Kes Zika Telah Dikenal Pasti Di Perak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Berdasarkan notifikasi peyakit yang diterima sabtu lalu (13 Oktober 2019), seorang lelaki berusia 30 tahun telah disahkan menghidap jangkitan virus Zika. Ini merupakan kes zika di Malaysia yang pertama sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu.

Kes zika yang ke-9

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setelah 4 tahun berada pada jumlah keseluruhan 8 kes (sejak tahun 2016), insiden kali ini meningkatkan bilangan tersebut kepada 9 kes. Pengesahan dibuat setelah ujian yang dilakukan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sampel yang diperolehi daripada pesakit disahkan positif zika.

Pesakit tersebut yang merupakan seorang lelaki berasal dari Perak, mula mengalami gejala muntah dan cirit – birit pada 26 September yang lalu. Keesokan harinya, dia dimasukkan ke hospital sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 September. Walau bagaimanapun, pesakit tersebut disahkan stabil dan masih menerima rawatan.

Mengambil langkah berjaga-jaga

Apabila jangkitan ini mula menular di negara Brazil pada tahun 2015, negara-negara tropika yang lain seperti Malaysia mula berada di paras berjaga-jaga. Ini kerana nyamuk aedes aegypti, vektor utama untuk virus denggi di negara kita, adalah vektor sama untuk penyebaran virus zika. Untuk tujuan itu, langkah pencegahan yang sama untuk demam denggi adalah penting untuk pencegahan virus zika. 

Tindakan kawalan sudah mula dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Aktiviti yang dijalankan oleh PKD termasuklah pemeriksaan tempat pembiakan aedes, larvasiding untuk membunuh jentik-jentik, pengeluaran notis di bawah Seksyen 8 bagi membersihkan tempat pembiakan berisiko dan semburan ruang termal.

Kebanyakan orang yang dijangkiti tidak mempunyai apa-apa simptom. Bagi mereka yang mengalami simptom pula, anda dinasihakan untuk segera berjumpa dengan doktor. Diagnosis awal dapat mempercepatkan pemulaan rawatan dan mencegah komplikasi yang tidak diingini. Simptom-simptom yang lazim dilihat dalam kes zika termasuklah: 

  • Deman
  • Ruam kulit
  • Sakit badan
  • Sakit sendi
  • Sendi membengkak
  • Kemarahan mata (konjunktivitis)

Simptom-simptom di atas boleh berlanjutan selama 2 hingga 7 hari.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Ibu yang sedang menyusu badan, perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang jenis ubat. Bagaimana dengan paracetamol ketika sedang demam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Statistik penyakit demam denggi mengalami peningkatan setinggi 8% seminggu sepanjang bulan Mei 2020. Bagaimana cara hindarkannya sepanjang tempoh pkpp?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Ketika pandemik COVID-19 ini, penyakit lain juga perlu diberi perhatian. Jom baca artikel ini untuk tahu cara cegah malaria yang efektif!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerap buang air kecil

    Sudah Berapa Kali Anda Buang Air Kecil Hari Ini? Kalau Terlebih Ini Mungkin Tanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    cara menghilangkan sawan

    Bimbang Anak Tiba-Tiba Kena Sawan Demam, Ketahui Tindakan Yang Boleh Anda Buat

    Ditulis oleh Dr. Wazir Aiman
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu flu

    Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    flu adalah

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan