Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Lesu, Wajah Pucat Antara Tanda Talasemia! Ada 4 Lagi Gejala Lain Yang Tak Ramai Tahu!
Pernahkah anda dengar mengenai talasemia? Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang menyebabkan sel darah merah tidak dapat dihasilkan dengan normal. Thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda tertentu seperti anemia yang teruk dan juga keletihan yang melampau. Selain itu, ada banyak lagi simptom talasemia yang perlu kita khususnya ibu bapa ketahui.
Talasemia lebih kerap berlaku dalam kalangan etnik tertentu seperti orang Itali, Yunani, Timur Tengah, Asia dan mereka yang berketurunan Afrika. Talasemia adalah penyakit yang diwarisi, yang bermaksud ia diturunkan daripada ibu bapa kepada anak mereka.
Kanak-kanak yang dilahirkan dengan talasemia beta biasanya akan mula mengalami gejala beberapa bulan selepas kelahiran. Namun, untuk pesakit yang menghidap talasemia yang tidak serius, mereka mungkin tidak akan mengalami simptom yang ketara sehingga dewasa.
Jika anda pembawa talasemia, anda biasanya sihat dan tidak mempunyai sebarang gejala.
Namun, bagi yang lahir dengan penyakit ini, thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda tertentu seperti yang dibincangkan di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.
Thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda tertentu, ini antaranya!
Jadi, jika anda mengalami tanda seperti yang dijelaskan di bawah, jumpa doktor secepat mungkin untuk menentukan sama ada anda menghidap talasemia ataupun tidak.
1. Badan nampak pucat dan letih setiap masa
Badan sedang lesu.
Hampir semua orang yang menghidap talasemia major akan mengalami anemia, satu kondisi yang boleh membawa maut dalam sesetengah kes.
Penghidap anemia mempunyai tahap hemoglobin yang rendah. Hemoglobin merupakan satu sel yang sangat penting untuk kita. Ia berfungsi menghantar oksigen ke seluruh badan.
2. Thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda seperti anxiety
Selain itu, thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda yang menyerupai kegelisahan (anxiety). Malah, kerap berdebar merupakan antara simptom lazim dalam kalangan penghidap talasemia.
Bukan itu sahaja, pesakit lebih berisiko mengalami sakit dada. Selain itu, penghidap talasemia juga mungkin mempunyai penyakit lain seperti perikarditis atau miokarditis pada masa yang sama.
Talasemia lebih serius dalam kalangan bayi yang baru lahir. Malah, talasemia juga merupakan satu penyakit yang boleh mengancam nyawa kerana simptom yang dialami sangat teruk, terutamanya pada 2 tahun awal kelahiran.
Masalah ini merupakan salah satu kesan sampingan transfusi darah yang berulang kali. Bukan itu sahaja, pengumpulan zat besi juga boleh menyebabkan masalah jantung, terutamanya yang mempengaruhi otot pada organ tersebut.
Thalassaemia akan menyebabkan simptom lain seperti masalah kesuburan dan hormon. Ada penghidap talasemia yang mungkin perlu melakukan rawatan kesuburan untuk membantu mereka hamil pada masa hadapan.
Jika anak anda mempunyai talasemia, anda boleh kunjungi Komuniti Keibubapaan untuk mendapatkan info lanjut mengenai penyakit ini.
5. Tulang rapuh dan kecacatan tulang terutamanya di sekitar wajah
Gambaran x-ray tulang kaki.
Thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda seperti tulang rapuh dan kecacatan tulang, terutamanya di kawasan wajah.
Malah, talasemia yang serius boleh menyebabkan sum sum tulang mengembang dan menyebabkan tulang menjadi lebih lebar daripada biasa. Tanda ini boleh dilihat pada wajah pesakit.
Bukan itu sahaja, pengembangan sum sum tulang juga akan menyebabkan tulang menjadi nipis dan rapuh. Jadi, tulang pesakit talasemia lebih mudah patah walaupun disebabkan kecederaan kecil.
Thalassaemia akan menyebabkan tanda-tanda tertentu, jangan abaikan!
Cara talasemia major dirawat.
Bergantung pada jenis talasemia yang dihidapi, pesakit mungkin perlukan rawatan yang berpanjangan untuk merawat kondisi yang dialami. Malah, mereka yang menerima transfusi darah dengan kerap juga perlu terus melakukannya seperti yang dijadualkan.
Pesakit talasemia juga mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan untuk mencegah pengumpulan zat besi dalam badan.
Oleh sebab itu, elakkan makan sayur bayam atau makanan yang diperkaya dengan zat besi.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Alpha Thalassemia. https://kidshealth.org/en/parents/thalassemias.html. Accessed on June 4, 2022.
Beta thalassemia. https://medlineplus.gov/genetics/condition/beta-thalassemia/#inheritance. Accessed on June 4, 2022.
Cardiac Complications In Thalassaemia Major . https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK269371/. Accessed on June 4, 2022.
Thalassemia. https://www.nhs.uk/conditions/thalassaemia/symptoms/. Accessed on June 4, 2022.
Thalassemia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14508-thalassemias. Accessed on June 4, 2022.