Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Dalam kehangatan isu virus korona dan jangkitan influenza ini, pasti anda semua takut untuk pergi melancong ke negara lain, kan?
Berikut adalah jumlah kes terkini COVID-19 di negara kita:
[covid_19]
Jika ada individu yang berjangkit dalam kapal terbang, alamat habis tersebarlah virus korona kepada semua penumpang. Namun, adakah perkara tersebut benar?
Kebanyakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa telah mula menyaring penumpang bagi mengetahui jika ada individu yang berjangkit. Namun, langkah itu mungkin tidak mencukupi terutamanya jika mereka yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang simptom.
Bayangkan jika anda sedang menaiki pesawat menuju ke London dan penumpang di sebelah anda terbatuk-batuk. Sukar untuk anda menjauhkan diri daripada penumpang tersebut di dalam pesawat yang agak sempit itu.
Alternatif lain adalah untuk memakai topeng muka bagi melindungi diri anda daripada wabak virus korona. Namun begitu, menurut pakar, pemakaian topeng muka tidak dapat melindungi diri anda daripada jangkitan tersebut.
Baca artikel ini jika anda ingin mengetahui selanjutnya.
Bagaimana jangkitan paru-paru merebak?
Walaupun bukan semua individu tahu berkenaan konsep jangkitan paru-paru merebak melalui udara, namun ramai yang memahami etika ketika bersin dan batuk.
Ada yang menutup mulut dengan tangan dan ada juga yang menggunakan lengan sebagai penghadang kepada virus yang mungkin tersembur keluar ketika batuk.
Oleh sebab virus korona baharu yang menular baru-baru ini merebak melalui titisan air di udara, penulis akan menggunakan cara penyebaran itu dalam penjelasan berikutnya.
Sebelum itu, baca fakta mengenai wabak virus korona ini terlebih dahulu:
Apabila seseorang yang ada jangkitan virus ini batuk atau bersin, mereka akan menyemburkan titisan air liur, lendiran hidung dan apa-apa cecair badan yang mengandungi virus.
Jika titisan tersebut terkena individu lain, atau jika mereka tersentuh permukaan yang mempunyai titisan tersebut dan menyentuh muka mereka, risiko untuk mendapat jangkitan adalah tinggi.
Titisan tersebut tidak dipengaruhi oleh aliran udara di sekeliling. Ini bermakna, jika ada angin sekuat mana sekalipun, ia tetap akan jatuh berdekatan dengan individu yang bersin atau batuk.
Menurut Pengarah Perubatan dan Kawalan Jangkitan di Universiti Chicago, Emily Landon, jika kita menggunakan virus influenza sebagai contoh, apabila seseorang itu bersin, individu yang berada pada lingkungan 2 meter dalam tempoh 10 minit berisiko untuk mendapat jangkitan tersebut.
“Masa dan jarak merupakan faktor penting dalam penularan virus tersebut.” ujar Landon.
Selain itu, virus korona juga boleh merebak melalui perkakas yang tercemar dengan virus tersebut (fomit). Tempoh masa virus bertahan pada permukaan barang tersebut bergantung kepada permukaan dan kehadiran lendiran atau air liur.
Ini berikutan virus gemar dengan persekitaran yang lembap. Ia tidak boleh hidup lama jika berada pada permukaan yang kering.
Topeng muka tidak berkesan halang virus korona?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang duduk dalam lingkungan dua baris dengan mereka yang berjangkit, berisiko untuk mendapat jangkitan tersebut.
David Powell, Doktor dan Penasihat Perubatan kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menekankan kepentingan membasuh tangan secara kerap dalam menghindarkan penyebaran virus korona.
Topeng muka yang diguna untuk menghindari penyakit dianggap tidak berkesan untuk menghentikan jangkitan. Ia cuma berkesan apabila dipakai oleh pesakit bagi mengelakkan jangkitan tersebut daripada tersebar kepada individu lain.
Baca juga:
- Topeng Muka N95 atau Surgical Mask & Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus?
- Jangan Ambil Mudah! Pakai Topeng Muka di 3 Lokasi Ini
Walaupun begitu, topeng muka yang dipakai tidak boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama. Lendiran dan air liur yang membasahi topeng tersebut boleh menggalakkan pertumbuhan virus dan bakteria yang boleh meningkatkan komplikasi kepada jangkitan lain.
Bagaimana pula dengan sarung tangan? Adakah ia cara yang berkesan untuk mengelakkan penyebaran jangkitan?
Tidak sama sekali. Ini berikutan sentuhan yang dilakukan oleh mereka yang memakai sarung tangan boleh menjadi ‘pengangkutan’ virus tersebut untuk tersebar ke permukaan yang lain.
Anda juga cenderung untuk mengalami perpeluhan tangan menjadikan ia habitat ideal untuk virus dan bakteria tersebar.
Apa perlu anda lakukan untuk elakkan jangkitan virus korona?
Perkara penting yang perlu anda tahu adalah, risiko untuk mendapat jangkitan virus dalam kapal terbang sangat rendah. Ini berikutan sistem pengudaraannya yang ditapis dan mempunyai kebersihan udara yang hampir sama dengan bilik pembedahan.
Udara yang telah ditapis dijamin 99.97% bebas virus atau partikel lain di dalam udara. Namun, perkara ini tidak bermakna jangkitan virus tidak akan berlaku sama sekali ketika anda berada di dalam pesawat.
Jika topeng muka dan sarung tangan tidak boleh menghindarkan jangkitan, apa langkah yang boleh diambil?
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/
Basuh tangan. Ignaz Semmelweis, Bapa Perubatan Antiseptik Moden pernah mengerahkan pelajar perubatan di hospitalnya untuk membasuh tangan sebelum menguruskan wanita bersalin. Kesannya, kadar kematian menurun.
Konsep ini boleh diguna pakai untuk menguruskan agen (virus atau bakteria) yang boleh tersebar melalui sentuhan. Jika anda bersin, tutup mulut anda menggunakan lengan atau gunakan tisu yang boleh dibuang serta-merta.
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) telah menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun ketika membasuh tangan. Jika tiada, barulah boleh digunakan hand sanitizer yang mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Artikel berkaitan: