backup og meta

Risau Dijangkiti COVID-19 Kalau Makan Ayam, Lembu? Ini FAKTA Yang Perlu Anda Tahu!

Risau Dijangkiti COVID-19 Kalau Makan Ayam, Lembu? Ini FAKTA Yang Perlu Anda Tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Hari-hari makan lauk ikan…tapi boleh ke makan daging dan juga ayam? Tidak ada risiko bahaya ke? Entah-entah haiwan ternakan itu dijangkiti virus COVID-19? Risaulah pula.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

[covid_19]

Haiwan ternakan berisiko dijangkiti?

Apabila virus COVID-19 disahkan sebagai pandemik, pastinya keadaan seperti ini boleh mendatangkan kerisauan kepada semua individu

Persoalan tentang siapa yang berisiko dijangkiti pastinya sering bermain di fikiran. Golongan yang lebih berusia, mempunyai imun yang lemah, lelaki serta perokok dikatakan sebagai kelompok berisiko. Bagaimana pula dengan binatang seperti haiwan ternakan?

Adakah haiwan yang diternak berisiko untuk dijangkiti dan sekali gus meningkatkan kemungkinan untuk menjangkiti individu yang memakannya? Alamak, sudahlah setiap hari masak hidangan lauk ayam dan daging. Takutnya!

Baca juga:

Haiwan ternakan dan risiko virus COVID-19

Eh…usah terlalu risau. Walaupun manusia terdedah kepada jangkitan virus COVID-19, namun berita baiknya haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing tidak berdepan risiko untuk dijangkiti wabak ini.

Menurut Pengarah Pusat Keselamatan Makanan dan Kesihatan Awam di Iowa State University, Jim Roth, coronavirus seperti sejenis virus yang gemar berpindah daripada spesies haiwan kepada manusia. Ia bermutasi menjadi virus yang menjangkiti kebanyakan manusia

Jim yang juga merupakan Profesor Mikrobiologi Veterinar dan Perubatan Pencegahan menjelaskan, jika binatang ternakan mendapat jangkitan virus COVID-19 dan menjadi sakit, pastinya kita akan mengetahui tentang perkara tersebut melalui negara lain yang terkesan dengan wabak ini.

“Virus COVID-19 dilihat sebagai 1 spesies virus yang sangat spesifik kepada manusia,” ujar Jim.

takut nak makan ayam dan lembu risau dijangkiti covid-19

Pada ketika ini, penyelidik sedang mengkaji kemungkinan haiwan yang diternak mungkin terdedah kepada peratusan kecil risiko jangkitan atau menjadi pembawa virus corona. Tetapi ia masih terlalu awal untuk disahkan buat masa ini.

“Sudah tentu % risiko jangkitan yang rendah kepada binatang ternakan seperti ayam, lembu dan kambing adalah berita baik kepada pengeluar ternakan, pembekal dan juga pengguna di Amerika Syarikat serta seluruh dunia.

Sekurang-kurangnya, berita ini boleh memberikan 1 kelegaan dalam ketidakpastian mengenai coronavirus yang telah membataskan banyak kegiatan harian setiap individu,” kata Jim.

Baca juga:

  • Individu Dengan Virus Corona Boleh Sebarkannya Walaupun Masih Tiada Simptom!
  • Saintis Mengatakan Daging Ular Punca Virus Korona Tersebar?

Walau bagaimanapun, Jim turut memberitahu penularan wabak COVID-19 mungkin akan mengganggu bekalan makanan di Amerika Syarikat. Ini berikutan kekurangan tenaga kerja bagi industri pembungkusan daging. 

“Prosedur pembungkusan daging, pemprosesan dan pengedaran berlaku sepanjang masa dan daging segar mempunyai jangka hayat terhad. Jika kebanyakan pekerja terpaksa berada di rumah, maka kekurangan tenaga kerja akan melambatkan operasi di kilang,” jelas Jim.

Di sebalik semua itu, Jim menegaskan setakat ini, semua penyelidikan dan kajian yang dilakukan, menunjukkan daging, susu dan telur adalah sumber makanan yang selamat untuk diambil.

Risiko virus COVID-19 kepada manusia

Sesetengah coronavirus yang menjangkiti haiwan boleh menjadi ancaman jangkitan kepada manusia dan tersebar di antara individu, tetapi ia sesuatu yang jarang untuk berlaku. 

Sindrom pernafasan akut kronik (SARS) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) adalah contoh penyakit yang disebabkan virus corona yang berasal dari haiwan dan merebak kepada manusia.

Ini yang disyaki berlaku dengan virus punca pandemik wabak COVID-19 pada masa kini. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masih belum dapat dikenal pasti sumber sebenar virus COVID-19.

Buat masa ini, masih tidak ada bukti menunjukkan haiwan peliharaan dan haiwan ternakan boleh menyebarkan COVID-19 atau menjadi sumber jangkitan virus tersebut. 

Risiko jangkitan kepada haiwan ternakan & peliharaan

haiwan-ternakan-mungkin-dijangkiti-virus-COVID-19

Jika anda mengalami sebarang simptom tidak sihat dan gejala COVID-19, atau disahkan positif, anda harus mengehadkan kontak dengan haiwan peliharaan atau sebarang haiwan lain, sama seperti mengehadkan kontak dengan manusia.

Sangat disarankan untuk individu yang bergejala COVID-19 untuk mengehadkan kontak sehingga maklumat lanjut mengenai virus ini diperolehi. Ini bagi memastikan tahap keselamatan bagi anda sebagai manusia dan kepada haiwan dapat dijaga.

Jika anda tetap perlu menjaga haiwan peliharaan atau berada bersama haiwan ketika anda tidak sihat, pastikan anda membasuh tangan sebelum dan selepas kontak dengan haiwan. 

[mc4wp_form id=’115319″]

Kekal selamat bersama haiwan

Walaupun masih tidak terdapat sebarang bukti menunjukkan bahawa binatang, termasuk haiwan peliharaan, haiwan ternakan mahupun hidupan liar sebagai punca COVID-19. Tetapi sebaiknya langkah berwaspada perlu diambil.

Ini kerana setiap binatang boleh membawa kuman dan bakteria yang menyebabkan manusia untuk sakit. Oleh itu,anda disarankan untuk mempraktikkan penjagaan kesihatan diri yang baik.

  • Pastikan anda membasuh tangan selepas memegang haiwan, makanan atau menguruskan najis haiwan
  • Amalkan penjagaan kebersihan bagi haiwan peliharaan yang baik
  • Bawa haiwan peliharaan untuk pemeriksaan berkala dengan pakar veterinar dan dapatkan rundingan daripada mereka jika terdapat persoalan mengenai tahap kesihatan haiwan peliharaan anda

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/115200726587889/

Baca juga:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=229388 / Accessed on Mac 30, 2020

https://www.usnews.com/news/health-news/articles/2020-03-26/livestock-poultry-safe-from-coronavirus-expert / Accessed on Mac 30, 2020

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/animals.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fcoronavirus%2F2019-ncov%2Fprepare%2Fanimals.html / Accessed on Mac 30, 2020

https://www.drugs.com/news/livestock-poultry-safe-coronavirus-expert-89201.html / Accessed on Mac 30, 2020

https://www.elanco.com/coronavirus / Accessed on Mac 30, 2020

Versi Terbaru

20/04/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/04/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan