home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Katakan Hello kepada Mesonutrien! Komponen Nutrien Hebat yang Patut Anda Kenali

Katakan Hello kepada Mesonutrien! Komponen Nutrien Hebat yang Patut Anda Kenali

Dalam bahasa Yunani, makro- bermakna besar, mikro- bermakna kecil dan meso- secara literalnya bermakna di dalam. Anda mungkin pernah mendengar istilah makronutrien yang merujuk kepada protein, lemak dan karbohidrat serta istilah mikronutrien yang merujuk kepada vitamin dan mineral. Kedua-dua nutrien ini penting untuk kesihatan anda.

Tetapi, terdapat komponen nutrien yang diistilahkan sebagai mesonutrien yang patut anda kenali kerana manfaat kesihatannya. Mesonutrien merujuk kepada sebatian aktif atau antioksidan dalam makanan yang menjadikannya begitu bermanfaat untuk kesihatan anda. Sama seperti bahan aktif dalam produk penjagaan kulit, mesonutrien memberikan tindak balas positif dan fizikal dalam badan.

Jadi, di samping mengetahui apa yang patut anda makan berdasarkan keperluan makro dan mikro nutrien, mengetahui sebatian aktif dalam makanan (mesonutrien) juga membantu anda menambah makanan sihat ke dalam diet harian anda.

Berikut adalah beberapa mesonutrien berkhasiat yang kini mula dikomersialkan sebagai makanan tambahan.

Curcumin

kunyit, nutrien

Mesonutrien ini pastinya terdapat dalam dapur anda! Curcumin adalah ramuan aktif dalam kunyit, terkenal kerana faedah antiradang dan antipenuaan.

Lycopene

tomato, nutrien

Ditemui dalam makanan merah seperti tomato dan tembikai, lycopene didapati membantu melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar, menguatkan tulang dan mencegah kanser prostat, kanser paru-paru, dan kanser perut.

ECGC

teh hijau, nutrien

Singkatan untuk epigallocatechin gallate, ECGC adalah salah satu daripada kumpulan fenol tumbuhan (juga dikenali sebagai tannin) yang terdapat di dalam teh hijau yang didapati mempunyai manfaat mencegah kanser.

Anthocyanins

Antioksidan ini dijumpai dalam makanan yang berwarna ungu secara semula jadi seperti dalam ubi keledek ungu, beri biru serta beberapa makanan merah seperti ceri, delima dan cranberry. Mesonutrien ini dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuklah kesihatan kardiovaskular, memanjangkan usia, pencegahan kanser dan nyanyuk.

Berberines

barberry

Mesonutrien ini agak sukar dijumpai, kerana hanya terdapat dalam makanan seperti tumbuhan goldenseal dan barberi yang jarang dikenali. Mesonutrien ini dipercayai dapat menstabilkan tekanan darah dan mempunyai kesan antiradang yang luar biasa.

Saffronal

safron

Daripada namanya, anda mesti dapat meneka tumbuhan asal mesonutrien ini. Sudah tentulah, rempah termahal di dunia, safron! Sebatian aktif safronal dalam rempah ini terkenal dengan sifat antidepresannya, yang membantu anda meningkatkan mood gembira. Selain itu, ia turut mempunyai kesan mengurangkan selera makan dan meningkatkan nafsu seks (libido).

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca Juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Should You Be Counting Mesonutrients, Not Macronutrients? [Internet]. Sporteluxe. 2018 [cited 2019 Jan 31]. Available from: https://sporteluxe.com/should-you-be-counting-mesonutrients-not-macronutrients/
Wellbeing and Health Trends for 2019 [Internet]. Healthista. 2019 [cited 2019 Jan 31]. Available from: https://www.healthista.com/wellness-trends-for-2019/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada [date}
x