‘Besarkan Sikit Telur’ – Ini Sebab Mengapa Lebih Besar Tak Semestinya Lebih Bagus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Saiz telur zakar bagi setiap lelaki sudah tentunya berbeza. Tetapi adakah telur besar mempunyai kelebihan berbanding saiz telur yang kecil? Atau ia sebenarnya tidak membawa sebarang perbezaan pun?

Telur besar atau kecil?

Dalam kalangan lelaki, sering berlaku jenaka di mana mereka akan memberi tahu sesama sendiri untuk ‘membesarkan telur mereka’, memberi gambaran bahawa mereka yang penakut itu mempunyai telur (testis) yang kecil atau tiada telur.

Ayat berunsur jenaka ini boleh juga digunakan sebagai satu bentuk ejekan atau provokasi kepada lawan anda dalam suatu pertandingan.

Apa yang pasti, tiadapun antara mereka yang maksudkan ayat tersebut secara literal dan meminta anda untuk mempunyai testis yang besar.

Walaubagaimanapun, ayuh kita anggap sahaja ayat tersebut sebagai sesuatu permintaan yang serius dan hasil daripada ayat tersebut, anda inginkan testis yang besar atau ingin anak lelaki anda memiliki testis yang besar sejak dari kecil.

Apakah natijahnya kepada anda atau anak anda?

saiz telur

Saiz telur zakar besar tidak semestinya lebih baik

Lazimnya, saiz testis diukur menggunakan Orchidometer, sejenis alat mirip tasbih, memiliki manik pelbagai saiz pada satu utas tali yang selalunya digunakan dalam kalangan pesakit kanak-kanak.

Membandingkan saiz testis dengan saiz manik pada Orchidometer mengikut kiraan umur akan menentukan sama ada testis seseorang itu normal, lebih besar atau lebih kecil.

Katakan anda membawa anak lelaki anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan rutin, doktor memberitahu, selepas memeriksa saiz testis anak lelaki anda, bahawa saiznya besar dan lebih besar untuk usianya.

Anda atau anak anda mungkin merasa seronok mengetahui hal ini kerana kini ada perkara yang boleh anda gunakan sebagai sesuatu untuk anda berlagak kepada kawan-kawan anda atau kawan-kawan anak anda.

Namun yang demikian, riak wajah doktor tersebut jauh daripada gembira, sebaliknya dia kelihatan risau dengan penemuan ini.

Tanda Untuk Berhati-Hati

Alasasan kenapa doktor tersebut kelihatan risau adalah kerana penemuan testis yang besar adalah satu tanda amaran yang mungkin menunjuk ke arah penyakit-penyakit seperti

  • Hipotiroid kronik
  • Adenoma  yang merembeskan FSH
  • Tinggalan tisu Adrenal dalam congenital adrenal hyperplasia
  • Tumor tertumpu di bahagian itu

Namun yang lebih merisaukan, testis yang besar adalah tanda yang paling kerap muncul dalam Fragile X Syndrome.

saiz telur zakar

Fragile X syndrome (FXS) adalah sejenis penyakit genetik yang dicirikan dengan gangguan pembelajaran rendah-sederhana dan juga beberapa ciri-ciri fizikal yang berlaku dengan masa seperti:

  • Kepala yang memanjang/besar
  • Muka yang panjang
  • Dagu dan dahi membonjol
  • Telinga capang
  • Sendi yang anjal
  • Testis yang besar

Lengah dalam keupayaan motor dan bahasa menjadi lebih jelas dengan masa dan masalah tingkah laku seperti kelakuan autistik adalah biasa.

Fragile X syndrome dahulunya disangkakan sebagai penyakit dengan corak perwarisan kaitan-X yang dominan.

Ini bermakna tidak kiralah anda perempuan (XX) atau lelaki (XY), hanya satu salinan kromosom X yang membawa penyakit tersebut diperlukan untuk mengakibatkan penyakit dalam individu tersebut.

Ianya berbeza dengan corak perwarisan kaitan-X yang resesif di mana untuk mendapatkan suatu penyakit, kedua-dua salinan X yang membawa penyakit itu diperlukan untuk wanita dan hanya satu salinan diperlukan untuk lelaki kerana lelaki hanya ada satu kromosom X dalam dalam kromosom jantina mereka.

Bagaimanapun, kajian mendapati terdapat juga corak bersifat anticipation dan juga pentakaktifan X dalam pesakit perempuan.

Terdapat juga mereka yang mewarisi gen penyakit ini tanpa mereka sendiri mengalami penyakit tersebut dan mereka digelar sebagai pembawa. Disebabkan hal ini, Fragile X Syndrome tidak memenuhi kriteria perwarisan kaitan-X dominan.

Gen yang bertanggungjawab dalam mengakibatkan penyakit ini adalah gen Fragile X mental retardation 1 (FMR1) yang terdapat pada kromosom X, yang menghasilkan protein FMRP yang penting dalam fungsi sel yang optimum.

Kerosakan dalam gen ini menyebabkan kurangnya penghasilan protein FMRP yang normal yang penting dalam perkembangan hubungan antara saraf.

Sindrom ini mendapat namanya kerana individu yang mengalami penyakit ini didapati mempunyai segmen pada kromosom X mereka kelihatan rapuh dan seakan-seakan pecah. Kemudiannya, lokasi rapuh itu dikenalpasti sebagai lokasi di mana gen FMR1 itu terletak.

Sekiranya anda ada sebarang kerisauan berkaitan dengan keadaan kesihatan anak-anak anda, sangat digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor segera bagi mendapatkan ujian kesihatan dan konsultasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Si Manja Dah Boleh Makan? Ini Masa Sesuai Perkenalkan Makanan Alahan Kepada Anak

Mengetahui anak alergi kepada makanan pasti membuatkan ibu susah hati. Tapi ada cara sebenarnya untuk mengurangkan risiko alahan makanan kepada si manja.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Akibat hepatitis B, pelbagai kesan akan berlaku terutamanya pada organ hati. Ada kajian kata lelaki tidak subur juga adalah komplikasinya! Jom kita klik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kanser testis adalah bahaya buat lelaki. Persoalannya, apa perkara yang akan berlaku pada alat sulit ketika ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Boleh Tahu Jantina Bayi Dengan Lihat Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Bayi

Tiada siapa yang dapat menjangkakan dengan tepat perihal jantina anak di dalam kandungan tanpa bantuan alatan yang serba moden. Namun begitu...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

alat sulit lelaki

Zakar Boleh Membesar Sampai Umur Berapa? Ini Jawapan Bila Proses Ini Akan Tamat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan kanser prostat

Jangan Buat Tak Endah Hal Berkaitan Prostat, Ini 5 Cara Pastikan Ia Kekal Sihat & Kuat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
jambang lelaki

Jejaka Berjambang Lebih Subur? Bukan Itu Saja, Ada Kajian Kata Jambang Jadi Perisai Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan