backup og meta

Teknologi Laser Dalam Perubatan Mudahkan Kajian Sel Kanser

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Teknologi Laser Dalam Perubatan Mudahkan Kajian Sel Kanser

    Tahukah anda, antara salah satu langkah kajian terhadap sel kanser ialah melalui penggunaan teknologi kanser? Bagaimana teknologi laser membantu kajian mengenai sel kanser?

    Kesukaran pengkaji mengenalpasti ciri sebenar sel kanser

    Cadangan rawatan terbaik untuk pesakit yang mempunyai kanser memerlukan doktor untuk mengetahui sesuatu tentang ciri-ciri kanser yang dihidapi oleh pesakit terlebih dahulu. Namun, salah satu kesukaran yang paling besar dalam merawat kanser ialah keadaan sel-sel kanser yang tidak sama.

    Walaupun dalam tumor yang sama, sel-sel kanser boleh berbeza dalam aspek genetik, tingkah laku, dan kerentanan mereka terhadap ubat kemoterapi.

    Sel-sel kanser secara amnya jauh lebih aktif secara metabolik berbanding sel-sel yang sihat, dan beberapa pemerhatian tentang tingkah laku sel kanser dapat dikumpulkan dengan menganalisis aktiviti metaboliknya.

    Tetapi bagi para penyelidik, untuk mendapat penilaian yang tepat tentang ciri-ciri ini telah ternyata agak sukar. Beberapa kaedah, termasuklah pengesanan positron emission tomography (atau PET), pewarna pendarfluor, dan kontras telah digunakan, tetapi masing-masing mempunyai kelemahan yang mengehadkan kegunaannya.

    Teknologi laser bantu kesan sel kanser

    teknologi laser

    Lihong Wang, penyandang endowmen Bren Professor bagi bidang kejuruteraan perubatan dan kejuruteraan elektrik di California Institute of Technology (CALTECH) menyatakan, beliau percaya boleh melakukannya dengan lebih berkesan melalui penggunaan mikroskop fotoakustik (PAM). Ia adalah satu teknik di mana cahaya tekonologi laser mendorong getaran ultrasonik dalam sampel.

    Getaran tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran sel, saluran darah, dan tisu. Teknologi laser sedia ada ini mengambil sel-sel kanser dan meletakkannya secara individu ke dalam petak-petak kecil yang diisi dengan darah.

    Sel-sel dengan metabolisme yang lebih tinggi akan menggunakan lebih banyak oksigen dan akan menurunkan tahap oksigen darah, satu proses yang dipantau oleh sensor oksigen kecil yang diletakkan di dalam setiap petak-petak kecil.

    Kelemahan tekonologi laser

    teknologi laser

    Kaedah ini juga mempunyai kelemahan sepertimana kaedah-kaedah lain. Untuk mendapatkan saiz sampel data metabolik yang bermakna untuk sel-sel kanser, para penyelidik perlu memasukkan ribuan sensor ke dalam grid.

    Di samping itu, kehadiran sensor dalam petak-petak kecil tersebut boleh mengubah kadar metabolik sel-sel, menyebabkan data yang dikumpul menjadi kurang tepat.

    Versi yang diperbaiki oleh Wang tidak meminggirkan sensor oksigen dan sebaliknya menggunakan PAM untuk mengukur tahap oksigen dalam setiap petak-petak kecil. Beliau melakukan kaedah ini dengan cahaya laser yang dihala kepada gelombang yang diserap oleh hemoglobin dalam darah dan menukarkannya kepada tenaga getar iaitu bunyi.

    Apabila molekul hemoglobin menjadi teroksigen, keupayaannya menyerap cahaya pada gelombang tersebut boleh berubah.

    Oleh itu, Wang dapat menentukan sampel darah yang teroksigen dengan “mendengar’ bunyi yang dihasilkan apabila diterangi oleh laser. Beliau memanggil mikroskopi fotoakustik metabolik sel tunggal atau SCM-PAM.

    Kesimpulan

    Dalam kajian baharu ini, Wang dan penyelidik lain menunjukkan bahawa SCM-PAM merupakan satu peningkatan yang besar dalam keupayaan menilai OCR sel-sel kanser.

    Penggunaan sensor oksigen secara individu untuk mengukur OCR telah mengehadkan para penyelidik dengan hanya menganalisis 30 sel kanser bagi setiap 15 minit.

    SCM-PAM yang diilhamkan oleh Wang, walau bagaimanapun, membolehkan penyelidik menganalisis sekitar 3,000 sel dalam kira-kira 15 minit. Menurut Wang lagi, beliau dan pasukan penyelidiknya berharap teknologi baharu ini dapat membantu doktor membuat keputusan yang tepat mengenai prognosis dan terapi kanser.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan