backup og meta

Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2020

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Aktiviti senaman adalah sama seperti sayuran di mana ia sebenarnya bagus untuk kesihatan tubuh badan namun tidak ramai yang menggemarinya.

    Ini kerana ramai individu yang menyangkakan bahawa senaman itu membosankan dan ya, kadangkala kenyataan ini mungkin ada benarnya.

    Bersenam itu mungkin akan membosankan kerana terdapat beberapa perkara yang biasa terjadi di gimnasium, padang, taman atau mana-mana tempat senaman.

    Apakah perkara-perkara tersebut? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tip bersenam dengan lebih mendalam lagi!

    Banyak perkara yang membuat senaman itu bosan!

    Sebenarnya, senaman itu tidak membosankan jika tidak wujud sebarang perkara yang boleh mengganggu atau menjejaskan aktiviti kalian.

    Buat anda yang tertanya dan terfikir apakah perkara-perkara tersebut, inilah antaranya:

    senaman

    #1. Ragam individu lain

    Sekiranya kalian merupakan pelanggan tetap gimnasium, anda mungkin akan perasan bahawa terdapat banyak ragam individu di sana.

    Sebagai contoh, ada yang gemar memakai wangian berlebihan, bercakap di telefon terlalu kuat, tidak mengemas peralatan selepas menggunakannya dan berbagai-bagai lagi perangai yang mengganggu pandangan anda.

    Disebabkan itu, sila gunakan tip bersenam di gimnasium seperti yang berikut:

  • Abaikan dan lakukan sahaja aktiviti anda
  • Berkunjung ke gimnasium yang baharu
  • Berehat sebentar untuk beberapa ketika
  • Bersenam sahaja di rumah anda
    • #2. Peluh ketika bersenam

      Peluh adalah perkara yang bagus kerana ia menunjukkan tubuh badan anda berfungsi menyeimbangkan suhu dengan baik.

      Akan tetapi, keadaan ini akan membuat tubuh badan anda berasa melekit dan berbau busuk. Ini akan menjadi masalah terutamanya jika tidak ada masa untuk mandi.

      Sekiranya anda masih ingin bersenam namun tidak mahu terlalu berpeluh, gunakan tip berikut:

      • Gunakan pakaian dengan fabrik mesra peluh
      • Gunakan syampu yang sesuai untuk elak kulit kepala berpeluh
      • Gunakan spray antiperspirant pada bahagian yang kerap berpeluh seperti ketiak
      • Gunakan tisu body wipes untuk mengelap peluh selepas bersenam

      #3. Ia membosankan

      Ya, kebanyakan aktiviti senaman memang sangat membosankan seperti mana yang kami kata pada awal artikel tadi!

      Pun begitu, janganlah beranggapan bahawa ia bosan dan cuba jadikan aktiviti-aktiviti senaman ini lebih menarik buat anda.

      Caranya adalah dengan amalkan tip bersenam yang berikut:

      • Jadikan ia lebih menarik dengan tidak hanya berpandukan pada program senaman sahaja
      • Tukarkan aktiviti agar ia tidak sama sahaja setiap hari
      • Lakukan aktiviti yang anda minati agar tidak cepat bosan

      Tip bersenam #4. Aktiviti fizikal mengelirukan

      Pernahkah anda terkeliru untuk berbuat apa di gimnasium? Ya, bukan anda seorang sahaja yang begitu!

      Ini kerana senaman bukanlah sekadar berjoging atau berbasikal sahaja malah terdapat pelbagai lagi aktiviti yang sesuai untuk dilakukan.

      Berikut adalah tip yang boleh kalian amalkan:

      • Mulakan senaman dengan berpandukan 3 aspek utama iaitu kardio, kekuatan dan kelenturan
      • Dapatkan bantuan pakar kecergasan dan ikuti panduan program mereka
      • Lakukan apa sahaja senaman yang kalian selesa asalkan tidak memudaratkan

      senaman

      #5. Ia menyakitkan

      Selain membosankan dan mengelirukan, kadangkala aktiviti senaman di gimnasium boleh jadi menyakitkan!

      Ini terutamanya akan berlaku apabila anda mencuba untuk bersenam buat kali pertama kerana tubuh badan anda mungkin masih belum terbiasa lagi.

      Namun ia mungkin juga boleh diatasi dengan cara ini:

      • Mulakan dengan perlahan dan lakukan regangan terlebih dahulu
      • Lakukan dengan intensiti yang sederhana dan tingkatkannya secara berkala setiap minggu
      • Hentikan aktiviti anda jika mula berasa sakit
      • Berjumpa doktor segera untuk mendapatkan rawatan lanjutan

      #6. Sukar bermotivasi untuk bersenam

      Antara perkara yang paling sukar di antara tip bersenam adalah tiada motivasi untuk memulakannya bukan?

      Disebabkan itu, ikuti cara berikut bagi mengelakkan anda berasa seperti ini:

      • Tetapkan matlamat yang realistik agar anda tidak terlalu terbeban dengannya
      • Lakukan senaman yang mudah sahaja agar anda tidak mudah putus asa
      • Jangan tunggu sehingga ia berlaku kerana anda yang perlu memulakannya
      • Fikir sebelum anda bertangguh kerana ia adalah musuh utama senaman

      #7. Senaman memakan masa yang agak lama

      Dalam era kehidupan zaman sekarang, masa itu tidak pernah cukup kerana kita perlu bekerja, berehat dan bersosial dalam masa 24 jam yang diperuntukkan pada setiap hari.

      Jadi bilakah masa untuk kalian bersenam? Jangan jadikan ia sebagai alasan ya! Boleh cuba tip bersenam berikut:

      • Lakukan aktiviti senaman yang tidak memerlukan masa yang terlalu lama (10 minit sudah memadai)
      • Jadikan ia sebagai keutamaan namun jangan sehingga ia mengganggu tahap kesihatan tubuh badan anda
      • Usah menunggu sehingga masa yang sesuai untuk memulakan aktiviti senaman

      Dalam erti kata yang lain, sebenarnya terdapat banyak halangan dan alasan untuk anda tidak berminat untuk bersenam secara kerap.

      Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian bermuhasabah diri dan tetapkan matlamat dalam diri sendiri bagi menetapkan motivasi.

      Akhir kata, ketahuilah bahawa bersenam itu adalah sangat penting untuk kesihatan! Jadi, jangan hanya gemar jalani hidup sedentari ya?

                Penafian

                Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

                Disemak secara perubatan oleh

                Panel Perubatan Hello Doktor


                Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2020

                advertisement iconIklan

                Adakah artikel ini bermanfaat?

                advertisement iconIklan
                advertisement iconIklan