
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
New Zealand sudah bebas wabak COVID-19!
Itu merupakan salah satu topik yang menjadi perbualan hangat di kaca mata dunia.
Negara burung kiwi itu kini hanya mempunyai 1 kes aktif dan sifar kes baharu untuk 7 hari berturut-turut.
Graf jangkitan New Zealand telah memperlihatkan kes aktif turun dengan mendadak dan kes sembuh meningkat ke puncak data.
Ia merupakan satu petanda baik dan telah menggalakkan kerajaan New Zealand untuk melakukan penstrukturan baharu bagi membuka kembali ekonomi negara.
Setakat ini, jumlah kes positif dunia hampir mencecah angka 6 juta dan rekod kes positif di Malaysia adalah seperti berikut:
293,698
9,196
1,100
Ekoran kes terkini, New Zealand bagi kebenaran berkumpul 100 orang
Ekoran daripada rekod baik kes COVID-19 di New Zealand, kerajaan negara tersebut telah meningkatkan had jumlah bagi aktiviti berkumpulan kepada 100 orang.
Ia merupakan satu-satunya negara buat masa sekarang dengan had kebenaran berkumpul maksimum tertinggi di dunia.
Namun begitu, aktiviti yang memerlukan jumlah peserta melebihi angka 100 masih lagi tidak dibenarkan.
Walaupun New Zealand mengisytiharkan hanya 1 kes aktif yang sedang dipantau, ia tidak memberikan gambaran sebenar berkenaan dengan jangkitan COVID-19.
Majoriti individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh menyebarkannya kepada individu lain.
Norma baharu yang perlu dipraktikkan sepanjang musim COVID-19 seperti pemeriksaan suhu, amalan cuci tangan dan sebagainya masih perlu diteruskan.
Tanpa vaksin dan ubat antiviral yang disahkan berkesan, kita masih lagi berisiko untuk alami jangkitan COVID-19.
Anda mungkin berminat:
- Ambil Pengajaran 3 Rahsia Taiwan, New Zealand & Korea Selatan Tangani COVID-19, Kita Juga Boleh!
- Kisah Menarik Di Sebalik Kes Import COVID-19 Di Malaysia, Dan Bagaimana Reaksi Virus Pada Sistem Badan
Sifar kes terkini beri semangat kepada negara lain untuk contohi New Zealand
Semenjak pertengahan bulan Mac, New Zealand telah meningkatkan usaha mengesan pelancong asing untuk dikuarantinkan.
Tindakan tersebut diambil bagi menghalang penularan virus dalam kalangan penduduk tempatan.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern tidak putus-putus memberikan pendidikan dibantu oleh pakar perubatan bagi menggalakkan rakyat untuk mematuhi etika semasa wabak pandemik menular.
Jumlah kes terkini merupakan bukti bahawa, bukan sahaja usaha beliau berhasil, malah tidak mustahil buat mana-mana negara untuk mengikuti jejak langkah mereka.
Tumpuan kini diberikan kepada usaha untuk menghapuskan jangkitan COVID-19 secara total dari negara burung kiwi tersebut.
New Zealand juga telah membenarkan kebanyakan sektor perniagaan untuk kembali beroperasi.
Setakat 29 Mei 2020, negara tersebut telah mencatatkan 1,504 kes positif dengan 22 kematian.
Pujian turut diberikan kepada negara Asia yang lain yang mempunyai bilangan kes terkini rendah
Masih ingatkah anda, Korea Selatan pernah dianggap sebagai pusat jangkitan pada hujung bulan Februari?
Kini jumlah kes baharu yang direkodkan setiap hari hanyalah beberapa dozen berbanding dengan 750 kes pada awal bulan Mac.
Malaysia juga sedang mencatatkan penurunan mendadak ekoran keberkesanan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac.
Jangkitan yang ada kebanyakannya berlaku dalam kalangan warga asing dan perkara ini tidak mustahil untuk dibendung.
Malahan, tindakan negara Asia yang lain seperti Hong Kong, Taiwan dan Vietnam dengan tidak membenarkan kemasukan pelancong asing telah memberikan ruang bernafas sedikit sebanyak kepada kakitangan kesihatan di negara tersebut.
Malangnya, semasa kita sedang menyaksikan pemulihan kes aktif, negara seperti Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia masih lagi bergelut dengan jumlah kes baharu yang banyak.
Konklusi
Walaupun kita masih tidak mempunyai vaksin dan ubat antiviral, kejayaan negara yang sedang pulih daripada wabak COVID-19 sememangnya menakjubkan.
Tidak mustahil jika tren gaya hidup ini diteruskan, lebih ramai pesakit COVID-19 yang akan sembuh berbanding dengan jumlah kes baharu yang timbul.
Bersama kita harapkan Malaysia pulih dengan kes terkini yang rendah. Atau sifar!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.