backup og meta

Diet yang Disyorkan Untuk Pesakit Denggi

Diet yang Disyorkan Untuk Pesakit Denggi

Apa makanan untuk demam denggi sesuai diberikan kepada mereka yang dijangkiti penyakit ini ya? Dalam artikel ini ada jawapannya.

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

5 pilihan makanan untuk demam denggi

Untuk melawan virus denggi, anda perlu meningkatkan kuasa imuniti.


Ini boleh dilakukan dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrien.

Berikut makanan terbaik untuk dimakan supaya cepat sembuh daripada denggi.

Oren

Oren dianggap sebagai salah satu buah terbaik untuk pesakit yang menderita demam denggi.

Ini kerana secara semula jadi ia kaya dengan vitamin C, dapat membantu dalam pemulihan antibodi anda.

Anda boleh memilih limau manis, lemon dan oren dalam jus yang diproses dengan baik.

makanan untuk demam denggi

Bubur, antara makanan untuk demam denggi

Makanan lembut disyorkan untuk pesakit denggi kerana ini mudah dicerna.

Bubur adalah pilihan yang baik kerana ia boleh ditelan dan dicerna dengan mudah serta mengandungi banyak cecair.

Nilai serat dan nutrien tinggi yang terdapat dalam bubur akan membantu anda dalam melawan penyakit ini.

Air kelapa

Denggi sering menyebabkan dehidrasi dan air kelapa adalah salah satu cara terbaik mengawal tahap bendalir dalam badan anda.

Sebagai sumber semula jadi air, mineral penting dan elektrolit, air kelapa merupakan tambahan penting untuk dimasukkan ke dalam diet pesakit denggi.

Jus sayuran dan buah-buahan

Lobak,timun dan sayur-sayuran berdaun adalah baik untuk merawat simptom denggi.

Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang boleh membantu meningkatkan imuniti pesakit denggi. 

Jus buah yang terdiri daripada buah-buahan seperti oren, jambu, kiwi, strawberi dan nanas meningkatkan pengeluaran limfosit yang melawan jangkitan virus.

Jadi, ini adalah suplemen yang mesti dimakan dalam diet pesakit denggi.

Baca juga:

Sup

Sup adalah cara terbaik untuk melawan simptom penyakit ini kerana ia kurang rempah dan baik untuk penghadaman dan pergerakan usus.

Pesakit denggi harus mengelakkan makanan pedas atau berminyak khususnya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai makanan yang sesuai, berundinglah doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Fighting off dengue through food. https://www.nnc.gov.ph/regional-offices/mindanao/region-x-northern-mindanao/5434-fighting-off-dengue-through-food. Accessed on June 26, 2023
  2. Homecare for Dengue Patients. https://www.cdc.gov/dengue/resources/factsheets/homecareenglish.pdf. Accessed on June 26, 2023
  3. Dengue fever. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dengue-fever/diagnosis-treatment/drc-20353084. Accessed on June 26, 2023
  4. Dengue Fever. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17753-dengue-fever. Accessed on June 26, 2023
  5. Dengue Fever. https://kidshealth.org/en/parents/dengue.html. Accessed on June 26, 2023

Versi Terbaru

05/07/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Muntah Lepas Makan? Anda Mungkin Keracunan Makanan! Ini Punca & Rawatannya

Jumpa Darah Dan Telur Kecil Di Tilam? Ini Tanda Tempat Tidur Anda Banyak Kutu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan