home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Makanan yang Membantu Kulit Kering

Makanan yang Membantu Kulit Kering

Menurut sebuah kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2007, sekumpulan saintis British mengkaji sama ada makanan mempengaruhi kulit atau tidak. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan lemak buruk dan gula mempunyai masalah dengan kulit mereka. Sementara mereka yang makan diet kaya dengan vitamin dan beberapa mineral lain kurang menghadapi masalah. Semenjak itu, terdapat banyak kajian lain yang menyokong teori ini. Berikut adalah beberapa makanan yang boleh membantu anda membaiki kulit anda, terutamanya kulit kering.

Beri dan kiwi

Buah-buahan ini mempunyai vitamin C anti-penuaan dan vitamin E antioksida. Vitamin-vitamin ini melawan radikal bebas, yang merosakkan sel-sel dan memecahkan kolagen, menyebabkan garis halus pada wajah. Buah kiwi boleh menggandakan pembentukan kolagen dalam kulit dan merangsang pertumbuhan fibroblas, yang membantu membina kulit yang lebih kukuh. Buah beri pula dapat membantu melindungi wajah daripada kerosakan UV. Saintis mengesyorkan pengambilan 2.5 cawan buah-buahan dan 2 cawan sayur-sayuran setiap hari.

Teh hijau

Teh hijau sangat popular di China dan Jepun dan digunakan berabad lamanya sebagai rawatan kesihatan. Pada masa kini, teh hijau dianggap sebagai salah satu rawatan yang paling berguna untuk membaiki kulit anda sama ada untuk mencegah tanda-tanda penuaan hinggalah untuk merawat jerawat. Ini adalah kerana teh hijau mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi serta tanin, enzim, asid amino dan vitamin B. Teh hijau melambatkan perkembangan tanda-tanda penuaan, meneutralkan radikal berbahaya yang mempercepatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan.

Salmon, ikan kembung, ikan hering dan ikan Trout

Ikan adalah sumber utama Omega – 3, sejenis asid lemak dan lemak sihat yang menurunkan kolesterol yang berfungsi sebagai pencegah penyakit jantung. Lemak sihat dalam ikan adalah sumber utama minyak ikan yang meningkatkan kualiti kulit. Ia juga membantu mengelakkan kemerahan dan kulit kedut. Goreng, bakar atau panggang masih merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kuasa Omega-3 dalam ikan segar.

Makanan berwarna Oren

Warna oren dalam makanan terjadi disebabkan bahan dipanggil beta karotena yang ditukarkan oleh badan manusia menjadi vitamin A. Ini adalah sejenis antioksidan yang membantu perkembangan sel dan mengurangkan keradangan. Beta karotena dan vitamin A juga membantu melindungi vitamin dan protein dan mengekalkan kelembapan pada kulit yang akan melambatkan proses penuaan. Makanan-makanan ini sangat cepat dan mudah untuk disediakan. Untuk meningkatkan dan menyerap kesan positif penuh makanan-makanan ini, campurkan dengan makanan berlemak, seperti ikan dan keju.

Bawang merah dan bawang putih

Bawang merah dan bawang putih kaya dengan sulfur, yang terkenal dengan kesan antioksidannya. Bahan ini akan membantu mencegah kerosakan sel, yang menyebabkan kulit kedut dan kendur. Bawang putih dan bawang merah mengandungi kesan anti-bakteria dan anti-kulat yang membantu mengurangkan liang-liang tersumbat dan jerawat. Selain itu, ia turut mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu melegakan rasa sakit dan kerengsaan disebabkan oleh jerawat. Parut jerawat pada kulit boleh dipulihkan dengan teh hijau. Teh hijau juga membaiki peredaran darah yang membolehkan tisu kulit menerima mineral penting dan vitamin yang mencukupi untuk kulit yang sihat.

Sebaik sahaja anda mengubah diet anda, jangan mengharapkan keajaiban dalam sekelip mata. Ia mengambil masa selama enam minggu untuk kulit baru muncul ke permukaan, maka kesan yang jelas daripada perubahan diet akan mengambil masa. Untuk masalah kulit yang berterusan, bincang dengan doktor anda atau bertemu dermatologis (doktor kulit).

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Eat your way to Fabulous skin http://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/eat-your-way-fabulous-skin Accessed November 05, 2016

25 best foods for your skin http://www.prevention.com/beauty/25-best-foods-for-your-skin/slide/24 Accessed November 05, 2016

Top 30 skin clearing foods http://www.glamourmagazine.co.uk/features/health-fitness/2011/02/top-20-skin-clearing-foods Accessed November 05, 2016

 

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada 06/04/2018
x