Sakit pinggang bawah

Hi doc, dalam seminggu ni saya kerap buang kencing dan sakit pinggang bahagian bawah. Saya ada mengambil insulin dan ubat darah tinggi. Sekarang tiba tiba serang demam sejuk. Adakah ni masalah buah pinggang.

0
1 komen

1 komen

Salam hormat. Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Untuk maklumat anda, masalah kerap kencing boleh terjadi akibat:


  • Kelemahan otot pundi kencing untuk menahan air kencing
  • Pengambilan jumlah cecair, alkohol atau kafein yang berlebihan
  • Jangkitan saluran kencing
  • Batu karang
  • Kanser pundi kencing


Sakit pinggang pula boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti:

  • Otot belakang yang terseliuh
  • Ketegangan otot belakang
  • Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  • Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang
  • Masalah pada usus


Ini hanyalah pandangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda, jika perlu.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa
Topics not found