www.sharecare.com/health/male-infertility/can-hot-tub-male-fertility / Accessed on Feb 26, 2019.

 

What does heat do to your sperm?

https://trakfertility.com/what-does-heat-do-to-your-sperm/ / Accessed on Feb 26, 2019.

 

Versi Terbaru

24/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Zakar Bengkok Ke Kiri Semasa Ereksi, Normal Atau Tanda Penyakit Peyronie?

Wahai Kaum Adam, Ini 6 Ujian Saringan Kesihatan Yang Wajib Anda Jalani!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan