backup og meta

Bukan Saja Pembunuh Senyap, Rokok Juga Buat Bibir & Gusi Jadi Lebih Gelap?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/05/2021

    Bukan Saja Pembunuh Senyap, Rokok Juga Buat Bibir & Gusi Jadi Lebih Gelap?

    Merokok adalah satu tabiat buruk jika diamalkan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan tubuh badan.

    Selain membunuh secara perlahan, anda mungkin akan terkejut jika kami kata tabiat merokok ini juga boleh menjejaskan kecantikan individu.

    Kenapa? Lihat sahaja bibir dan gusi perokok yang gelap itu!

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentang akibat merokok terhadap kesihatan dan kecantikan mulut dengan lebih mendalam lagi.

    Akibat rokok, mulut menjadi buruk & busuk!

    Rasanya semua orang sudah tahu bahawa kepulan asap tebal yang dihembus oleh perokok ini sudah pasti akan mendatangkan aroma tidak menyenangkan.

    Ini kerana bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok akan menjadikan ia berbau sangat busuk dan bau ini akan melekat pada mulut perokok.

    Selain menyebabkan mulut busuk, ketahuilah bahawa ia juga akan mengakibatkan mulut buruk ekoran bibir dan gusi yang menjadi lebih gelap.

    Untuk pengetahuan anda, kondisi ini dinamakan sebagai Smoker’s Lips yang akan mula berlaku kepada perokok selepas bertahun menghisap rokok.

    Adakah anda yang baru sahaja mula menjadi seorang perokok ingin perkara ini terjadi? Fikirkannya semula!

    penapis rokok

    Apa punca sebenar kondisi Smoker’s Lips?

    Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, antara akibat rokok terhadap mulut yang paling utama adalah ia akan mengakibatkan Smoker’s Lips.

    Ia berlaku akibat daripada tar dan nikotin yang akan menyempitkan saluran darah dalam mulut lantas menjejaskan perjalanan darah dan oksigen.

    Selain itu, kandungan bahan kimia di dalam rokok juga akan menyebabkan melanin terkumpul pada kawasan bibir dan gusi lantas menjejaskan pigmentasi.

    Bukan sahaja melanin, kolagen dan elastin yang berfungsi mengawal kawasan mulut juga akan turut rosak lantas membuat ia lebih gelap dan buruk.

    Sebab yang terakhir pula adalah disebabkan oleh kepanasan ketika membakar rokok dengan api terutamanya jika ia dilakukan secara berulang dengan kerap.

    Jika tidak mahu bibir dan gusi anda berubah menjadi lebih gelap, segera berhenti merokok ya?

    Bagaimana untuk merawat akibat rokok ini?

    Jalan paling mudah untuk merawat bibir dan gusi yang gelap akibat rokok adalah dengan berhenti merokok!

    Namun kami tahu bahawa ia tidaklah semudah dikatakan kerana ia perlu dilakukan secara berperingkat terutamanya buat mereka yang tegar dan ketagih.

    Jangan pula anda yang sedang dalam proses untuk berhenti merokok risau kerana ada cara alternatif untuk membantu merawat kondisi ini.

    cara berhenti merokok

    Boleh cuba tip-tip yang berikut:

    #1. Minum lebih banyak air

    Minum lebih banyak air kosong memang sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan selain mampu menyahkan toksin akibat rokok daripada sistem tubuh.

    #2. Elak daripada cahaya matahari

    Meskipun tip ini adalah agak mustahil dilakukan, anda mungkin masih boleh cuba dengan kurangkan masa di luar rumah agar kondisi ini tidak memburuk.

    Hilangkan akibat rokok ini dengan tip #3. Pengelupasan

    Mengelupaskan kulit secara sengaja bukanlah sesuatu yang elok namun ia juga boleh jadi tip untuk merawat bibir  yang gelap.

    Caranya adalah dengan mencampurkan garam, gula dengan minyak kacang badam atau minyak kelapa dan sapukan ia pada bibir.

    Dengan ini, lapisan luaran bibir akan terkupas dengan sendirinya selepas beberapa hari.

    Namun anda perlu sentiasa menggunakan produk untuk melembapkan bibir setiap kali selepas rawatan ini untuk mengelak bibir terluka.

    Hilangkan akibat rokok ini dengan tip #4. Masker bibir

    Bukan muka sahaja yang boleh menggunakan masker bahkan bibir juga boleh dengan guna bahan-bahan semula jadi.

    Caranya adalah, campurkan kunyit dengan lemon atau limau dan sapukan ia pada bibir setiap kali sebelum tidur.

    Untuk lebih berkesan, campurkan sekali minyak vitamin A dan vitamin E ke dalam masker.

    Namun anda juga perlu tahu bahawa kesan masker ini sudah pasti akan menjadi lebih baik sekiranya kalian sendiri sudah berhenti merokok.

    cara mengatasi bibir kering

    #5. Rawatan laser

    Akhir sekali, bibir dan gusi yang hitam akibat rokok juga mungkin boleh dipulihkan kembali dengan melakukan rawatan laser.

    Rawatan ini akan menggunakan cahaya yang akan menembusi lapisan bibir dan gusi sekali gus mampu mengembalikan warna asal.

    Ya, ia memang sedikit berkos dan berisiko! Jadi, adalah lebih mudah jika anda berhenti sahaja daripada melakukan tabiat yang tidak langsung berfaedah ini bukan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan