backup og meta

Rawatan Pesakit Buah Pinggang Kronik Tak Sama, Kena Ikut 5 Tahap Ini!

Rawatan Pesakit Buah Pinggang Kronik Tak Sama, Kena Ikut 5 Tahap Ini!

Bagi mereka yang mengalami sakit buah pinggang atau buah pinggang bocor, terdapat beberapa kaedah rawatan mengikut tahap penyakit anda. Berikut adalah penerangan mengenai rawatan buah pinggang mengikut tahap.

Perkara ini penting agar anda dapat merawat buah pinggang secepatnya jika alami tanda-tanda awal. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Apa itu penyakit buah pinggang kronik (CKD)? 

Penyakit buah pinggang kronik, atau lebih dikenali sebagai chronic kidney disease (CKD), adalah satu keadaan yang dicirikan oleh penurunan fungsi buah pinggang secara beransur-ansur dan berterusan.

Ia boleh berlaku akibat pelbagai faktor seperti diabetes, hipertensi atau keradangan kronik pada buah pinggang.

Walaupun tanda buah pinggang rosak ini tidak begitu ketara pada peringkat awal, namun kegagalan untuk mengesan dan merawat tanda buah pinggang rosak ini dengan berkesan boleh membawa kepada komplikasi serius, termasuklah kegagalan buah pinggang dan kematian.

Rawatan buah pinggang ikut tahap

Buah pinggang rosak boleh sembuh?

Terdapat lima tahap atau peringkat CKD yang boleh berlaku.

Rawatan pula akan disesuaikan mengikut peringkat CKD yang dialami oleh pesakit buah pinggang.

Berikut adalah penjelasan rawatan CKD mengikut peringkat. 

Peringkat 1 CKD

rawatan buah pinggang
Mesin dialisis mencuci darah.

Pada peringkat awal CKD, buah pinggang masih berfungsi dengan baik dan kerosakan yang berlaku masih bersifat ringan.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak boleh diabaikan.

Ia memerlukan pemantauan rutin dan perubahan gaya hidup yang aktif untuk mencegah penurunan fungsi buah pinggang.

Ini termasuklah:

  • diet seimbang yang rendah protein dan sodium
  • bersenam secara teratur
  • pengawalan tekanan darah dan gula darah

Pengendalian faktor-faktor risiko adalah kunci untuk mencegah perkembangan penyakit CKD ke tahap yang seterusnya. 

Rawatan buah pinggang peringkat 2 CKD 

Pada peringkat ini, buah pinggang masih berfungsi dengan baik tetapi tanda-tanda kerosakan mula menjadi lebih jelas.

Rawatan pada tahap ini adalah lebih kepada memperlahankan perkembangan penyakit dan mengawal simptom.

Antara rawatan yang diberikan termasuklah ubat-ubatan untuk mengurangkan tekanan darah, memperbaiki fungsi buah pinggang, dan mengawal gula darah.

Kesedaran dan pemahaman pesakit tentang keadaan mereka juga sangat penting di peringkat ini.

Peringkat 3 CKD

rawatan buah pinggang
Keratan rentas buah pinggang manusia.

Pada peringkat 3, kerosakan pada buah pinggang menjadi lebih serius dan fungsi buah pinggang mula berkurangan.

Rawatan pada tahap ini mungkin merangkumi ubat-ubatan untuk mengawal paras kalsium dan fosforus dalam darah.

Selain itu, ada juga ubat-ubatan untuk mengurangkan bengkak dan hipertensi, serta pengubahsuaian diet.

Pengawalan tekanan darah dan gula darah tetap menjadi keutamaan dalam rawatan pesakit. 

Rawatan buah pinggang peringkat 4 CKD

Peringkat ini dikenali sebagai CKD tahap lanjut.

Fungsi buah pinggang telah berkurangan dengan ketara, dan rawatan perubatan agresif diperlukan untuk memperlambat perkembangan penyakit.

Rawatan mungkin termasuk dialisis untuk membantu buah pinggang dalam proses penapisan darah.

Perancangan untuk rawatan buah pinggang akhir, seperti transplantasi buah pinggang mungkin perlu bermula pada tahap ini untuk elakkan kerosakan buah pinggang. 

Peringkat 5 CKD

Ini adalah peringkat akhir penyakit yang juga dikenali sebagai kegagalan buah pinggang tahap akhir atau ESRD.

Pada peringkat ini, buah pinggang telah kehilangan hampir semua fungsinya.

Oleh itu, dialisis atau transplantasi buah pinggang menjadi sangat penting untuk pesakit terus hidup.

rawatan buah pinggang
Jenis-jenis rawatan dialisis.

Dialisis mungkin perlu dilakukan beberapa kali seminggu, dan transplantasi buah pinggang boleh dipertimbangkan jika pesakit memenuhi kriteria tertentu.

Kesimpulan

Penyakit buah pinggang kronik adalah penyakit serius yang memerlukan usaha merawat berterusan dan berkesan.

Fakta

Dengan rawatan yang betul dan perubahan gaya hidup yang sihat, pesakit dengan CKD boleh menguruskan penyakit mereka dan mengekalkan kualiti hidup yang baik.

Kemajuan perubatan moden dalam pengendalian CKD pada masa kini memberi sinar harapan kepada pesakit.

Ini juga boleh mengelakkan komplikasi serius akibat kerosakan buah pinggang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stages of kidney disease. https://www.kidneyfund.org/all-about-kidneys/stages-kidney-disease. Diakses pada Julai 26, 2023. 

Stages of Chronic Kidney Disease (CKD). https://www.kidney.org/atoz/content/stages-chronic-kidney-disease-ckd. Diakses pada Julai 26, 2023.

Chronic Kidney Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15096-chronic-kidney-disease. Diakses pada Julai 26, 2023.

Chronic kidney disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-kidney-disease/diagnosis-treatment/drc-20354527. Diakses pada Julai 26, 2023.

Choosing your treatment. https://kidney.org.au/your-kidneys/treatment. Diakses pada Julai 26, 2023.

Versi Terbaru

04/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Sebab Sebenar Di Sebalik Masalah Kencing Malam, Paling Tak Sangka Punca Yang Terakhir!

Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan