backup og meta

TIDAK SERIK! Daging Kelawar Masih Dijual Di Pasar Sulawesi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/04/2020

    TIDAK SERIK! Daging Kelawar Masih Dijual Di Pasar Sulawesi

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Pada pendapat pembaca, haiwan manakah yang menyebabkan tularnya virus novel korona (COVID-19)? Daging ular atau daging kelawar?

    Walaupun tidak dinafikan bahawa persengketaan saintis berkenaan dengan isu ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan, namun mereka yang mengambil makanan eksotik mudah untuk mendapat jangkitan COVID-19.

    Isu pemakanan tersebut dianggap serius memandangkan sentuhan secara langsung dengan virus yang terkandung di dalam haiwan eksotik boleh menyebabkan jangkitan parah. 

    Ini adalah statistik terkini wabak COVID-19 di Malaysia:

    [covid_19]

    Jika anda seorang yang gemarkan makanan eksotik, pasti anda tidak bersetuju. Kalau begitu, teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Ular atau kelawar? Siapa dalang di sebalik wabak virus novel korona

    daging kelawar, virus novel

    Penyebaran agen wabak daripada kelawar kepada manusia bukanlah satu model jangkitan yang mudah difahami.

    Untuk makluman pembaca, kelawar merupakan perumah kepada pelbagai jenis virus berbahaya, termasuklah virus novel korona.

    Berikut adalah apa yang kalian perlu tahu mengenai virus korona baharu ini:

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    Sistem pertahanan badannya yang kuat ditambah pula dengan kebolehan maklumat genetiknya untuk mengalami proses mutasi bagi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa menjadikan ia mamalia terbang yang digeruni.

    Pihak berkuasa China sudah lama tahu bahawa kelawar dihuni oleh semua subjenis virus korona termasuklah SARS-CoV dan MERS-CoV. Pada tahun 2013, penangkapan spesies kelawar yang tinggal di dalam gua terpencil di wilayah Yunnan menunjukkan ia mempunyai virus korona yang mempunyai maklumat genetik yang hampir sama dengan novel coronavirus.

    Gua tersebut terletak di lokasi terpencil. Ia cuma ditemui apabila pihak berkuasa China giat menjejaki punca wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada tahun 2003. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kelawar merupakan punca kepada pelbagai jenis virus bahaya.

    Namun, adakah daging kelawar yang menyebabkan terjadinya wabak pandemik ini? Mungkin ya, tetapi apa yang anda perlu tahu adalah pasar borong yang dianggap sebagai lokasi punca wabak ini berlaku tidak menjual kelawar dalam kuantiti yang banyak.

    Kebanyakan haiwan liar yang dijual adalah ular, tenggiling, keldai dan tikus landak. Jika virus tersebut tersebar kepada manusia melalui haiwan di lokasi ini, maka perumah kedua mungkin di antara haiwan-haiwan yang dinyatakan.

    Pengetahuan berkenaan dengan punca virus korona baharu ini dapat memberikan gambaran kepada saintis untuk membuat perancangan lebih awal sekiranya ia berlaku lagi pada masa akan datang.

    Halangan pencarian perumah kedua bagi virus novel korona

    pasar wuhan

    Walaupun virus novel korona boleh berasal daripada kelawar seperti yang telah dijumpai oleh pihak berkuasa China pada tahun 2013, berdasarkan kepada pemerhatian terhadap pasar yang terletak di kota Wuhan, ia mungkin bukan punca utama.

    Dalam usaha untuk mencari sumber kepada pembiakan dan penyebaran virus, saintis telah menganalisis 585 sampel haiwan daripada kedai-kedai di pasar tersebut. 33 daripadanya memberikan keputusan positif dan majoriti melibatkan haiwan liar.

    Jika anda sangkakan punca boleh dikesan daripada 33 haiwan yang positif virus novel korona, ia tidak semudah itu.

    Ini berikutan analisis tersebut hanya dilakukan selepas pasar tersebut ditutup pada 1 Januari 2020. Pada waktu tersebut proses pembersihan dan pembasmian kuman telah dijalankan oleh pihak berkuasa.

    Dengan mudahnya, kita boleh anggap, pada asalnya, jumlah sampel haiwan yang positif boleh melebihi 33. Dapatan analisis yang dilakukan tidak setepat seperti apa yang saintis inginkan.

    Lebih teruk lagi, sebahagian daripada individu yang dijangkiti awal oleh virus novel korona tidak mempunyai kaitan langsung dengan pasar tersebut.

    Anda mungkin berminat:

    Ini menunjukkan penyebaran virus berpotensi untuk bermula dari lokasi lain. Memandangkan waktu inkubasi masih menjadi persoalan utama, mereka yang terjangkit boleh juga menghadiri pasar tersebut selepas terjangkit dan menunjukkan simptom di kemudian hari

    Suspek utama di sebalik wabak virus novel korona masih daging kelawar

    kelawar

    Ular dan tenggiling merupakan dua haiwan eksotik yang masih menjadi tumpuan para saintis dalam mengesan punca virus novel korona. 

    Kedua-duanya merupakan perumah kepada virus yang mempunyai maklumat genetik yang hampir sama dengan virus yang menular dalam kalangan manusia. Virus tersebut boleh mengalami mutasi dan merentas penghalang di antara haiwan dan manusia, menyebabkan jangkitan di antara spesies yang berbeza.

    Ini adalah beberapa fakta & mitos mengenai COVID-19:

    kebersihan_rumah

    Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Oleh sebab itulah manusia cepat menunding jari kepada haiwan. SARS yang berasal daripada kelawar disebarkan melalui perumah kedua, musang civet, sementara MERS disebarkan melalui unta dan influenza A (H1N1) boleh tersebar melalui babi.

    Walau bagaimanapun, saintis tidak menafikan, ia bermula daripada sumber yang sama seperti kelawar. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penduduk di Manado, Sulawesi apabila mereka mendapati bahawa pasar tempatan masih menjual kelawar dalam huru-hara wabak virus novel korona.

    Ia mendapat permintaan tinggi di sana dan kebanyakan penduduk tempatan memang gemarkan daging kelawar yang turut dikenali sebagai paniki. Mereka bagaikan tidak belajar daripada apa yang telah dipertontonkan oleh China kepada negara di seluruh dunia.

    Namun, bagi menyokong gerakan badan kesihatan global, pada 15 Februari 2020, kerajaan Indonesia telah mengarahkan penutupan sementara pasar tersebut. Keputusan ini dibuat apabila seorang warga China yang bercuti di Bali telah disahkan positif selepas seminggu pulang dari negara itu (5 Februari 2020).

    Artikel berkaitan:

    https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/elak-wabak-virus-korona/

    Kenderaan yang membawa bekalan haiwan tersebut juga akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada jualan haram yang akan dibuat.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Konklusi

    Pengambilan makanan haiwan liar yang dianggap sebagai sumber utama, menjadi pencetus kepada berlakunya wabak ini. Walaupun pengharaman pengambilan makanan tersebut boleh menyelesaikan masalah, namun ia dilihat sebagai jalan penyelesaian yang tidak relevan.

    Jika diharamkan, lebih ramai individu yang akan terlibat dengan aktiviti jual beli haram haiwan eksotik. Menurut pakar apa yang perlu diperketatkan adalah undang-undang terhadap kebersihan pasar basah di Wuhan.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca:

    • Virus Korona Boleh Tersebar Dalam Jarak 2 Meter – Betul Ke?

  • Betul Ke Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus Korona Baharu?

  • Ini Bagaimana Rakyat China Kena ‘Pulau’ Di Seluruh Dunia Kerana Wabak Virus Korona

  • MENGEJUTKAN! Alkohol & Suhu Tinggi Boleh Bunuh Virus Korona Baharu?

  • 5 Cabaran Yang Seluruh Dunia Terpaksa Tempuh Kerana Wabak Virus Korona

  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 08/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan