home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pilihan raya semasa musim COVID-19 yang pernah dijalankan di Sabah telah mengajar kita akan kepentingan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung jangkitan.

Penyebaran strain virus baharu telah memperlihatkan impak negatif terhadap corak jangkitan harian yang kini masih mencatatkan ratusan kes sehari (bahkan pernah ribuan kes sehari).

Dalam suasana perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ini, jika kerajaan sekarang mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen, sudah tentu pilihan raya umum (PRU) terpaksa diadakan.

Terbaru, pengumuman kerajaan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi, Sabah tentunya satu keputusan yang wajar dilakukan ekoran lonjakan kes COVID kini.

Persoalannya, adakah jika PRK mahupun PRU diadakan, kes baharu akan mencanak naik? Teruskan pembacaan anda.

Situasi kucing Schrödinger, keadaan bertambah teruk atau sebaliknya, tiada siapa yang tahu

pilihan raya umum

Bukan pilihan raya di Malaysia sahaja yang terkesan daripada wabak virus korona baharu COVID-19.

Lebih 60 negara di seluruh dunia menangguhkan pilihan raya di negara masing-masing semasa COVID.

Namun, terdapat beberapa negara seperti Burundi, Perancis dan Korea Selatan yang masih meneruskan proses pemilihan kerajaan masing-masing.

Setiap daripada negara-negara tersebut telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya jangkitan COVID-19 di antara pengundi dan pemimpin.

Namun, secara realistiknya, penetapan SOP bagi menggalakkan jarak 1 meter di antara pengundi agak mencabar terutamanya jika mereka berhimpun.

Sebagai contoh, Belarus mengalami peningkatan pada jumlah kes baharu kesan daripada perhimpunan protes yang dibuat oleh pengundi yang tidak berpuas hati.

Begitu juga situasinya dengan negara Serbia yang turut mengalami peningkatan kes kesan daripada perhimpunan protes rakyat.

Artikel berkaitan:

Keadaan berbeza bagi negara Korea Selatan yang telah mendapat pujian pakar kesihatan di seluruh dunia atas kecekapan mereka menguruskan wabak.

Selepas pemilihan Presiden diadakan di Korea pada bulan April 2020, tiada kes baharu telah direkodkan berkait dengan pilihan raya tersebut.

Ini kerana pelaksanaan SOP yang ketat kepada setiap pengundi dan pemimpin.

Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) turut melaporkan tiada peningkatan kes di Milwaukee selepas sesi pilihan raya diadakan di Wisconsin.

Walaupun risiko penyebaran boleh dikawal melalui pelaksanaan SOP yang ketat, tapi peristiwa yang bakal berlaku ketika pilihan raya itu sendiri sukar untuk diramal, contohnya jika berlaku perhimpunan protes.

Situasi ini persis eksperimen kucing Schrödinger, kita tidak tahu apa akan berlaku dan kebarangkalian untuk keadaan bertambah teruk atau baik berada pada peratusan 50-50.

Hindarkan situasi yang boleh menjurus kepada pilihan raya umum, namun jika tidak dapat dielakkan…

pilihan raya umum

Pelaksanaan sesi pilihan raya yang selamat semasa sesi COVID-19 sememangnya realistik.

Walau bagaimanapun, badan yang menguruskan sesi pemilihan kerajaan perlu mengambil beberapa langkah untuk membendung penyebaran virus korona baharu.

#1 Pemakaian topeng muka adalah wajib bagi setiap individu (tiada yang berkecuali)

Menurut kajian yang telah diterbitkan oleh International Foundation for Electoral Systems (IFES), pemakaian topeng muka adalah kunci utama dalam membendung penyebaran wabak virus.

Mereka yang tidak memakainya perlu dihalang daripada memasuki kawasan kutipan undi.

#2 Pemeriksaan suhu dan penyediaan tempat mengundi bagi mereka yang demam

Jika kita ingin mencontohi negara Korea Selatan, pemeriksaan suhu perlu diperketatkan di setiap pintu masuk tempat mengundi.

Kemudahan lain seperti hand sanitizer juga boleh menurunkan risiko kebolehjangkitan virus.

Jika pengundi mempunyai simptom demam, pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan tempat khusus untuk golongan tersebut mengundi.

Perkara inilah yang diamalkan di Korea Selatan. Kesannya, hampir 30 juta rakyat turun mengundi dan sifar kes COVID-19 direkodkan berkait dengan pilihan raya tersebut.

Negara seperti Perancis turut menyediakan wakil untuk mengutip undi daripada pesakit COVID-19 yang berada di dalam isolasi.

Anda mungkin berminat:

#3 Penjarakan fizikal, langkah selamat ketika pilihan raya umum

Mongolia dan Serbia telah menetapkan jarak 1 meter di antara pengundi untuk menghindarkan penyebaran virus.

Di Malaysia, kita sendiri sudah mempelajari peristiwa pilihan raya di negeri Sabah yang mengakibatkan kenaikan kes kesan daripada pengabaian SOP penjarakan fizikal.

#4 Nyahjangkit kawasan mengundi dan galakkan pengundi untuk membawa barang peribadi

virus korona baharu

Semasa sesi pilihan raya sedang dijalankan di Poland, tempat mengundi akan dibersihkan dan dinyahjangkit setiap jam selama 10 minit.

Keadaan ini boleh merendahkan risiko penyebaran jangkitan melalui objek (fomit).

Selain itu, para pengundi perlu dinasihatkan untuk membawa pen dan keperluan mengundi sendiri.

Perkongsian barangan boleh menyebabkan virus COVID-19 menerjah masuk ke dalam tubuh individu yang sihat.

Di negara Surname, putik kapas digunakan untuk mewarnai jari pengundi bagi urusan pengambilan cap jari.

#5 Hadkan jumlah pengundi dan galakkan rakyat untuk membuat undi secara pos

Perbanyakkan jumlah tempat undi untuk mengehadkan jumlah pengundi pada satu masa.

Galakkan juga pengundi datang awal dan panjangkan masa pengundian, atau undian juga boleh dibuat secara pos.

#6 Perketatkan SOP pilihan raya untuk halang penyebaran virus korona baharu

Seperti apa yang dinyatakan oleh pakar, sekiranya pilihan raya umum terpaksa dilaksanakan, SOP perlulah lebih ketat:

  1. Tidak dibenarkan untuk merentas daerah.
  2. Tidak dibenarkan untuk merentas sempadan.
  3. Pengundi tidak boleh balik kampung.
  4. Segala bentuk perhimpunan perlu diharamkan.
  5. Lawatan rumah ke rumah tidak boleh dibuat.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya pembubaran parlimen tidak dibuat dalam masa terdekat.

Ia bukan sahaja boleh meningkatkan risiko jangkitan dalam kalangan rakyat, malah kematian semakin hari semakin meningkat.

Sekiranya anda mempunyai simptom COVID-19, sila telefon pusat kesihatan berdekatan untuk mengetahui protokol rawatan dan kemasukan yang terkini.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. How Countries Are Holding Elections During the COVID-19 Pandemic. (https://www.cfr.org/backgrounder/how-countries-are-holding-elections-during-covid-19-pandemic). Diakses pada 11 November 2020.
  2. Tips for Voters to Reduce Spread of COVID-19. (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/going-out/voting-tips.html). Diakses pada 11 November 2020.
  3. Featured Elections Held and Mitigating Measures Taken During COVID-19. (https://www.ifes.org/sites/default/files/elections_held_and_mitigating_measures_taken_during_covid-19.pdf). Diakses pada 11 November 2020.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 19/11/2020
x