Pada 17 Mei 2020, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah menarik balik arahan tersebut.
Ia hanya akan memburukkan lagi situasi penularan COVID-19

Meskipun pihak berkuasa Malaysia telah memberi kebenaran untuk orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing pada waktu kritikal ini, namun ia adalah tindakan yang tidak wajar untuk kita semua lakukan.
Ini kerana pergerakan atau perhimpunan secara beramai-ramai hanya akan memburukkan lagi situasi penularan virus korona di Malaysia. Ia tidak seharusnya terjadi dan sesuatu perlu dilakukan untuk membendungnya.
Artikel berkaitan:
Menurut seorang ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, pergerakan dan perhimpunan secara beramai-ramai mesti dielakkan.
“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan”, jelas beliau lagi.
Rakyat Malaysia, tolong hadkan pergerakan anda!

Pun begitu, segala perintah atau nasihat yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak ini seolah-olah tidak memberi kesedaran kepada orang ramai yang dilihat masih lagi berdegil!
Masih ramai individu yang membanjiri jalan raya atau pasar raya untuk memborong semua bekalan barangan mentah sehingga menghabiskan stok tanpa menghiraukan orang lain.
Tidak kurang juga individu yang mengambil kesempatan untuk melancong ke luar negara hanya kerana tiket penerbangan yang murah tanpa memikirkan bahaya yang menanti.

Kedegilan inilah yang akan membuat risiko penularan wabak COVID-19 ini menjadi lebih teruk. Sewajarnya, kita semua haruslah menghormati, mematuhi dan mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan baik agar pandemik yang sedang dialami oleh satu dunia ini dapat dikawal dengan segera.
Antara perkara yang mesti kita buat adalah kuarantin diri di dalam rumah meskipun anda tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala. Ikuti langkah yang telah diperakui oleh Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) ini:
- Elakkan sentuhan dengan orang lain atau haiwan peliharaan
- Bersihkan segala perabot dan barangan yang terdapat di dalam rumah
- Amalkan rutin mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer
- Hindarkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain
- Hubungi pihak hospital sekiranya anda mengesyaki diri telah dijangkiti
Akhir kata, penulis ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kes penularan COVID-19 ini. Ayuhlah kita sama-sama mengelak, mencegah dan melawan pandemik ini daripada terus berleluasa!
Tip Menjaga Social Distancing di rumah
Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.
Posted by Hello Doktor on Friday, March 27, 2020
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Baca juga: