TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Episod-episod mendebarkan berkenaan perkembangan pesakit COVID-19 masih tidak berkesudahan.

Sebelum ini, banyak berita hasil kajian yang mendedahkan keadaan sebenar virus COVID-19 ini.

Terbaharu, ada laporan yang mengesahkan bahawa virus ini dikesan berada dalam air mani pesakit COVID-19.

Sementara itu, statistik semasa kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

21,363

Disahkan

9,196

Sembuh

190

Kes Kematian
Peta sebaran
 

Berpotensi disebarkan melalui hubungan seksual iaitu melalui air mani

Satu kajian yang diketuai oleh seorang doktor di Beijing, China mendedahkan, terdapat kesan virus tersebut dijumpai dalam air mani beberapa orang lelaki yang telah dijangkiti COVID-19.

Ini menimbulkan satu kemungkinan baharu bahawa virus ini boleh tersebar melalui hubungan seksual bersama mereka yang telah dijangkiti.

Artikel berkaitan: 5 Cara Bersetubuh Ikut Tema COVID-19, Nak Senggama Pun Kena Fikir Penularan Virus Ya!

Virus tersebut telah dijumpai pada 6 orang lelaki daripada keseluruhan 38 orang pesakit COVID-19 di Shangqiu Municipal Hospital, China.

Apa yang lebih mengejutkan, daripada 6 orang lelaki tersebut, 4 orang masih lagi dijangkiti virus manakala 2 orang lagi sedang dalam fasa penyembuhan.

Dijumpai dalam najis dan cecair lain sebelum ini

air mani

Dr. Ryan Berglund, seorang doktor pakar urologi di Cleveland Clinic’s Glickman Urological and Kidney Institute menyatakan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ini kerana kehadiran virus tersebut telah dikesan berada dalam najis dan juga cecair badan yang lain sebelum ini

Bolehkah ia menular melalui hubungan seksual?

Namun, Dr. Ryan berpendapat, ia bukanlah satu bukti kukuh bahawa virus ini boleh tersebar melalui hubungan seks.

Hal ini turut dipersetujui oleh Dr. Amesh Adalja yang berkhidmat di Johns Hopkins Center for Health Security dan juga Dr. Greg Poland, pengarah Vaccine Research Group di Mayo Clinic, Rochester. 

Menurut Dr. Adalja dan Dr. Greg, mereka tidak begitu yakin jika virus ini boleh tersebar melalui aktiviti seks.

Apa yang pasti, golongan di bawah ini adalah golongan yang paling berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19.

pesakit covid-19

Tambahan pula, sehingga hari ini, tiada sebarang kes jangkitan yang direkodkan berlaku melalui hubungan seksual.

Malahan, virus ini lebih mudah dijangkiti melalui laluan saluran pernafasan sahaja

Kajian air mani ini masih perlukan penyelidikan lanjut

Disebabkan saiz kajian ini melibatkan hanya sebilangan kecil responden, maka kajian lanjut yang lebih terperinci diperlukan bagi mengesahkannya. 

Antara maklumat terperinci yang diperlukan bagi kajian lanjut adalah berkenaan:

  • tempoh virus ini bertahan hidup dalam air mani manusia 
  • jumlah atau kepekatan virus ini dalam air mani pesakit dan bekas pesakit COVID-19

Bagaimana jika ia benar-benar terbukti boleh berjangkit melalui air mani?

Sekiranya virus ini dibuktikan boleh berjangkit melalui hubungan seks, maka persetubuhan perlu dititikberatkan sebagai kaedah pencegahan penularan jangkitan.

Artikel berkaitan:

Ia tidak hanya melibatkan pesakit aktif, malah bekas pesakit COVID-19 juga.

Salah satu cadangan bagi mengelakkan penularan jangkitan ini adalah melalui pemakaian kondom atau menahan diri daripada ejakulasi.

Apa tindakan yang perlu kita lakukan?

Sebelum ini, kita ada mendengar berita berkenaan virus ini yang dijumpai dalam najis pesakit.

Ada juga laporan di Malaysia yang menyatakan virus ini dikesan pada permukaan badan mayat pesakit.

Laporan di Korea Selatan pula menyatakan pesakit yang telah disahkan bebas jangkitan, kini dijangkiti semula kerana masih ada kesan virus dalam tubuh mereka.

Artikel berkaitan:

Pesakit Di Korea Kembali Positif Selepas Sembuh COVID-19, Adakah Anda Perlu Risau?

Laporan-laporan ini jelas memberikan gambaran kepada kita bahawa serangan jangkitan virus COVID-19 tidak akan habis dalam tempoh 1 atau 2 tahun akan datang ini.

Ini kerana masih terdapat banyak kemungkinan bahawa ia boleh menjangkiti melalui cara-cara selain saluran pernafasan sahaja.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersedia untuk mengamalkan norma baharu dalam hidup kita.

Sentiasa cuci tangan, kekalkan jarak selamat dengan individu lain sekurang-kurangnya 1 meter dan elakkan perkumpulan besar-besaran.

Kita mungkin masih tidak mampu untuk menemui vaksin penawar pada ketika ini, tetapi norma baharu ini sangat membantu mengurangkan jangkitan kepada individu lain. 

 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Disebabkan peningkatan kes yang agak ketara, kerajaan telah mengeluarkan perintah larangan rentas daerah di sabah. Ia berkuatkuasa jam 12 malam ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Tahukah anda, bahawa diabetes yang dialami boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mengalami masalah ejakulasi lelaki iaitu ejakulasi retrogred?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Diabetes 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

Penggunaan face mask merupakan keperluan penting dalam mencegah jangkitan wabak COVID-19. Namun adakah pemakaian pelitup muka selamat buat wanita hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Alamak! Abang Terpancut Dalam, Ada Ke Cara Nak Keluarkan Semula Air Mani Daripada Faraj?

Sebilangan wanita mungkin ingin mengeluarkan air mani dari faraj selepas melakukan seks, sama ada atas sebab kebersihan atau bagi mencegah kehamilan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan mental

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
virus corona

Sudah Sembuh Daripada COVID-19? Anda Belum Boleh Tarik Nafas Lega! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
suhu badan manusia

Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
kesihatan mental

Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan