backup og meta

Elak Muncul Kluster Mekah Global, Bakal Jemaah Haji WAJIB Ambil Vaksin Bermula Tahun Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/07/2021

    Elak Muncul Kluster Mekah Global, Bakal Jemaah Haji WAJIB Ambil Vaksin Bermula Tahun Ini

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Bagi mereka yang belum lagi berpeluang menunaikan haji di Mekah, perlu diketahui bahawa anda diwajibkan mengambil vaksin haji sebelum ke sana.

    Terbaharu, Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan bahawa jemaah haji akan datang mesti mengambil vaksin COVID-19 selain vaksin meningitis. 

    [covid_19]

    Kerajaan Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 sebagai salah satu vaksin haji

    Pada awal tahun ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menetapkan syarat baharu bahawa jemaah haji wajib mengambil vaksin COVID-19 sebelum boleh menunaikan haji.

    Malah, permit menunaikan haji tidak akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi jika seseorang itu tidak mendapatkan suntikan COVID-19.

    Penetapan ini akan bermula pada musim haji tahun 2021 bagi mereka yang terpilih untuk menunaikan haji.

    Syarat dan prosedur yang lebih terperinci akan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi kelak.

    Jenis vaksin haji yang perlu diambil oleh jemaah haji

    vaksin meningitis

    Hasil daripada keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi itu menjadikan jumlah vaksin haji yang wajib diambil kepada dua jenis vaksin.

    Vaksin tersebut ialah vaksin COVID-19 dan vaksin meningitis.

    Bagi vaksin meningitis, ia telah diwajibkan kepada jemaah haji bagi mengelakkan penyakit meningitis.

    Meningitis adalah keadaan di mana berlakunya keradangan pada cecair dan juga membran yang berada pada otak dan saraf tunjang.

    Meningitis boleh berpunca daripada jangkitan virus, bakteria atau kulat.

    Sesetengah jangkitan meningitis boleh sembuh seperti biasa, namun ia juga boleh menyebabkan kematian terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi.

    Bagi jemaah haji, vaksin meningitis perlu diambil dalam tempoh tidak melebihi tiga tahun dan tidak kurang 10 hari sebelum bertolak ke Arab Saudi.

    Ini kerana perlindungan atau imuniti yang diberikan melalui vaksin meningitis boleh bertahan selama dua tahun sahaja.

    Selain dua jenis vaksin yang diwajibkan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyarankan kepada bakal jemaah haji untuk mengambil beberapa suntikan vaksin yang lain.

    Antara suntikan vaksin tambahan yang disarankan ialah vaksin influenza dan vaksin pneumokokus.

    Vaksin influenza disyorkan untuk diambil dalam tempoh sebulan sebelum bertolak ke tanah suci.

    Ia adalah satu suntikan yang selamat, namun tidak disarankan untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap telur.

    Suntikan influenza sangat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah asma, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru dan diabetes.

    Suntikan ini boleh memberikan perlindungan daripada flu selama satu tahun.

    Vaksin pneumokokus pula amat disarankan kepada bakal jemaah haji yang berumur 50 tahun dan ke atas.

    Ia juga disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah asma, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru serta diabetes.

    Vaksin ini boleh melindungi jemaah haji daripada jangkitan paru-paru yang teruk dan ia memberikan perlindungan selama lima tahun. 

    Artikel berkaitan: 

    Mengapa jemaah perlu mengambil vaksin-vaksin ini?

    Banyak sebab mengapa kesemua jemaah haji dari seluruh dunia diwajibkan untuk mengambil vaksin COVID-19 dan vaksin meningitis.

    Tatkala pandemik COVID-19 masih belum surut ini, pengambilan vaksin amat diperlukan bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut pada skala yang lebih besar.

    Perlu diketahui bahawa ibadah haji merupakan perhimpunan keagamaan terbesar di dunia dan dihadiri oleh kesemua penganut Islam dari seluruh dunia.

    Sekiranya langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 tidak diambil, ia boleh menjadi hotspot penyebaran COVID-19 ke lokasi lain pula.

    vaksin haji

    Tidak mustahil sekiranya negara yang hanya memiliki jangkitan yang sedikit, boleh mengalami gelombang jangkitan baharu selepas rakyatnya pulang daripada menunaikan haji.

    Oleh itu, vaksin COVID-19 sangat diperlukan pada masa ini.

    Pada tahun ini, berkemungkinan sejenis pasport digital akan digunakan sebagai tanda pengesahan individu yang telah menerima dos suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap.

    Baca juga:

    Begitu juga dengan pengambilan vaksin meningitis, ia ada kaitannya dengan keadaan di Arab Saudi itu sendiri.

    Arab Saudi merupakan lokasi di mana anda mudah terdedah untuk mendapat jangkitan meningitis.

    Apabila ibadah haji bermula, kesemua jemaah haji akan hadir ke Mekah termasuklah penduduk-penduduk dari negara-negara meningitis belt.

    Meningitis belt merujuk kepada kawasan di mana wabak meningitis sering berlaku di kawasan sub-sahara Afrika seperti Ethiopia dan Senegal.

    Oleh sebab itu, untuk menghalang penularan meningitis yang mungkin dibawa pulang oleh jemaah haji, maka vaksin meningitis amat diperlukan kerana ia boleh mencegah penyakit ini sehingga 90%. 

    Kewajipan vaksin haji pada waktu yang tepat 

    vaksin haji

    Keputusan mewajibkan dua jenis vaksin haji berserta saranan beberapa jenis vaksin lain adalah untuk mencegah penularan penyakit.

    Kita tidak mahu jika jemaah haji yang pulang dari Mekah pula yang akan menjadi pencetus kepada gelombang baharu wabak COVID-19 di peringkat global.

    Sememangnya, langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi amat tepat pada masanya sebagai satu langkah pencegahan yang ampuh.

    Selain suntikan vaksin, jemaah haji pada tahun ini juga mungkin akan menunaikan haji dengan norma baharu dengan penjarakan fizikal. 

    [mc4wp_form id=”115319″]

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan