backup og meta

Risau Vaksin Masih Tiada Lagi? Ini 3 Ubat Sedia Ada Terbaik BERPOTENSI Rawat COVID-19

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/06/2020

    Risau Vaksin Masih Tiada Lagi? Ini 3 Ubat Sedia Ada Terbaik BERPOTENSI Rawat COVID-19

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Persoalan yang sering bermain di fikiran setiap individu sekarang pastinya berkaitan dengan ubat terbaik untuk rawat jangkitan virus korona baharu (COVID-19).

    Semakin lama wabak ini berlangsung, semakin tinggilah jumlah mereka yang dijangkiti.

    Kini angka global jangkitan telah melebihi 3 juta individu. Di Malaysia, catatan kes positif adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Banyak kajian klinikal sedang berlangsung bagi menguji keberkesanan ubat baharu dan sedia ada untuk membasmi COVID-19.

    Perkara pahit yang perlu diterima adalah kajian terhadap profil keberkesanan dan keselamatan ubat akan mengambil masa yang agak lama. 

    Ia perlu disahkan berkesan dan selamat sebelum boleh diluluskan untuk kegunaan orang awam.

    Dalam keresahan kita menghadapi wabak virus korona baharu, terdapat 3 jenis ubat yang kini menunjukkan prestasi memberangsangkan.

    Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan dengan ubat-ubatan tersebut.

    Ubat malaria, chloroquine atau hydroxychloroquine- berpotensi jadi ubat terbaik

    Pasti ramai yang tahu tentang keberkesanan yang diuar-uarkan berkenaan dengan ubat ini kan?

    Populariti ubat malaria sememangnya jelas terutamanya apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sendiri menyokong penggunaan ubat tersebut bagi merawat COVID-19.

    Ujarnya melalui ciapan di Twitter, jika ubat malaria digunakan bersama dengan Azithromycin (antibiotik), ia boleh mengubah corak perlawanan di antara manusia dan wabak virus korona baharu.

    Komen tersebut dibuat apabila laporan perubatan berkenaan dengan doktor di Perancis berjaya menurunkan beban virus pesakit dalam masa 6 hari menggunakan gabungan ubat tersebut.

    Mereka yang tidak menerima hydroxychloroquine menunjukkan perkembangan yang jauh lebih perlahan berbanding dengan pesakit yang menerimanya.

    ubat terbaik

    Namun, tiada bukti yang jelas menunjukkan ubat tersebut benar-benar memberikan kesan positif kepada mereka yang dijangkiti.

    Ia hanyalah dapatan anekdotal. Bukti berkaitan dengan keberkesanan ubat berkenaan tidak berasaskan kajian saintifik mengikut protokol klinikal sebenar.

    Perkara ini turut diungkapkan oleh Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Nasional di Amerika Syarikat, Anthony Fauci.

    Laporan anekdotal tidak semestinya salah namun ia akan kekal anekdotal tanpa kajian khusus terhadapnya.

    Melihat kepada prestasi memberangsangkan bagi ubat malaria, Donald Trump telah mengarahkan United States Food and Drug Administration (FDA) untuk menjalankan ujian klinikal.

    Sebanyak 820,000 dos ubat hydroxychloroquine, chloroquine dan azithromycin telah ditempah untuk kegunaan kajian tersebut. 

    Ubat antiviral favipiravir, merevolusikan rawatan COVID-19

    Tahukah anda bahawa rawatan bagi jangkitan influenza berbeza bagi setiap negara. 

    Di Malaysia, ubat yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan adalah Tamiflu (oseltamivir).

    Namun, di Jepun, mereka menggunakan favipiravir untuk merawat jangkitan influenza.

    Baru-baru ini, saintis di China telah menjalankan kajian berskala kecil melibatkan 240 pesakit COVID-19 yang mengalami simptom pneumonia ringan di Hubei.

    Separuh telah dirawat dengan favipiravir dan separuh lagi telah diberikan umifenovir, ubat antiviral bagi rawatan influenza yang lazim di Rusia dan China.

    Baca juga:

    Apa yang dapat dilihat adalah kumpulan yang menerima ubat favipiravir sembuh lebih awal berbanding dengan mereka yang menerima ubat umifenovir.

    Favipiravir berupaya untuk menghalang virus daripada mengalami proses replikasi maklumat genetik.

    Ubat ini asalnya diluluskan bagi rawatan influenza. Tiada bukti yang jelas menunjukkan ia berkesan untuk merawat COVID-19.

    Kajian masih sedang dijalankan bagi melihat kepada keberkesanan dan profil keselamatan ubat.

    Lopinavir dan ritonavir, bukan sekadar ubat untuk rawat HIV

    Walaupun keberkesanan kedua-dua ubat bagi rawatan human immunodeficiency virus (HIV) ini masih lagi tidak terbukti, ramai yang masih berharap.

    Kunci kepada rawatan ini adalah Lopinavir. Ia boleh menghalang fungsi enzim yang dikenali sebagai protease.

    Enzim tersebut boleh menghasilkan serpihan protein yang merupakan komponen penting bagi tumbesaran virus.

    Oleh sebab lopinavir berupaya untuk menghalang fungsi tersebut, maka, ia dilihat sebagai salah 1 potensi rawatan COVID-19.

    Ritonavir yang digunakan bersama dengan lopinavir bertindak meningkatkan keupayaan dan fungsi lopinavir untuk melawan virus.

    Terdahulu, lopinavir dan ritonavir bukan sahaja berkesan dalam merawat wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) malah ia juga boleh mengurangkan tahap keterukan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

    ubat terbaik

    Artikel berkaitan:

    Walau bagaimanapun, COVID-19 agak berbeza dengan SARS dan MERS. 

    Walaupun maklumat genetik virus tersebut hampir sama dengan virus SARS, dapatan awal kajian rawatan menggunakan lopinavir agak tidak memberangsangkan.

    Dalam kalangan 199 pesakit yang menerima  rawatan ubat HIV secara rambang, tiada kebaikan yang dapat dilihat jika dibandingkan dengan rawatan konservatif.

    Hampir 20% pesakit mati disebabkan oleh COVID-19.

    Namun, masih terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan. Kajian klinikal menggunakan protokol terkawal masih lagi boleh dilakukan.

    Konklusi

    covid

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai ubat terbaik yang boleh diberikan kepada pesakit yang dijangkiti wabak  COVID-19.

    Kita perlu terus mengamalkan langkah pencegahan agar tidak mengikut jejak langkah negara lain yang terkesan teruk seperti Amerika Syarikat.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 18/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan