6 Tanda Suami Anda Mempunyai Air Mani Yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Adakah pasangan saya mempunyai air mani yang sihat? Ini mungkin soalan yang berada dalam setiap minda wanita pada masa ini. Tiada cara mudah untuk memeriksa kualiti sperma pasangan dan cara terbaik adalah dengan berjumpa doktor tetapi tanda-tanda berikut boleh membantu anda mendapatkan idea tentang kesihatan air mani suami anda sebelum membuat temu janji doktor.

Beliau suka makan ikan

Jika ikan adalah hidangan kegemarannya, maka peratusan dia mempunyai sperma berkualiti adalah tinggi dan terdapat penyelidikan uang menyokong kenyataan ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak makan ikan mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih baik daripada mereka yang tidak. Jadi, jika lelaki anda suka memancing, maka peluang dia mempunyai air mani yang berkualiti adalah tinggi.

Beliau kurang makan daging yang diproses

Jika dia tidak banyak makan daging yang diproses, kebarangkalian dia mempunyai air mani yang berkualiti juga adalah tinggi dan terdapat juga kajian untuk menyokong kenyataan ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang paling banyak makan daging yang diproses ternyata mempunyai bilangan sperma normal yang lebih rendah berbanding mereka yang makan dengan sedikit.

Perutnya tidak berlemak

Menurut penyelidik dari Belanda, lelaki dengan ukur lilit pinggang 40 inci atau lebih besar mempunyai kepekatan dan bilangan sperma yang bergerak normal lebih rendah berbanding lelaki dengan pinggang yang lebih kecil. Para penyelidik mendakwa bahawa berat badan yang tinggi di sekitar perut boleh mengganggu pengeluaran dan perkembangan air mani.

Tidak menggunakan seluar dalam ketat

Suhu skrotum yang lebih rendah adalah penting jika suami anda mahu mempunyai sperma yang berkualiti dan seluar longgar membolehkan beliau mempunyai suhu skrotum yang lebih rendah jika dibandingkan dengan seluar ketat. Satu kajian dari UK menunjukkan bahawa lelaki yang memakai seluar pendek boxer menggantikan seluar dalam ketat adalah 24 peratus kurang berisiko untuk mempunyai air mani dengan kiraan rendah. Jadi seluar dalam suami anda pakai adalah penting.

Gimnasium adalah tempat kegemarannya

Jika suami anda serius melakukan senaman, mungkin dia boleh mempunyai air mani yang berkualiti. Menurut penyelidik dari Harvard, lelaki yang bersenam secara sederhana atau berat sekurang-kurangnya 15 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Beliau bukan seorang yang tampan

Berita baik bagi lelaki yang berwajah biasa!

Penyelidik Sepanyol dan Finland baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki dengan wajah yang tampan dianggap lebih cenderung untuk mempunyai kualiti air mani lebih rendah berbanding lelaki lebih berwajah feminin.

Salah satu yang mungkin menjadi penyebabnya ialah: teori dipanggil “tradeoff hipotesis.” Ringkasnya, lelaki mempunyai jumlah tenaga yang tetap untuk digunakan bagi tujuan reproduktif. Tenaga tersebut yang perlu diagihkan kepada beberapa komponen yang berbeza.

“Jadi, jika seorang lelaki menggunakan banyak sumber pada penghasilan air mani, dia mungkin mempunyai kurang sumber untuk membangunkan ciri-ciri seksual sekunder yang menarik, seperti muka yang maskulin,” kata Jukka Kekäläinen, Ph.D.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Tahukah anda, darah beku boleh berlaku disebabkan stres yang melampau? Kesan stres bukan sahaja mempengaruhi emosi anda, tetapi juga fizikal!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Pernah tak anda rasa sakit perut dan kejang ketika berlari? Jangan risau, perkara ini sesuatu yang kerap terjadi. Jom ikuti tips senaman kami!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah penglihatan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    punca gemuk

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan