Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Konsep makanan buffet (bufet) sememangnya popular dan pada kebanyakan masa dianggap jimat bagi mereka yang suka akan kebebasan dalam pemakanan.
Tempoh masa yang panjang, tiada had pengambilan makanan dan cuma perlu dibayar pada satu harga; ketiga-tiga kebaikan ini menjadikan ia satu pakej makanan yang ideal buat mana-mana individu.
Walau bagaimanapun, jika dilihat pada perspektif kesihatan, konsep makanan buffet tidaklah begitu sihat jika tidak diambil pada kadar yang betul.
Kebanyakan individu cenderung untuk mencuba setiap makanan yang disediakan dan ini bercanggah dengan konsep pinggan sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Apa yang lebih membimbangkan lagi, semenjak dunia dilanda wabak virus korona baharu (COVID-19), konsep makanan bufet boleh menjadi punca penyebaran virus.
Nak tahu bagaimana? Teruskan membaca.
Kadar jangkitan terkini di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Trend tempahan makanan semasa norma baharu kehidupan tewaskan konsep makanan bufet
Jika dilihat pada trend tempahan makanan sekarang, ramai orang lebih suka order makanan online.
Aplikasi telefon seperti Grab, Foodpanda dan sebagainya memudahkan urusan tempahan makanan.
Restoran yang ingin membuka kembali konsep makanan bufet perlu mengambil kira faktor lain seperti had masa (tengah hari, malam), bajet penyediaan makanan dan berapa ramai jumlah pelanggan pada slot masa tertentu.
Jika tidak difikirkan secara teliti, pemilik restoran berisiko untuk mengalami kerugian dan menyebarkan jangkitan COVID-19.
Restoran yang masih ingin menyediakan makanan menggunakan konsep buffet perlu membuat perubahan.
Pengambilan lauk tidak wajar dibuat oleh pelanggan memandangkan sentuhan oleh tangan tercemar boleh menyebabkan senduk/sudu yang digunakan turut dicemari kuman.
Anda mungkin berminat:
Virus yang melekat pada perkakas makanan boleh menjadi agen penyebar senyap.
Ramai individu akan berisiko untuk mendapat jangkitan sekiranya amalan cuci tangan tidak diamalkan secara kerap.
Dalam situasi sebegitu, adalah lebih sesuai jika pekerja restoran tersebut yang memberikan makanan kepada pelanggan.
Namun, terdapat restoran yang mempunyai masalah kekurangan staf.
Ini merupakan satu dilema yang dihadapi terutamanya bagi pemilik restoran yang menyediakan servis makanan berkonsepkan bufet.
Sama seperti dahulu, makanan buffet bukanlah gaya pemakanan sihat
Konsep pemakanan pinggan sihat Malaysia telah dicipta bagi memenuhi keperluan kalori harian bagi setiap individu.
Ia merupakan satu cara yang boleh membantu individu mengawal pengambilan kalori bagi mendapatkan jisim berat badan ideal.
Apabila berbicara berkenaan dengan konsep makanan buffet, bukan semua menepati kriteria pemakanan sihat.
Terdapat dua jenis servis bufet, satu yang mementingkan aspek kualiti, dan yang satu lagi mementingkan aspek kuantiti.
Kebanyakan individu tertarik dengan makanan buffet yang disediakan pada kuantiti yang banyak dan harga yang murah.
Akibatnya, jumlah pengambilan kalori kebiasaannya lebih daripada apa yang disarankan oleh pakar.
Anda mungkin berminat:
Siapa tidak mahu mencuba pelbagai jenis makanan yang terhidang. Jika kenyang, rehat sekejap dan makan lagi.
Itu belum kira berapa banyak makanan bergula yang diambil dan keseimbangan nutrisi makro yang masuk ke dalam sistem pencernaan badan.
Bufet yang lebih menekankan aspek kualiti pula jauh lebih mahal berbanding dengan pelan bufet lain.
Kadangkala, apa yang diambil seakan-akan tidak setimpal dengan harga yang dibayar. Kesannya, tidak ramai yang mahu melaburkan duit mereka ke arah makanan yang lebih sedap.
Namun, tidak mustahil untuk pengusaha restoran menyediakan makanan berkualiti pada harga yang lebih murah.
Pun begitu, tidak ramai yang berbuat demikian memandangkan kos bahan mentah adalah lebih tinggi.
Fokus orang awam beralih daripada makanan bufet
Sepanjang musim pandemik berlangsung, minat orang awam telah beralih kepada konsep tempahan makanan segera.
Bukan itu sahaja, malah menurut pengasas dan ketua pegawai eksekutif Food Service Result, Darren Tristano, prestasi servis makanan bufet menurun untuk tempoh 20 tahun.
Ini berikutan masalah yang dialami melibatkan skala yang lebih besar pada satu masa.
Sebagai contoh, jika berlaku pencemaran bakteria pada satu makanan, kesemua individu yang mengambil makanan tersebut berisiko mengalami keracunan makanan.
Berbeza dengan konsep makanan segera atau tempahan makanan peribadi.
Makanan yang ditempah akan disediakan berlainan dengan pelanggan lain.
Walaupun servis makanan buffet tidak semestinya berakhir dalam menempuh norma baharu, tapi bilangan servis akan berkurangan.
Terdapat perniagaan bufet yang mengalami kerugian secara konsisten memandangkan ramai yang berpendapat makan di rumah adalah lebih selamat.
Konklusi
Restoran yang ingin menyediakan servis yang berkonsepkan makanan bufet perlu menyediakan protokol khas seiring dengan saranan semasa daripada pihak kerajaan.
Jika anda ingin membawa keluarga untuk makan di restoran bufet, pastikan anda kerap membasuh tangan dan kekalkan jarak 2 meter di antara meja.
Pengusaha restoran juga perlu menimbang tara risiko jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa.
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus