PKP Disambung BERSEBAB Untuk Perangi COVID-19, Ini 29 Langkah Cegah Virus- PASTI BERHASIL!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Banyak yang kita masih tidak tahu berkenaan dengan virus korona baharu (COVID-19) yang kini menjangkiti hampir 200,000 individu di seluruh dunia. 

Berikut adalah statistik terkini di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

63,176

Disahkan

9,196

Sembuh

354

Kes Kematian
Peta sebaran

Apa yang lebih menakutkan adalah beberapa negara sudah mengisytiharkan pelbagai jenis langkah pencegahan drastik. Ia bagi memulihkan keadaan semasa dan memastikan kadar jangkitan tersebut turun.

Suatu ketika dahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menggerakkan amalan cuci tangan secara agresif. Kini, ia masih saranan utama bersama dengan langkah pencegahan baharu iaitu social distancing atau jarak sosial.

Berikut adalah video tentang bagaimana kita boleh melakukan social distancing sendiri di rumah:

Tip Menjaga Social Distancing di rumah

Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.

Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020

Jadi apa yang termaktub dalam amalan jarak sosial ni? Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Kepentingan amalan jarak sosial dalam mencegah wabak COVID-19 di Malaysia

virus korona

Amalan jarak sosial tidak dapat membantu merawat mereka yang telah dijangkiti. Walau bagaimanapun, ia merupakan langkah yang baik bagi mengelakkan individu lain daripada dijangkiti.

Salah satu daripada maklumat penting berkenaan dengan penyakit berjangkit adalah nilai R0 (R-naught). Nilai tersebut memperincikan risiko penyebaran kepada beberapa individu lain bagi satu individu yang berjangkit.

Sebagai contoh, bagi virus COVID, nilai R0 adalah pada sekitar 2 hingga 3. Ini bermakna, satu orang berjangkit berisiko untuk menyebarkannya kepada 2-3 individu lain pada satu masa. Berbeza dengan virus influenza yang mempunyai nilai R0 1.3.

Virus yang disebarkan melalui titisan udara seperti COVID tidak berlegar-legar lama di udara. Ia kebiasaannya akan jatuh kira-kira 1 meter daripada kedudukan orang yang bersin atau batuk.

Artikel berkaitan:

Sah! COVID-19 Boleh Tersebar Melalui CIRIT-BIRIT, Bukan Hanya Batuk & Bersin?

Namun, itu bukanlah cara penyebaran utama. Model jangkitan yang sering digunakan bagi membuat kiraan risiko bergantung kepada sentuhan rapat di antara dua individu. Barang bertukar tangan, bersalaman dan berpelukan, ini semua merupakan kaedah penyebaran COVID.

Penyelesaiannya? Sudah tentulah amalan jarak sosial. Ia merupakan satu tindakan bagi meningkatkan jarak fizikal di antara dua individu bagi mengelakkan jangkitan atau tularnya jangkitan (jika anda sumber COVID).

Wabak COVID di Malaysia berada pada tahap yang serius. Peningkatan pada jumlah mereka yang dijangkiti berkait rapat dengan faktor kontak rapat sewaktu menghadiri sesuatu majlis seperti yang terbaru, di Masjid Sri Petaling.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Peristiwa tersebut menunjukkan kepentingan menjaga jarak dalam usaha untuk membasmi wabak COVID di Malaysia. Semakin jauh jarak anda dengan individu lain, semakin sukarlah sesuatu jangkitan untuk bertapak di dalam badan anda.

Langkah amalan jarak sosial untuk basmi virus korona baharu

Berikut merupakan cara-cara bagaimana anda boleh mengurangkan risiko untuk dijangkiti virus korona baharu.

Elakkan jangkitan COVID di rumah

virus korona

  1. Basuh tangan secara kerap dan utamakan kebersihan rumah.
  2. Elakkan daripada memeluk, bersalam atau mencium ahli keluarga yang lain.
  3. Bersihkan permukaan yang disentuh berulang kali seperti meja makan, dapur, tombol pintu dan kerusi sofa secara kerap.
  4. Buka tingkap untuk pengudaraan yang lebih baik atau laraskan penyaman udara kepada suhu dan kadar pengudaraan yang bersesuaian.
  5. Kurangkan daripada membeli barang di kedai (melainkan barang basah dan keperluan masakan). Beli barang secara di atas talian.
  6. Jika ada ahli keluarga yang sakit, tempatkan dan asingkan mereka di dalam satu bilik.
  7. Individu sakit dan mereka yang menjaganya perlu memakai topeng muka tiga lapis apabila berada di dalam bilik yang sama.
  8. Jaga orang tua (mereka yang berusia 65 tahun ke atas) dengan baik. Jika ada individu sakit di dalam rumah, pastikan orang tua ditempatkan jauh dari bilik mereka yang sakit. Sebaiknya, cari tempat tinggal alternatif.

Lindungi diri anda di tempat kerja daripada virus korona baharu

virus korona

  1. Jika anda sakit, rehat di rumah dan jangan datang ke tempat kerja.
  2. Elakkan daripada bersalaman dengan individu lain.
  3. Jika hendak bermesyuarat, lebih selamat jika anda bermesyuarat menggunakan talian telefon atau konferens video.
  4. Sediakan sumber untuk cuci tangan yang cukup. Pastikan sabun sentiasa ada, bekalan air tidak dipotong dan hand sanitizer diletakkan di tempat umum untuk digunakan oleh semua orang. Lebih baik jika anda boleh bekalkan hand sanitizer kepada setiap pekerja.
  5. Makan di meja sendiri atau di luar, mana-mana kawasan bukan tempat orang berkumpul. Jangan kongsi makanan anda.
  6. Bersihkan meja kerja anda secara kerap.
  7. Pastikan kawasan kantin atau kafeteria bersih dan mengamalkan cara penyediaan makanan yang baik.
  8. Batalkan aktiviti luar syarikat atau apa-apa aktiviti yang memerlukan semua pekerja untuk berkumpul.

Lakukan ini untuk elak COVID jika anda masih belajar

covid

Menurut pengumuman berkenaan dengan arahan kawalan pergerakan, semua sekolah dan institut pengajian tinggi awam dan swasta akan ditutup. Sekiranya selepas dua minggu dan tempat anda belajar dibuka kembali, lakukan ini untuk rendahkan risiko jangkitan.

  1. Jika sakit, elakkan daripada menghadiri kelas.
  2. Basuh tangan secara kerap ketika berada di tempat belajar.
  3. Elakkan daripada menyertai apa-apa aktiviti berkumpulan.
  4. Batalkan perhimpunan mingguan/harian.
  5. Ajar rakan-rakan atau anak murid (jika anda guru/pensyarah) cara membasuh tangan yang betul.
  6. Bersihkan kelas atau tempat belajar secara kerap. Jika anda bekerja di perpustakaan, pastikan setiap meja dibersihkan secara teliti. Kain meja perlu dicuci secara kerap.
  7. Jika boleh, buat sesi pembelajaran di luar kelas.
  8. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik.
  9. Pastikan kantin sekolah menyediakan makanan dengan protokol yang mementingkan kebersihan kantin.

Elakkan jangkitan COVID di tempat awam

covid

  1. Bawa hand sanitizer bersama anda. 
  2. Gunakan sistem pembayaran eDompet. 
  3. Elakkan tempat keramaian.
  4. Jika anda merupakan pemandu bas, teksi atau Grab, bersihkan kenderaan anda secara kerap.

Semua ini penting kerana virus korona baharu ini boleh kekal di sesuatu tempat dalam masa yang tertentu seperti dalam gambar:

Konklusi

Wabak COVID di Malaysia boleh diatasi dengan amalan jarak sosial. Kadangkala salah satu tanda kita menyayangi seseorang adalah dengan berjauhan daripada mereka.

Pihak kerajaan telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Patuhi dan bantu kerajaan dalam membasmi wabak COVID yang semakin berleluasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    GEMPAR! Kajian Terbaharu Temui Virus COVID-19 Mungkin Boleh Sebabkan Diabetes Jenis 1

    Tahukah anda, kajian terbaharu menyatakan bahawa diabetes anak atau diabetes kanak-kanak ini boleh berlaku disebabkan jangkitan virus COVID-19?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 1, Kencing Manis 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

    Kini, Malaysia digemparkan dengan wabak COVID-19 gelombang ketiga. Bolehkah individu mendapat jangkitan buat kali kedua? Klik artikel untuk jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Kita semua tahu bahawa suhu badan manusia perlu diperiksa sebelum masuk sesuatu tempat angkara COVID-19. Selain di dahi, bolehkah scan di tangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 08/10/2020 . 2 minit bacaan

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak koronavirus dan PTSD

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan