Adakah Normal Jika Anda Kerap Bercakap Dengan Diri Sendiri?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

“Farid, kenapa kau rasa takut je nak buat presentation..”

“Farid, kau tak rasa lapar ke daripada tadi?”

“Farid, kau mesti boleh buat macam orang lain jugak..”

Kesemua dialog tersebut adalah kata-kata Farid terhadap dirinya sendiri. Ada masanya, Farid akan bercakap dengan dirinya sendiri ketika berseorangan dan kadangkala di hadapan orang ramai. Memandangkan risau sekiranya orang lain menganggapnya sedang mengalami halusinasi, dia cuba untuk kurangkan daripada bercakap dengan diri sendiri di hadapan orang ramai. 

Ada yang mempersoalkan, bercakap dengan diri sendiri dianggap sesuatu yang tidak normal. Malah ada yang menganggap ia sebagai satu keadaan halusinasi yang sedang dialami oleh seseorang. Benarkah bercakap dengan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak normal?

Ia adalah normal

Menurut Dr. Jessica Nicolosi, seorang ahli psikologi klinikal, bercakap dengan diri sendiri adalah sesuatu yang normal dan kita sebenarnya sentiasa bercakap dengan diri kita sendiri. Menurut beliau lagi, kita bercakap dengan diri sendiri disebabkan oleh pelbagai faktor dan sebab. Ini kerap berlaku apabila kita sedang mengalami sesuatu yang beremosi seperti marah, gementar, fokus yang keterlaluan dan keterujaan. Walaupun dalam senario kehidupan biasa, ia juga boleh memicu diri kita untuk bercakap dengan diri sendiri.

Menurut Dr. Jessica, sekiranya kita bercakap dengan diri sendiri secara kuat, ia akan memaksa diri untuk memperlahankan pemikiran kita dan memprosesnya dengan cara berbeza. Ini kerana kita telah melibatkan pusat bahasa dalam otak kita. Bercakap dengan diri kita apabila sedang mengalami emosi yang ekstrem seperti gementar boleh membantu diri kita memproses apa yang sedang kita alami. Kemudiannya, ia akan menyediakan diri kita dengan lebih baik untuk berhadapan dengan sesuatu perkara yang akan berlaku. 

Kebaikan bercakap dengan diri sendiri

Bercakap dengan diri sendiri boleh bertindak sebagai cara untuk mengingatkan diri kita apa yang perlu dilakukan. Ia juga boleh membantu diri kita untuk berhadapan dengan ketakutan yang hadir dengan cara mengingatkan diri bahawa kita telah cukup bersedia. 

Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

Terdapat sesetengah situasi di mana bercakap dengan diri sendiri boleh bertindak sebagai petunjuk masalah psikologi. Apabila bercakap dengan diri sendiri digabungkan dengan perlakuan yang boleh mencederakan diri, ia adalah petunjuk bagi masalah emosi. Sekiranya anda melihat seseorang yang bercakap dengan diri sendiri yang melibatkan pengucapan frasa secara berulang, mantra atau nombor, ia mungkin juga satu petunjuk masalah emosi sekiranya ia bersifat mengganggu dan sukar untuk dihentikan. 

Bercakap dengan diri sendiri juga akan menjadi satu kebimbangan sekiranya ia adalah manifestasi bagi halusinasi. Ia berbeza dengan bercakap dengan diri sendiri secara normal yang mana anda mengetahui apa yang diperkatakan oleh diri anda. 

Sekiranya anda kerap bercakap dengan diri sendiri seperti Farid, ia adalah normal. Selagi mana anda mengetahui apa yang sedang anda perkatakan, ia bukanlah menunjukkan bahawa anda sedang mengalami halusinasi. Halusinasi hanya terjadi apabila anda sendiri tidak menyedari apa yang keluar daripada mulut anda, bahkan mungkin anda tidak berkemampuan untuk membaca artikel ini sekiranya halusinasi benar-benar berlaku. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nampak Makhluk Halus! Realiti, Ilusi Atau Halusinasi? (Bahagian 1)

    Adakah makhluk halus benar-benar wujud atau pun cuma sekadar ilusi atau halusinasi? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 04/11/2019 . 4 minit bacaan

    Schizophrenia Dapat Dianggar Melalui Rambut Manusia

    Anda pasti pernah mendengar kisah-kisah schizophrenia seperti individu yang mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan sesuatu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 31/10/2019 . 2 minit bacaan

    Takut Tinggi? Takut Air? Ini Merupakan Jenis Fobia Yang Mungkin Anda Alami

    Apabila seseorang mengalami fobia, mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan melampau terhadap sesuatu objek atau situasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Adakah Sukar Untuk Berasa Empati?

    Ramai individu akan tetap menghindari daripada berasa empati kerana mereka berfikir bahawa empati memerlukan usaha mental yang terlalu banyak.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ketenangan diri

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Betul Ke Individu Yang Kekurangan Vitamin B12 Berisiko Alami Masalah MENTAL? Bahaya Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
    patah hati

    Sakitnya Rasa Putus Cinta, Apa Kesan Patah Hati Pada Kesihatan Diri?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    senyum

    Umur Panjang Jika Selalu Senyum? Apa Kaitannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/11/2019 . 2 minit bacaan