Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Chestal® biasanya digunakan untuk melegakan keadaan perubatan seperti:
Chestal® boleh disyorkan untuk kegunaan lain; rujuk doktor dan ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Ikut semua arahan pada label preskripsi anda
Sukat dos menggunakan sudu/alat penyukat khas dengan berhati-hati. Jangan guna sudu di rumah kerana anda mungkin tidak dapat menyukat dos dengan tepat.
Jangan ambil ubat ini dalam kuantiti terlalu banyak atau kurang atau dalam jangka masa lebih lama daripada yang disyorkan.
Berhenti menggunakannya dan rujuk dengan doktor jika anda batuk berterusan lebih daripada 7 hari, batuk datang semula, atau disertai demam, ruam, atau sakit kepala yang berpanjangan. Semua ini boleh menjadi tanda kepada keadaan yang serius.
Chestal® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Chestal® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Chestal® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Chestal® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil Chestal®, beritahu doktor anda jika:
Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Chestal® semasa mengandung dan menyusukan bayi. Berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Chestal®.
Chestal® boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti: demam, ruam atau sakit kepala yang berpanjangan.
Berjumpa doktor dengan segera jika mana-mana kesan sampingan ini menjadi teruk.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, rujuk doktor atau ahli farmasi anda.
Chestal® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Chestal® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Rujuk doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Chestal® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas: Ambil 10 ml setiap 2 jam.
Kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun: Ambil 5 ml setiap 2 jam
Tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.
Chestal® boleh didapati dalam bentuk dan kandungan berikut:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi doktor atau pergi ke hospital yang berdekatan
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Chestal®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen