Adakah Ibu Bapa Perlu Campur Tangan Dalam Konflik Perkahwinan Anak-anak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Kerap kali kita mendengar berita berkenaan perpisahan atau keretakan rumah tangga golongan selebriti yang disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman atau luaran. Sebelum ini, kita mendengar desas desus berkenaan perpisahan Fizo Omar dan Mawar yang dikatakan berpunca daripada campur tangan ahli keluarga yang lain. Campur tangan oleh orang ketiga terutama daripada ahli keluarga berkenaan hal rumah tangga mungkin dilihat sebagai satu pilihan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun, campur tangan inilah yang kadangkala memburukkan keadaan sehingga menjadi lebih teruk terutama jika orang ketiga bertindak memilih sebelah pihak untuk disokong berbanding menjadi orang tengah antara kedua belah pihak. Soalnya, adakah sepatutnya ahli keluarga lain turut campur tangan dalam urusan rumah tangga ahli keluarga yang lain?

Tindakan positif ahli keluarga lain

Sebenarnya, ahli keluarga boleh turut campur tangan dalam menyelesaikan sebarang konflik yang sedang berlaku terhadap mana-mana pasangan yang berkahwin. Walau bagaimanapun, sebelum sebarang langkah atau keputusan dibuat, ahli keluarga yang terlibat perlulah menganggap diri mereka sebagai “friend of the marriage”, berbanding menyebelahi mana-mana pihak. Kebimbangan utama adalah untuk menyelamatkan perkahwinan yang telah terbina dan bukannya memberi fokus terhadap cerita peribadi sesetengah pihak yang akan mempengaruhi sebarang cadangan yang akan disuarakan.

Ahli keluarga yang terlibat dengan masalah perkahwinan pastinya mahukan ahli keluarga yang lain untuk menyebelahinya. Sebagai contoh, anak perempuan pasti mahukan anda sebagai ibu atau bapanya untuk menyokong sebarang tindakannya. Walau bagaimanapun, ini bukanlah kepentingan yang terbaik untuk kebaikan perkahwinan anak anda. Anda sebagai ibu atau bapa boleh mendengar dan memberi sokongan berkenaan luahan yang ingin disampaikan oleh anak anda, tetapi perlu juga diingat bahawa anda hanya mendengar satu sisi cerita dari sebelah pihak. Ini tidak memadai untuk anda memberikan sebarang cadangan bagi menyelamatkan perkahwinan mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang corak yang berbahaya dalam masalah yang berlaku seperti keganasan fizikal, emosi atau seksual, anda boleh bertindak dengan memberikan perlindungan awal kepada anak anda atau mana-mana individu yang terkesan. 

Tugas anda bukanlah sebagai pakar rujuk bagi sebarang masalah yang dialami oleh anak anda. Sebaliknya, mereka sendiri perlu mencari jalan terbaik bagi menemukan titik persamaan bagi sebarang percanggahan yang berlaku. Sekiranya anak anda mengutarakan kebimbangannya berkenaan masalah perkahwinan yang berlaku, berikan galakan kepadanya untuk kembali kepada pasangannya dan tentukan apa yang boleh mereka lakukan sebagai pasangan bagi menyelesaikan masalah peribadi mereka. Anda juga disarankan untuk menghubungi menantu anda untuk menyatakan sokongan dan jaminan anda terhadap perhubungan dan perkahwinan mereka. Tindakan anda ini akan menunjukkan bahawa anda mempunyai pandangan atau perspektif yang seimbang bagi kedua-dua belah pihak yang bermasalah.

6 strategi mudah untuk memperbaiki hubungan

Sebagai pasangan, anda pasti ingin menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku secara tertutup terlebih dahulu berbanding menceritakannya kepada pihak ketiga. Anda boleh mencuba strategi berikut jika anda rasa ia berkesan untuk memulihkan hubungan anda dan pasangan anda.

  • Pastikan diri anda dikelilingi dengan individu-individu yang memiliki perhubungan yang sihat. 
  • Pilih untuk mencintai berbanding berpandukan emosi semata-mata. Percintaan adalah sesuatu yang boleh dipilih, dan pilihan adalah satu tindakan matang dan lebih baik berbanding mengikut emosi semata-mata.
  • Anggap bahawa kegembiraan pasangan anda adalah lebih utama berbanding kegembiraan anda sendiri. Ini juga akan mewujudkan rasa kepercayaan, terhutang budi, dan kemurahan hati selain keintiman fizikal antara anda dan pasangan anda.
  • Letakkan kepentingan perhubungan sebagai keutamaan. Fikirkan mengenai masa hadapan dan kestabilan emosi yang bakal dialami oleh anak-anak jika anda berpisah dengan pasangan anda. 
  • Mula semula hubungan yang baharu. Segarkan kembali hubungan anda dengan cara melakukan perkara-perkara yang pernah anda lakukan semasa mula berkenalan. Ajak pasangan anda untuk keluar menonton wayang, makan malam berdua atau berbual di telefon berjam-jam lamanya. 
  • Hargai pasangan anda untuk setiap perkara yang dilakukannya. Ucapkan terima kasih jika sarapan pagi anda telah siap terhidang. Tabiat mudah seperti ini perlu dilakukan kembali jika anda telah lama meninggalkannya.

 

Sebagai ibu bapa, anda perlu menunjukkan contoh yang baik sama ada kepada anak atau menantu anda. Kedua-duanya merupakan anak anda, jangan membezakan antara keduanya seperti orang asing di dalam lingkungan keluarga anda. Perkara yang paling penting untuk diingati, sekiranya terdapat sebarang masalah perkahwinan yang berlaku dalam kalangan anak-anak, jangan sesekali menjadi batu api yang hanya akan menghangatkan suasana sedia ada. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ghairah Isteri Menurun Selepas Sekian Tahun Berkahwin? Ini Puncanya Wahai Cik Abang!

    Selepas berkahwin bertahun lamanya, ramai isteri yang dipercayai kurang ghairah terhadap suami. Kenapa? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 14/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Pernahkah anda terfikir bahawa apa perlu dibuat jika berlaku situasi suami isteri bersetubuh dan terkantoi dengan anak? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Tak Boleh Buat Seks Dengan Ramai Pasangan? Bukan Sebab HIV Sahaja Ya!

    Seks tidak selamat bukan setakat menyebarkan HIV sahaja. Ada kemudaratan lain hubungan senggama bersama banyak pasangan. Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 09/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    ujian kehamilan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan