Pesakit Koma Ibarat Hidup Menanti Mati, Adakah Dia Boleh Dengar Apa Yang Kita Cakap?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dahulu, penulis sering tertanya-tanya, apakah rasanya jika berada dalam keadaan koma? Perkara ini terlintas apabila melihat adegan pesakit yang sedang koma dalam drama-drama di televisyen. Adakah mereka tidak sedar mengenai keadaan mereka yang sedang koma? Adakah mereka benar-benar boleh mendengar apa yang kita katakan kepada mereka? 

Bagi merungkai persoalan ini, penulis cuba mencari jawapan bagi mendapatkan kepastian mengenainya. Jika anda turut tertanya-tanya mengenai hal ini, jom baca apa yang penulis sudah sediakan di bawah ini. 

Apakah yang dikatakan sebagai koma?

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, adalah lebih baik untuk kita mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan koma. Koma adalah satu keadaan tidak sedarkan diri yang bersifat lebih mendalam. Koma boleh terjadi akibat daripada peristiwa traumatik seperti hentakan pada bahagian kepala atau mungkin juga disebabkan oleh keadaan perubatan tertentu. Apa yang membezakan koma dan tidur? Jika anda boleh bangun daripada tidur, ia tidak sama dengan koma kerana anda tidak boleh membangunkan diri anda daripada keadaan koma. 

Mereka yang sedang mengalami koma tidak boleh dikejutkan daripada ‘tidurnya’. Mereka juga tidak memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku pada persekitaran mereka. Mereka tidak memberikan reaksi terhadap sebarang rasa sakit, cahaya, atau bunyi. Walaupun mereka tidak boleh bangun daripada keadaan koma tersebut, tubuh badan mereka sebenarnya mengikuti corak tidur yang normal. Fungsi-fungsi automatik tubuh seperti bernafas dan peredaran darah akan tetap berlaku, mereka hanya tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir dalam keadaan tersebut. 

Tempoh biasa keadaan koma

Pada kebiasaannya, koma tidak akan berlaku lebih daripada beberapa minggu. Sekiranya keadaan pesakit tersebut tidak berubah dalam tempoh masa tertentu, ia mungkin dianggap berada dalam keadaan vegetative berterusan (persistent vegetative state). Sekiranya keadaan vegetative berterusan ini berlaku sehingga berbulan-bulan, berkemungkinan pesakit tersebut tidak akan bangun lagi. 

Adakah pesakit koma boleh mendengar apa yang kita katakan kepada mereka?

Terdapat beberapa bukti yang menyatakan bahawa pesakit koma boleh mendengar dan memahami apa yang dikatakan kepada mereka. Pada tahun 2011, saintis neuro telah menggunakan teknologi pengesanan fMRI untuk memerhatikan aktiviti otak seorang lelaki yang telah berada dalam keadaan koma selama 12 tahun akibat kemalangan jalan raya. 

Apabila mereka bercakap dan menyuruh lelaki tersebut untuk membayangkan bahawa dia sedang bermain tenis atau berjalan di sekitar rumahnya, aktiviti otaknya menunjukkan bahawa dia sedang berfikir mengenai apa yang dikatakan kepadanya. 

Cuba berkomunikasi dengan mereka

Saintis percaya bahawa 15 ke 20 peratus individu yang berada dalam keadaan vegetative mungkin sedar secara sepenuhnya. Jika anda menziarahi rakan atau sesiapa sahaja yang sedang dalam keadaan koma, anda boleh cuba bercakap dengan mereka walaupun mereka tidak memberikan respons. Walaupun masih tidak jelas berapa banyak maklumat yang mereka fahami, tetapi terdapat kemungkinan bahawa mereka mampu mendengar dan memahami apa yang anda katakan. Kajian turut menyatakan bahawa rangsangan pancaindera seperti sentuhan, bau, bunyi dan penglihatan mampu menolong pesakit tersebut untuk sembuh. 

Sekarang penulis sudah memahami apa yang dirasakan oleh pesakit koma. Mungkin selepas ini anda boleh cuba untuk bercakap dan merangsang deria pesakit koma bagi membantu mereka sembuh dengan lebih cepat. Selain itu, sentuhan dan kata-kata anda juga menunjukkan kepada mereka bahawa anda masih berada bersama mereka walaupun mereka berada dalam keadaan yang sukar. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nafsu Berahi Hilang Akibat Tak Cukup Tidur? Ini Kesan Jika Anda Tak Jaga Waktu Tidur!

    Rasa mengantuk sebab tak cukup tidur boleh menyebabkan nafsu seks anda kurang. Ini boleh mengganggu kemesraan di antara anda dan pasangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Buat Anda Yang Sayang Sangat Dengan Bantal Busuk, AWAS Dengan 7 Perkara Ini!

    Anda ada bantal busuk? Ya, ia mungkin normal namun ketahuilah bahawa terdapat 7 bahaya yang menanti anda! Jom klik artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

    Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Adakah niat atau perasaan ingin bunuh diri itu dianggap sebagai satu penyakit otak? Atau sekadar kesan gangguan mental? Ini penjelasan yang anda mesti tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    waktu tidur

    Waktu Tidur Setiap Orang Berbeza, Kalau Nak Sihat Patuhi Jam Tidur Ini Ikut Peringkat Umur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 08/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat tidur siang

    Sering Mengantuk Ketika Bekerja? Cuba Power Nap Sebentar, Pasti Anda Terus Segar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    penutup telinga untuk tidur

    Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    seks ketika tidur

    Jangan Biar Gangguan Seks Ketika Tidur Berterusan, Ini 4 Cara Atasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan