backup og meta

Puting Payudara Juga Boleh Tumbuh Bulu, 3 Cara Terbaik Untuk Membuang Bulu Tersebut

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 13/01/2021

    Puting Payudara Juga Boleh Tumbuh Bulu, 3 Cara Terbaik Untuk Membuang Bulu Tersebut

    Adakah anda pernah berasa malu disebabkan bulu pada puting payudara anda? Usah risau lagi. Dalam artikel berikut, kami akan memberitahu 3 cara terbaik untuk membuang bulu pada puting payudara anda.

    3 Cara terbaik membuang bulu di Payudara 

    Pembuang bulu Laser

    Pembuang bulu laser adalah pilihan yang paling sesuai bagi individu yang mempunyai bulu berwarna gelap pada puting payudara. Bagi membuang semua bulu ini, anda memerlukan beberapa sesi rawatan, dan setiap sesi rawatan berharga $250.

    Sekiranya boleh, cari tawaran pakej kerana setiap sesi rawatan dalam pakej tersebut akan menjadi lebih murah daripada jumlah sebenar yang anda perlu bayar.

    Oleh sebab kawasan pada puting payudara sangat sensitif, prosedur ini boleh dikira sakit bagi sesetengah orang. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta krim kebas bagi keselesaan rawatan ini sekiranya boleh.

    Sebelum menjalani rawatan ini, cukur bulu pada puting payudara atau guna pengetip bagi menipiskan bulu tersebut. Selain itu, jangan lupa untuk elakkan cahaya matahari sebelum dan selepas rawatan.

    Pelilinan

    lelaki suka payudara

    Anda boleh memilih khidmat pelilinan di salon atau melakukannya sendiri di rumah. Bergantung kepada peruntukan perbelanjaan dan keperluan, anda boleh pilih untuk menggunakan produk lilin buatan sendiri atau produk yang biasa dijual di kedai.

    Lilin akan disapu terus ke kulit dan ketika proses ini berlaku, kawasan tersebut boleh menjadi sensitif. Oleh itu, guna lilin yang berkualiti tinggi, atau periksa kandungan lilin sebelum membelinya bagi mengelakkan kerengsaan.

    Sebelum melakukan pelilinan, exfoliate kulit anda dengan menggunakan skrub dan kemudian sapu sedikit toner. Ini akan membuang kotoran dan gris pada puting payudara anda, menjadikan kaedah ini lebih mudah dan kurang sakit.

    Jangan lupa untuk menyapu sedikit minyak, seperti minyak zaitun atau minyak jojoba selepas pelilinan. Selain itu, jika anda mempunyai puting payudara yang sensitif, puting akan menjadi sedikit sakit selepad proses pelilinan, jadi pakai bra yang longgar dan pakaian yang lembut.

    Guna Pencabut

    kanser payudara

    Jika bulu pada puting payudara anda nipis dan anda tidak mahu melabur banyak duit untuk membuang bulu tersebut, menggunakan pencabut adalah pilihan yang baik untuk anda.

    Sebelum anda mencabut, cuci kawasan tersebut dengan mandian suam agar semua kotoran dan gris dapat dicuci di mana haba daripada mandian suam dapat membuka folikel bulu. Ini memudahkan proses mencabut bulu tanpa kesakitan yang teruk.

    Walaupun kaedah ini ringkas dan murah, ia boleh mengakibatkan kerengsaan, ketulan dan pertumbuhan bulu ke dalam (ingrown hair).

    Ternyata mudah bagi anda untuk membuang bulu pada puting payudara menggunakan mana-mana cara di atas. Berdasarkan ketebalan, warna dan juga peruntukan perbelanjaan, anda boleh memilih pilihan yang bersesuaian.

    Anda juga mungkin berminat dengan:

    • Rawatan sampingan di rumah untuk membuang bulu yang tidak dikehendaki
    • Bagaimana penggantian semula bulu tanpa pembedahan membantu anda
    • 5 kesalahan yang membuatkan bulu anda menjadi teruk

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Maggie Quek · Disemak pada 13/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan