backup og meta

Tekanan Punca Zakar Lembik & Sukar Bertahan Lama, Usah Risau Kaedah Ini Boleh Bantu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    Tekanan Punca Zakar Lembik & Sukar Bertahan Lama, Usah Risau Kaedah Ini Boleh Bantu

    Adakah anda mengalami kesukaran menangani mati pucuk? Jangan berputus asa, terdapat beberapa merawat mati pucuk yang boleh anda usahakan untuk menangani masalah ini.

    Dapatkan pemeriksaan kesihatan menyeluruh dengan kerap

    Berjuta-juta lelaki yang mengalami mati pucuk atau disfungsi ereksi (erectile dysfunction/ED) malu bercakap dengan doktor tentang simptom mereka.

    ED adalah gangguan yang sangat biasa dalam kalangan lelaki, oleh itu anda tidak perlu merasa malu atau enggan bertanya doktor untuk nasihat, bimbingan, dan rawatan.

    Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa ED bukanlah sebahagian daripada proses penuaan, sebaliknya boleh menjadi petunjuk  bahawa ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik dalam badan anda.

    Dalam erti kata lain, ia menandakan masalah lain yang perlu dirawat

    merawat mati pucuk

    Sebelum membuat keputusan untuk merawat mati pucuk, pertimbangkan untuk mengadakan temu janji dengan doktor terlebih dahulu, bagi mengetahui sama ada terdapat sebarang isu yang boleh menjejaskan fungsi ereksi anda.

    Sekiranya anda mempunyai gula dalam darah tinggi, kolesterol tinggi, atau tekanan darah tinggi, penyakit ini menjadikan anda lebih cenderung mengalami ED.

    Penyakit jantung dan diabetes adalah dua keadaan serius yang biasanya dikenal pasti bermula dengan simptom ED.

    Bersenam dengan kerap dan pastikan berat badan terkawal

    Senaman adalah sesuatu yang sering diabaikan, tetapi ia memainkan peranan yang luar biasa dalam melindungi kesihatan dan mengawal berat badan anda.

    Utamakan  aktiviti fizikal seperti pergi ke gim, yoga, berjalan kaki, mendaki, berenang, taekwondo, berlari, berbasikal, atau apa sahaja yang membuatkan anda cergas dan berfikiran tenang.

    Usahakan untuk terlibat dalam aktiviti tersebut sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, selama 30 minit untuk setiap masa.

    Seperti yang dinyatakan dalam kajian oleh Harvard, lelaki yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal adalah 41% lebih cenderung untuk mengalami mati pucuk.

    Di samping itu, bersenamlah dengan kerap untuk mengawal berat badan anda.

    Saiz pinggang yang lebih besar sebenarnya dikaitkan dengan kadar ED yang lebih tinggi.

    Namun demikian, untuk memastikan proses kecergasan tubuh lebih pantas dan mudah, amalkan diet seimbang.

    Pastikan makanan anda mengandungi banyak buah-buahan, sayur-sayuran, sejumlah protein dan lemak sihat.

    Merawat mati pucuk: Buang tekanan dalam hidup anda

    merawat mati pucuk

    Dalam masalah mati pucuk, keresahan adalah punca utamanya.

    Dengan erti kata lain, melegakan atau menyingkirkan tekanan harian boleh membantu ereksi anda.

    Cuba untuk meninggalkan segala tekanan di tempat kerja tanpa membawanya ke rumah.

    Jika anda jenis yang kuat bekerja dan sering kusut dengan pelbagai perkara di fikiran, mungkin ini masa yang sesuai untuk mengubah gaya kerja atau bebanan kerja anda.

    Jika anda mempunyai jadual ketat yang menuntut tenaga kerja berterusan tanpa rehat, beri diri anda peluang untuk bercuti sekali sekala.

    Kerja keras secara berlebihan bukan sahaja memberi kesan kepada fungsi ereksi, tetapi juga membawa komplikasi dalam aspek lain dalam kehidupan anda.

    Sebelum mendapatkan bantuan ubat-ubatan, cubalah cara mudah tersebut. Anda akan terkejut dengan keberkesanannya.

    Walau bagaimanapun, jika merawat mati pucuk di atas tidak membuahkan hasil, jangan teragak-agak menemui doktor untuk nasihat, bimbingan dan merawat mati pucuk secara lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan