Terapi Haiwan Bagi Kanak-kanak Cerebral Palsy

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Terdapat banyak ikatan antara manusia dan haiwan yang tidak dapat dinafikan. Ia satu pengalaman rehabilitasi tidak dapat ditandingi oleh bentuk terapi lain bagi individu yang mempunyai keperluan khas atau ketidakupayaan.

Penyelidikan terus menunjukkan bahawa terapi bantuan haiwan dan haiwan peliharaan membantu individu-individu yang memerlukan mencapai tujuan pemulihan, mengalami kesejahteraan yang lebih baik, dan meningkatkan fungsi fizikal, sosial, kognitif, emosi, dan tingkah laku.

Apa itu terapai bantuan haiwan?

Terapi bantuan haiwan (AAT) adalah bentuk terapi yang bertujuan untuk meningkatkan fizikal, emosi, sosial, tingkah laku dan fungsi kognitif pesakit dengan penglibatan haiwan. Kucing, ikan, kuda, anjing dan haiwan lain bukan sahaja sebagai sahabat unik kepada individu kurang upaya, kecederaan atau keperluan khas lain tetapi sebagai haiwan terapeutik yang dering digunakan bagi tujuan membimbing, uliti, pendengaran atau penglihatan, kesejahteraan psikologi, perlindungan dan lain-lain.

Terapi bantuan haiwan dan cerebral palsy/ keperluan khas

Cerebral palsy dianggap sebagai kecacatan yang paling biasa dalam kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan oleh kerosakan otak pada masa sebelum kelahiran atau selepas kelahiran. Strok dianggap sebagai salah satu sebab kanak-kanak mengalami gangguan itu. Istilah ini merujuk kepada gangguan yang memberi kesan kepada pergerakan.

Bagi kanak-kanak dan keperluan khas yang berbeza, interaksi dengan haiwan boleh memberi pelbagai manfaat kepada pemulihan dan kesejahteraan umum.  Laporan AAT menunjukkan bahawa kanak-kanak keperluan khas yang mempunyai hubungan dengan haiwan akan mewujudkan rawa tanggungjawab, menunjukkan motivasi bagi mencapai matlamat pemulihan dan secara umumnya menunjukkan kebahagiaan dan meningkatkan fungsi mereka.

Haiwan peliharaan terapeutik yang dilatih untuk melaksanan tugas-tugas yang tepat dan penting menyediakan peluang bagi kanak-kanak keperluan khas membentuk ikatan unik dan menyesuaikan diri dengan kehidupan dengan perbezaan khusus mereka.  

Terapi bantuan kuda

Terapi bantuan kuda adalah istilah yang merangkumi semua rawatan atau terapi latihan yang melibatkan kuda. Kuda digunakan dalam pelbagai program terapi seperti fizikal, bahasa pertuturan, terapi rekreasi dan lain-lain.

Secara fizikalnya, terapi kuda berfungsi untuk meningkatkan keseimbangan, gaya hidup, kemahiran motor kasar, pelbagai gerakan (ROM), kekuatan, koordinasi dan nada otot. Seperti semua terapi bantuan haiwan dan terapi haiwan yang lain, terapi kuda mempunyai manfaat kognitif, sosial, emosi, dan tingkah laku yang mendalam. Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan, kecederaan, dan keperluan khas mendapat manfaat daripada terapi yang dibantu oleh kuda.

Sebahagian daripada keperluan khusus ini termasuk ADHD, cerebral palsy (CP), gangguan tingkah laku, kecederaan otak traumatik, autisme serta ketidakupayaan intelektual dan perkembangan (I/DD). Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai keperluan istimewa boleh mendapat manfaat daripada terapi kuda.

Ahli terapi fizikal yang pakar dalam bekerja bersama kanak-kanak kurang upaya sering menggunakan haiwan dalam pendekatan terapi mereka. Ahli terapi mungkin membawa pesakit cerebral palsy di ladang kuda supaya dia boleh menggunakan kuda dalam rawatan keseluruhan kanak-kanak berkenaan.

Kategori terapi kuda

Hippotherapy

Hippotherapy adalah satu bentuk terapi kuda yang bertujuan untuk meningkatkan fungsi neurologi pesakit, pemprosesan deria, dan keupayaan fungsi keseluruhan melalui pergerakan kuda. Kanak-kanak dengan pelbagai keperluan dan kecacatan khas telah menggunakan hippotherapy untuk tujuan terapeutik.

Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai kecacatan dan gangguan neurologi termasuk cerebral palsy, autisme, gangguan tingkah laku, gangguan psikiatri, kecederaan otak traumatik, kecederaan tulang belakang, dan banyak lagi.

Semasa sesi hippotherapy, kuda berjalan menggerakkan pelvis dengan cara yang meniru cara manusia berjalan. Matlamat hippotherapy adalah untuk membantu pesakit bergerak dengan tindak balas kepada pergerakan kuda, yang akhirnya mewujudkan corak normal berjalan manusia, meningkatkan pemprosesan deria, dan memupuk fungsi neurologi.

Tunggangan terapeutik

Terapi menunggang kuda berbeza daripada hippotherapy kerana ia mengajar kemahiran menunggang kuda tertentu. Selain itu, ia merangkumi tujuannya daripada pergerakan kuda sahaja. Dalam sesi menunggang kuda terapeutik, seorang pengajar mengajar teknik menunggang pemulihan keperluan pelajar khas dan menggalakkan ikatan antara pelajar dan kuda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Keberkesanan Terapi Bantuan Kuda

    Sebelum ini, aktiviti berkuda dianggap satu hobi bagi golongan elit sahaja. Namun kini, terdapat beberapa ahli terapi mula menggunakan kaedah terapi bantuan kuda dalam membantu kanak-kanak keperluan khas dan kurang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 20/08/2018 . 2 minit bacaan

    Terapi Kuda Tingkatkan Perkembangan Kanak-kanak Autistik

    Kuda telah digunakan dalam terapi bagi membina keyakinan dah peribadi diri dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Malahan, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunggang kuda sebagai salah satu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Berita, Berita Tempatan 17/08/2018 . 2 minit bacaan

    Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

    Disleksia bukan sejenis penyakit mental. Ia adalah kesukaran yang berlaku dalam proses pembelajaran. Mereka yang mengalami disleksia mengambil masa lebih lama untuk bercakap, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 15/08/2018 . 2 minit bacaan

    Isu Kesihatan Berkaitan Sindrom Down

    Di samping aspek fizikal dan intelektual yang ada pada penghidap sindrom Down, mereka juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang lain. Namun, risikonya adalah berbeza bagi setiap orang. 1. Masalah jantung Hampir ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 02/08/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cerebral-palsy

    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 2 minit bacaan
    nora

    Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/08/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/04/2019 . 3 minit bacaan

    Ibu, Perhatikan 4 Tanda Awal Autisme Ini Pada Anak Untuk Bertindak Lebih Cepat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/11/2018 . 3 minit bacaan