Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana untuk mengelakkan anak menyentuh muka terutamanya sebagai langkah mengekang jangkitan COVID-19 ini? Pening kepala memikirkannya? Jangan risau, ada 5 cara boleh dicuba.
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Mengekang jangkitan COVID-19
Tanpa mengira usia, tabiat memegang muka adalah 1 perkara biasa yang dilakukan kebanyakan individu sama ada secara sedar ataupun tidak.
Adakalanya ketika ralit membuat kerja, anda mungkin akan menyentuh wajah tanpa sebab. Sudah tentu ia akan meningkatkan risiko jangkitan kepada diri.
Namun, dalam mengekang jangkitan COVID-19, tabiat memegang muka sebenarnya harus dihentikan kerana ia boleh menjadi punca jangkitan coronavirus tanpa disedari.
Sebagai individu dewasa mungkin anda boleh mencuba untuk mengawal diri daripada melakukan tabiat tersebut. Tetapi bagaimana caranya untuk mengelakkan anak menyentuh muka?
Baca juga:
Perlu ke mengelakkan anak menyentuh muka?
Selain daripada air yang dirembeskan ketika batuk mahupun bersin, wabak coronavirus ini boleh menular melalui sentuhan muka. Ini kerana bahagian mulut dan mata adalah ‘pintu’ bagi virus memasuki badan dengan mudah.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wabak COVID-19, boleh menular daripada individu kepada individu lain, seperti jangkitan pernafasan lain.
Ia menjangkiti apabila individu lain menyedut masuk ke dalam paru-paru cecair pernafasan, wap atau titisan air daripada seseorang yang bersin atau batuk.
Jangkitan juga berlaku apabila anda menyentuh muka seperti mata atau mulut menggunakan tangan setelah memegang permukaan tercemar dengan virus.
Anda sudah nampak bahayanya tabiat memegang wajah, bukan? Jadi adakah cara untuk menghindari anak memegang muka mereka sendiri?
5 cara mengelakkan anak menyentuh muka
- Tegur anak
Ia mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan terutamanya bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada seorang dan dalam masa yang sama perlu melakukan tugasan kerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Tetapi bagi mengekang jangkitan COVID-19, anda perlu berkorban sedikit. Sambil melakukan kerja, sekali sekala cuba perhatikan tingkah laku anak-anak.
Tegurlah mereka jika anda melihat si kecil memegang wajah mereka. Namun, teguran tersebut perlu dengan cara berhemah dan bukan dengan nada yang tinggi.
Anda bukan mahu memarahi mereka, sebaliknya anda sekadar ingin menegur. Jadi pastinya ada perbezaan antara nada suara ketika marah dan memberi teguran, bukan?
https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/
- Memuji anak
Siapa yang tidak suka menerima pujian? Sama ada individu dewasa mahupun kanak-kanak, semuanya menyukai apabila diri dipuji.
Untuk menghentikan sesuatu tabiat, ia bukan sekadar dengan arahan “Jangan buat” atau “Berhenti lakukannya”, tetapi ia lebih daripada itu.
Jadi, sekiranya anda sudah menegur dan anak mendengar teguran tersebut, jangan lokek untuk memuji mereka. Ini menjadikan mereka lebih berwaspada untuk tidak melakukannya.
Lakukan penerangan seperti mana anda memberitahu mereka tentang kepentingan menggunakan tisu dan membuangkannya selepas bersin berbanding bersin di baju. Begitu juga ketika anda mahu mengelakkan anak menyentuh muka.
Baca juga:
- Takut Bawa Pulang COVID-19 Ke Rumah? Ini Cara Bersihkan Diri & Rumah Selepas Balik Beli Barang Dapur
- Duduk Rumah Semasa PKP Tidak Lagi Bosan Jika Lakukan 5 Aktiviti Ini!
- Berikan sesuatu untuk dipegang
Bagi individu dewasa atau kanak-kanak, selalunya tabiat memegang wajah ini berlaku ketika tangan bebas tanpa melakukan apa-apa perkara. Jadi ia secara tidak langsung menimbulkan keinginan untuk menyentuh muka.
Bagi mengatasi masalah ini, mungkin anda boleh memastikan si kecil sentiasa melakukan sesuatu dengan tangannya, seperti melukis dan mewarna atau sekadar leka bermain dengan permainannya.
Helaian rambut yang menutupi wajah juga menyebabkan anak akan memegang wajah. Mungkin anda boleh memastikan rambut anak sentiasa dalam keadaan rapi dan kemas.
Jika tidak berhasil, mungkin anda boleh meminta anak untuk menggunakan tisu sebagai pelapik pada tangan sebelum menyentuh wajah mereka. Walaupun ia tidak dapat menghentikan tabiat memegang muka, namun ia dapat mengekang jangkitan COVID-19.
Sekiranya anda ingin menyuruh anak memakai topeng muka semata-mata untuk tidak mahu mereka memegang wajah, ia adalah 1 perkara yang tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan anak rimas dan lemas dengan pemakaian topeng muka sepanjang hari.
- Jelaskan konsep bakteria dan kuman
Sekiranya usia si kecil 3 tahun dan ke atas, mungkin anda sudah boleh menerangkan tentang konsep bakteria dan kuman serta bagaimana mereka menjangkiti melalui sentuhan di muka.
- Tabiat membasuh tangan
Pada akhirnya, seorang kanak-kanak tetap menjadi kanak-kanak. Elakkan stres atau naik angin jika mereka masih dengan tabiat menyentuh muka mereka sendiri.
Menyentuh muka, memegang pelbagai jenis barang atau memasukkan tangan ke mulut adalah 1 perkara biasa yang dilakukan kanak-kanak.
Jadi seandainya anda tidak boleh menghentikan tabiat tersebut, maka anda perlu mewujudkan 1 tabiat penjagaan kesihatan yang baik untuk mengawalnya. Bagaimana?
Sentiasa galakkan anak untuk membasuh tangan dengan kerap setiap kali sebelum atau selepas melakukan sesuatu.
Anda boleh menyediakan sabun dengan bau yang digemari oleh mereka untuk menggalakkan mencuci tangan.
Sentiasa bersabar
Untuk mengelakkan anak menyentuh muka, ia tidak akan berjaya dengan hanya sekali teguran. Sebaliknya ia memerlukan kesabaran dan konsistensi daripada ibu bapa.
Anda juga boleh menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak seperti melapik tangan dengan tisu sebelum memegang wajah.
Walau apa pun, jangan menengking atau meninggikan suara jika mereka tetap dan masih menyentuh wajah. Ingatkan mereka dengan cara yang baik dan lemah-lembut, okay?
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga: