Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Beberapa bulan yang lalu, rasanya ramai dalam kalangan kita yang menyangka bahawa wabak pandemik COVID-19 sudah berjaya dikawal dengan baik.
Sangkaan ini ternyata meleset kerana sejak kebelakangan ini jumlah kes positif virus korona baharu ini semakin meningkat secara mendadak dengan tiba-tiba.
Di Malaysia, berikut adalah statistik kes sehingga kini:
[covid_19]
Ada yang kata bahawa ia adalah disebabkan sikap acuh tidak acuh kita semua dalam mengamalkan langkah pencegahan dan pengawalan wabak ini.
PKPP hanya pada nama sahaja
Sehingga kini, kita semua sebenarnya masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pun begitu, sedarkah anda bahawa PKPP yang sedang giat berlangsung ini sudah tinggal hanya pada nama sahaja?
Ramai individu kini dilihat sudah bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah tiada wabak yang sedang menular!
Konsep pemakaian topeng muka, pengamalan jarak sosial atau pemeriksaan suhu badan kini hanya dibuat untuk melengkapkan syarat sahaja.
Sebagai contoh, suhu badan manusia perlu diperiksa dengan menggunakan alat seperti termometer dan sebagainya sebelum boleh masuk ke mana-mana tempat.
Apa yang menyedihkan adalah segelintir individu tidak langsung melakukannya atau memeriksa suhu dengan perlakuan yang boleh dianggap ‘main-main’.
Ini adalah satu perkara yang tidak wajar untuk kita semua teruskan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini:
-
5 Lagi Mitos COVID-19 Yang Kita TIDAK Boleh Percaya! #4 Paling Mengarut
-
KARUT! Health Tag Tak Boleh Lindungi Dari COVID-19, Jangan Bazirkan Duit
-
Berkesankah Alat Pembersih Udara (Air Purifier) Dalam Mencegah Coronavirus?
Periksa suhu badan adalah penting!
Pergi ke mana sahaja sekarang, suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu di pintu masuk sebelum dibenarkan mengunjungi sesuatu tempat.
Ini bertujuan memastikan setiap individu yang memasuki sesuatu tempat itu mempunyai suhu badan manusia yang normal yakni sekitar 36 ke 37.5 darjah celcius.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut: