Kerap Bersenam Boleh Menyebabkan Fungsi Otak Terganggu? Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sebuah kajian di Perancis mendapati melakukan aktiviti fizikal pada keamatan tinggi bukan sahaja menyebabkan badan menjadi lesu, ia juga boleh mengganggu fungsi kognitif otak.

Pengkaji mendapati kawalan impuls dan keupayaan atlet untuk membuat keputusan secara rasional terjejas dengan teruknya apabila berlatih pada aras tinggi terlalu lama.

Merungkai kaitan fizikal dan mental

Idea asal untuk kajian ini mula diusulkan oleh Institut Sukan, Kepakaran dan Prestasi Kebangsaan Perancis (INSEP).

Pusat ini bertanggungjawab untuk melatih atlet negara mereka bagi temasya sukan besar seperti sukan Olimpik.

Selepas menjalani aktiviti fizikal yang berkeamatan tinggi, para atlet mengalami overtraining syndrome, menyebabkan prestasi mereka merudum.

Pasukan pengkaji yang diketuai oleh Dr Bastien Blain mahu melihat, sama ada kelesuan yang sama turut dialami oleh otak atlet akibat daripada rejim latihan aras tinggi.

Bagi tujuan itu, 37 atlet sukan ketahanan (endurance) kompetitif diambil sebagai peserta dengan purata usia 35 tahun.

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberikan tugas yang berbeza – sama ada untuk meneruskan latihan biasa mereka atau untuk berlatih 40% lebih tinggi berbanding kadar latihan biasa mereka, selama 3 minggu. 

Melihat fungsi kognitif otak

bersenam di bulan puasa

Penilaian subjektif peserta berkaitan tahap kelesuan mereka direkodkan melalui borang kaji selidik dalam setiap 2 hari.

Pada hari rehat (tiada latihan), para peserta dikehendaki menjalani siri latihan kognitif untuk menilai keupayaan mereka untuk membuat keputusan.

Antara soalan yang diajukan adalah sama ada mereka lebih menginginkan hadiah wang tunai yang kecil jumlahnya atau mahukan nilai yang lebih besar tetapi perlu menunggu tempoh yang lebih lama.

Pada masa yang sama, imbasan MRI dilakukan untuk melihat apa yang berlaku di dalam otak peserta semasa menjalani ujian kognitif. 

Keputusan kajian tersebut mendapati atlet yang menjalani lebih banyak latihan, bertindak dengan kawalan impuls yang minimum dan cenderung untuk memilih ganjaran jangka pendek berbanding ganjaran yang lebih besar tetapi sedikit lama untuk didapatkan.

Ini selari dengan imbasan MRI yang dilakukan terhadap otak peserta. Imbasan mendapati terdapat pengurangan dalam rangsangan dan aktiviti kawasan prefrontal otak.

Kawasan prefrontal otak ini bertanggungjawab untuk menguruskan kawalan impuls seseorang dan dalam membuat keputusan yang rasional.

Menahan isyarat badan memerlukan kekuatan otak

berapa-kerap-saya-patut-bersenam

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology ini mencadangkan bahawa kedua-dua usaha fizikal dan mental memerlukan kawalan kognitif.

Kerap bersenam pada tahap yang tinggi akan memerlukan kawalan kognitif yang banyak.

Desakan kawalan kognitif yang berterusan ini akan menyebabkan kepenatan tubuh dan juga otak.

Kawalan kognitif yang banyak dan berterusan ini digunakan untuk menekan isyarat fizikal seperti rasa sakit dan keletihan badan. 

Sebagai rumusan, walaupun sukan ketahanan seperti berbasikal dan berlari itu secara amnya bagus untuk kesihatan, kajian ini menyokong pendapat bahawa berlebihan dalam bersenam boleh mengakibatkan kesan buruk kepada otak.

Seperti perkara lain dalam kehidupan, lakukannya dalam kadar yang sederhana.

Jika anda merasakan diri anda terlalu kerap bersenam, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya dan menyusun jadual latihan yang lebih longgar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Selalu Dikaitkan Dengan Hormon Tidak Seimbang, Apa Punca Sekejap Marah, Sekejap Sedih?

Badan yang sihat akan mengeluarkan segala jenis hormon yang diperlukan badan tapi bagaimana pula bagi individu yang mempunyai masalah hormon tidak seimbang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

Adakah anda mengalami kesukaran tidur pada waktu malam? Jika ya, secara tidak sedar anda mungkin mempunyai insomnia. Apa yang boleh dilakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Jika nak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama terlintas di fikiran. Tapi, tahukah anda mengenai diet mengikut golongan darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

Ramai individu yang menyangkakan bahawa senaman itu membosankan dan ya, kadangkala kenyataan ini mungkin ada benarnya. Cuba tip bersenam ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sakit perut bawah

Ibu Hamil Kerap Rasa Sakit Bahagian Bawah Perut? Jom Cuba 7 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
bersenam untuk kesihatan

Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
berat badan berlebihan

Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
cara diet eat clean

5 Perkara Mengenai Diet Eat Clean Ini Hanyalah Mitos? Point No. 4 Pasti Buat Anda Terkejut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan