Kanak-kanak yang Tinggal Berhampiran Jalan Utama Berisiko Mengalami Kelewatan Perkembangan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan jalan utama adalah dua kali ganda untuk mendapat skor yang rendah dalam ujian-ujian kemahiran komunikasi, berbanding mereka yang tinggal lebih jauh daripada jalan utama, menurut analisis oleh para penyelidik di National Institutes of Health dan University of California, Merced. Tambahan lagi, kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita yang terdedah kepada paras pencemar yang berkaitan dengan lalu lintas yang lebih tinggi daripada biasa semasa hamil, iaitu zarah-zarah udara ultra-halus dan ozon, mempunyai kemungkinan kelewatan perkembangan yang kecil tetapi jauh lebih tinggi semasa mereka masih bayi dan di awal zaman kanak-kanak. Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Environmental Research.

Menurut Pauline Mendola, seorang penyiasat di Division of Intramural Population Health Research, Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development (NICHD) yang juga pengarang senior penyelidikan ini menyatakan, penemuan kajian ini mencadangkan agar meminimumkan pendedahan kanak-kanak dan wanita hamil kepada pencemaran udara semasa kehamilan, peringkat bayi dan peringkat kanak-kanak yang mana kesemuanya merupakan tempoh utama untuk perkembangan otak.

Kajian terdahulu mengaitkan pendedahan kepada pencemar udara biasa semasa kehamilan dengan kekurangan berat bayi semasa dilahirkan, kelahiran pramatang dan kelahiran mati. Beberapa kajian telah menemui risiko autisme yang lebih tinggi dan fungsi kognitif yang lebih rendah pada kanak-kanak yang tinggal berhampiran jalan raya, tetapi hasil kajian tentang bagaimana pendedahan pranatal dan zaman awal kanak-kanak terhadap pencemaran udara yang mungkin menjejaskan pembangunan, masih tidak konsisten.

Memandangkan sebahagian besar populasi di Amerika Syarikat tinggal berdekatan dengan jalan raya utama, yang merupakan punca utama pencemaran udara, para penyelidik berusaha untuk menentukan sama ada tinggal berdekatan jalan raya yang banyak dilalui dikaitkan dengan skor yang lebih rendah pada analisis perkembangan melalui soal selidik atau senarai semak yang menunjukkan sama ada seorang kanak-kanak sedang berkembang secara normal atau perlu dirujuk kepada pakar untuk ujian lanjut.

Para penyelidik menganalisis data daripada Upstate KIDS Study. Mereka memadankan alamat 5,825 peserta kajian ke set data jalan raya, mengira jarak setiap alamat ke jalan utama yang terdekat. Bagi setiap peserta, mereka memadankan alamat rumah, alamat ibu semasa mengandung, dan alamat tempat penjagaan kanak-kanak kepada data Agensi Perlindungan Alam Sekitar yang ditetapkan untuk menganggarkan tahap pencemaran udara. Bermula daripada umur 8 bulan hingga 36 bulan, kanak-kanak itu disaring bagi setiap 4 hingga 6 bulan dengan Soal Selidik Peringkat dan Umur (Ages and Stages Questionnaire), satu ukuran pemeriksaan yang disahkan yang menilai lima domain perkembangan kanak-kanak: kemahiran motor halus, kemahiran motor yang besar, komunikasi, fungsi sosial peribadi dan keupayaan menyelesaikan masalah.

Berbanding dengan kanak-kanak yang tinggal lebih daripada setengah batu dari jalan raya utama, kanak-kanak yang tinggal dalam lingkungan kira-kira 164 kaki ke .3 batu dari jalan utama adalah dua kali ganda untuk gagal sekurang-kurangnya satu saringan bagi domain komunikasi.

Penyelidik juga menganggarkan pendedahan kepada ozon dan zarah-zarah halus yang boleh disedut (PM2.5), iaitu dua bahan pencemar yang dihasilkan oleh lalu lintas kereta. Zarah-zarah halus yang boleh disedut adalah 30 kali lebih kecil daripada lebar rambut manusia, boleh melepasi pertahanan paru-paru, dan diserap terus ke dalam aliran darah.

Hasil penyelidikan ini menyebabkan para penyelidik menyimpulkan bahawa pendedahan zaman awal kanak-kanak kepada pencemaran udara mungkin menyebabkan risiko yang lebih tinggi bagi kelewatan dalam perkembangan, berbanding dengan pendedahan serupa semasa dalam rahim. Kajian ini adalah kajian bersekutu (associational) dan tidak dapat membuktikan sebab dan akibatnya. Para penulis menyatakan bahawa kajian yang lebih besar diperlukan untuk mengesahkan hubungan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan